Kawan Hebat vs Kawan Tak Hebat..

Mempunyai sahabat-sahabat yang hebat adalah suatu kelebihan. Namun punyai kawan-kawan yang tidak hebat bukanlah suatu kekurangan.

Kadang kala kawan-kawan yang dikatakan    tak hebat inilah yang benar-benar menyanjungi kita, menyayangi kita dan benar-benar ikhlas ingin bersahabat dengan kita.

Namun jangan pula anda rasa rendah diri atau rendah hati dengan kawan-kawan yang hebat ini. Janganlah pula meremehkan kawan-kawan yang kelihatan tidak hebat ini.Yang kita lihat biasa-biasa.

Tiada manusia yang sempurna. Bukanlah kerana dia hebat maka dia seorang yang mulia di sisi Tuhan.Belum tentu. Yang kelihatan tidak hebat itu mungkin punyai hati nurani yang sangat suci dan ikhlas.

Tonjolkan sisi kekuatan kita, positifkan minda kita setiap masa, walaupun kita rasa kita tidaklah sehebat mana, akan tetap ada kawan-kawan yang pandang kita hebat dari dekat mahu pun dari jauh jika kita sentiasa berminda positif dengan ingatan yang senantiasa berpusat pada Allah dan kekasih-Nya Rasulullah.

Yang paling penting, kita sendiri tahu di mana kehebatan kita. Kehebatan kita sebenarnya, neracanya adalah kehebatan kita mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya di kala makhluk Allah lain nampak mahu pun tidak nampak.Sama ada di waktu siang mahu pun dalam gelap gelita...

Itulah namanya IKHLAS...

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger