Penutup Acara Antarabangsa Bagi Tahun 2018.

1. Ini adalah event terbaik bertahap antarabangsa (World Tourism Destinations Forum 2018) yang saya hadiri pada 5 Disember yang lepas sebagai penutup pada puluhan acara berkaitan Blockchain dan Industry 4.0 yang melibatkan saya sebagai speaker antarabangsa.

2. Di peringkat ASEAN dan Malaysia bolehlah dikatakan saya merupakan yang pertama membahaskan dan menyampaikan topic yang sangat unik di hadapan hadirin di kalangan peserta antarabangsa melibatkan Industry Tourism bernilai USD 7 Trillions dengan mengaitkan teknologi masa depan seperti AI, Robotics, IoT dan Blockchain.

3. Topik sangat mencabar kerana saya perlu membuat presentation slides yang melibatkan gabungan topic teknologi yang sangat advance iaitu Artificial Intelligence, robotics, AI dan Blockchain.

4. Memerlukan penguasaan knowledge yang sangat mendalam, pembacaan melibatkan cross border industries, journals technology dan menghadiri pelbagai training dan seminar yang berkaitan teknologi Industri 4.0.

5. Acara anjuran Confexhub ini sangat unik kerana melibatkan pemain utama industri Tourism dan Travel di kalangan tokoh korporat antarabangsa, pemilik hotel-hotel antarabangsa dan tempatan, pembuat polisi dari kementerian, wakil United Nations dan academicians.

6. Saya perlu menghdiri 2 sesi melibatkan presentation paper work saya dan juga sesi forum bersama dengan expert Smart City. Sesi soal jawab juga saya mencabar sebab mendapat feedback soal jawab yang berkaitan industri perlancongan dan teknologi advanced tech yang belum dibentangkan oleh mana-mana pihak setakat yang saya tahu di Malaysia dan ASEAN.

7. Saya mengambil contoh dari Dubai, Japan dan beberapa negara maju di Eropah dan laporan terkini World Economic Forum berkaitan dengan peningkatan value apabila Teknologi Advanced Tech dibangunkan dan disinergikan dengan Industri Tourism dan Travel.

8. Selesai program saya bertemu secara personal dengan para peserta di kalangan pemilik hotel, agensi kerajaan dan usahawan-usahawan industri untuk kerjasama dengan melibatkan enhancement teknologi seperti Blockchain, Robotics dan AI kepada business model dalam dunia tourism yang sedia ada oleh syarikat-syarikat mereka.

Effendy Zulkifly
CEO, Blockchain Academy Asia
www.blockchainacademyasia.io

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger