BLOCKCHAIN, DEEP RESEARCH, SATOSHI NAKAMOTO DAN SUMBER AWAL CRYPTOCURRENCY SEDUNIA



BLOCKCHAIN, DEEP RESEARCH, SATOSHI NAKAMOTO DAN SUMBER AWAL CRYPTOCURRENCY SEDUNIA

1. Saya mulakan artikel ini dengan kata-kata inspirasi berkaitan dunia blockchain oleh CEO IBM Ginny Rometty, "What the internet did for communications, blockchain will do for trusted transactions." Minggu kedua dan ketiga di bulan February 2018 semakin mencabar dan menarik. 

2. Saya menghabiskan banyak masa, tenaga untuk membuat deep research berkaitan dunia blockchain, cryptocurrency, fintech dan kaitannya dalam pelbagai use cases dalam bidang korporat dan keusahawanan yang saya usahakan sejak sekian lamanya.

3. Sebagai contoh, blockchain bukan sekadar berkisar kegunaan dalam dunia fintech dan cryptocurrency sahaja, malahan boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk Industry Halal, Supply Chain Trading House, Health Care, Automotive dan juga Big Data Analytics (dan banyak lagi implementasi dalam lain-lain industri yang akan saya kongsikan di artikel akan datang).

4. Untuk memahami semua ini, deep research yang dilakukan oleh saya buat masa ini melibatkan pembacaan pelbagai journals, buku-buku berkaitan blockhain (sumber pembacaan lebih 30++ buah buku dalam genre blockchain dan cryptocurrency).

5. Saya juga berpeluang membuat perbincangan tidak rasmi secara tertutup baru-baru ini dengan pakar-pakar dari sebuah agensi kerajaan di kalangan mereka yang paling senior di kalangan CTO dan Senior Directors dan agensi mereka ini mempunyai talent programmers SaaS (software as a service) yang paling power dalam Malaysia (programmers mereka datangnya dari seluruh dunia).

6. Dan mereka perakui blockchain adalah suatu fenomena terhebat abad ini dan mereka juga bersetuju untuk menjalinkan kerjasama secara berkala dan lebih serius untuk R&D dan pembangunan blockchain dan fintech use cases yang sangat bermanfaat untuk kegunaan industri dalam negara dan global.

7. Dan paling menarik kali ini bermula awal tahun 2018, saya benar-benar mendalami penulisan oleh "pengasas misteri" crypto bitcoin yang bernama Satoshi Nakomoto dengan white paper beliau yang bertajuk "Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System" yang hanya mempunyai 9 muka surat sahaja.

8. Yang menarik perhatian saya, references utama Satoshi Nakamoto dalam jurnal beliau adalah berdasarkan beberapa jurnal berkaitan teknikaliti yang melibatkan kajian 'Hashcash CPU Cost Function' oleh Adam Beck yang ditulis sejak tahun 2002 lagi sebagai Proof of Work (PoW) sedangkan Satoshi hanya bermula membuat suatu simplifikasi idea-idea crypto peer to peer ini hanya bermula 2009.

9. Malahan idea awal konsep cryptography Bitcoin ini, Satoshi juga merujuk pada journal penulisan pada tahun 1982 oleh R.C. Merkle, bertajuk "Protocols for public key cryptosystems" dan juga penulisan seorang penulis bernama Wei Dai (mungkin berbangsa Cina), dengan tajuk "b-money," http://www.weidai.com/bmoney.txt, yang ditulis sejak tahun 1998 lagi.

10. Jurnal Wei Dai ini adalah berkaitan cadangan beliau dah harapan beliau supaya wujudnya sebuah dunia komuniti bebas dari cengkaman pemerintah dengan mempunyai sistem kewangan peer to peer menggunakan transaction kewangan berdasarkan trust protocol yang wujud melalui cryptography.

11. Idea-idea ini telah wujud lama sebelum Satoshi Nakamoto memperkenalkan cryptocurrency beliau sebagai bitcoin pada tahun 2009. Belum terlambat lagi untuk kita sebagai rakyat Malaysia mendalami knowledge pada teknologi blockchain ini yang akan merubah lanskap kewangan dunia, data management, internet of value, decentralized public ledger melalui blockchain technology. 

12. Bagi saya, minat ini tidak datang secara kebetulan tetapi atas kajian yang mendalam ketika zaman mahasiswa di awal tahun 2000 dengan kajian terhadap teknologi internet.

13. Pada tahun sekitar tahun 2007 hingga 2009 pula saya sangat aktif menggunakan applikasi BitTorrent untuk download banyak movies, lagu-lagu secara decentralized di kalangan pengguna BitTorrent di seluruh dunia dan kami tidak tutup desktop computer kami 24 hours untuk download guna applikasi BitTorrent ini.

14. Sekitar tahun 2009 juga kami telah diperkenalkan dengan Bitcoin tapi waktu itu kami menganggap Bitcoin ini hanyalah scam sahaja. BitTorrent ini secara peribadi saya melihat antara applikasi awal decentralized data (movies dan lagu-lagu) antara peer to peer yang mungkin menjadi inspirasi juga kepada Satoshi Nakamoto (andaian peribadi saya).

15. Dan kemudiannya saya juga terlibat pada 2013 dengan R&D teknologi Machine Learning dan Big data analytic seterusnya penubuhan Asean Youthpreneur Community (AYPC) oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan di seluruh ASEAN untuk mewujudkan E-Market Place berbasiskan Fintech Ecocystem yang berdaya saing (Alibaba sebagai inspirasi waktu itu) di samping memperkuatkan jaringan usahawan antarabangsa dan ASEAN.

16. Pada awal tahun 2016 pula, melalui seorang sahabat saya yang kini telah berhijrah ke Korea (beliau ditawarkan pekerjaan oleh sebuah company Blockchain dari Korea) memberikan saya banyak informasi berkaitan Ethereum Smart Contract dan menghadiahkan saya jurnal bertajuk "Understanding Ethereum" oleh Organisasi Coindesk berharga USD500 dan sangat membantu saya memahami secara mendalam konsep 'Smart Contract' yang menjadi fenomena sedunia ketika ini.

17. Seterusnya pada 2016 juga Asean Youthpreneur Community (AYPC) yang diasaskan saya lebih agresif dalam kerjasama pembangunan ekosistem blockchain bersama sebuah company berasaskan blockchain di Malaysia dan dari situ pula saya belajar mendalami dunia Fintech dan Blockchain Ecosystem. 

18. Pada tahun 2017 pula saya berpeluang mendalami dan mengikuti modules Oxford Fintech Programme anjuran University of Oxford selama selama 10 minggu (3 bulan). 

19. Di samping itu, saya juga berpeluang membuat pembentangan project berkaitan Blockchain Payment Gateway di semua pertandingan inovasi berprestij tinggi iaitu Swiss Innovation Challenge (SIC) 2017 anjuran kerjasama antara pihak industri dan universiti dari Malaysia dan Switzerland. 

20. Kami menjadi Johan di peringkat nasional untuk International Track dan mewakili Malaysia di Basel Switzerland untuk pertandingan akhir SIC 2017 peringkat antarabangsa dan mendapat nombor empat di kalangan 20 projek inovasi dari seluruh dunia.

21. Kini bermula tahun 2018, kajian berkaitan blockchain technology memberi saya peluang yang lebih besar sehinggakan kini kami telah berpeluang merentas kajian pembangunan teknologi dan dunia korporat menjangkau dunia luar ASEAN bermula di Japan, China, Korea dan seterusnya Eropah. 

22. Pelbagai use cases yang bernilai sangat-sangat luar biasa potensinya berkaitan dunia Fintech dan Blockchain sedang kami bangunkan. Saya juga melihat Industri Halal dan Blockchain juga suatu potensi hebat yang sangat baharu dalam ekosistem blockchain dan ada peluang yang akan menjadi fenomena di situ.

23. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua moga segala perancangan dan implimentasi pembangunan ekosistem Blockchain, Fintech, Corporate dan keusahawanan digital yang sedang diusahakan secara serius oleh saya pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya dipermudahkan oleh Ilahi dan mencapai kejayaan dan memberi manfaat kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri ini juga kebaikan buat agama, bangsa dan negara.

Oleh: Effendy Zulkifly
Penulis ialah Pengarah Pembangunan Teknologi Blockchain (Director of Blockchain Development) sebuah syarikat antarabangsa berpusat di Kuala Lumpur dan Pengerusi Asean Youthpreneur Community (AYPC).

#blockchain #fintech #fenomena #korporat #global #asean #deepresearch  #aypc

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger