Inspirasi intipati ucapan Mark Zuckerberg di Harvard paling latest.

Berpeluang mendengar ucapan khas dari Mark Zuckerberg secara life dari Harvard University sempena Konvokesyen 2017 tadi memberikan saya suatu inspirasi yang sangat dekat dengan hati saya.

Beliau menekankan setiap orang perlu ada 'purpose' dalam kehidupan. Nilai hidup bukan lagi pada soal materialistik atau 'hasil' yang dinilai pada GDP dan sebagainya semata-mata.

Beliau juga mengatakan bahawa setiap perkara baik yang berimpian dan bervisi besar sudah pasti akan dikecam orang malahan akan dianggap sebagai idea gila. Jadi jangan ambil peduli dengan kecaman orang sekeliling yang ingin jatuhkan diri kita kerana idea besar apatah lagi jika belum diketahui orang memang akan ditakuti dan mendatangkan cercaan. Bersedialah untuk disalahfahami oleh orang lain di atas visi anda yang hebat itu.

Teruskan untuk hidupkan idea yang baik tanpa berlengah lagi sebab jika terlalu lama berfikir untuk bertindak tiada gunanya. Ramai orang ada idea tapi yang paling penting bagaimana bermula menghidupkan idea itu dan jadikan idea itu kenyataan. Bertindak segera dari idea yang baik dan jangan risau menghadapi  kegagalan.

Beliau sendiri ketika membangunkan Facebook menghadapi pelbagai kesukaran termasuklah ditinggalkan rakan seperjuangan ketika menolak tawaran jutaan USD waktu itu oleh investor yang ingin membeli Facebook yang dibangunkan beliau.

Nasihat beliau kepada usahawan jangan hanya berfikir untuk bangunkan syarikat sahaja demi keuntungan, tapi yang paling penting membina 'IMPAK' dari nilai keusahawanan itu.

Beliau kata lagi hiduplah untuk berkongsi. Tidak semestinya perlu bagi duit, paling kurang seminggu cuba beri 2 jam dari aspek sumbangan ilmu dan motivasi. Ubahlah persekitaran tempat anda sebelum berfikir untuk ubah dunia.

Kata beliau lagi generasi baharu millinneal bukan lagi terikat dengan faktor sempadan negara, bangsa, agama, sehingga kita saling mencurigai dan hidup terpisah. Kita adalah 'Citizen of the world' yang perlu berkongsi purpose hidup bermakna bersama orang lain.

Beliau dari dulu berimpian untuk menghubungkan setiap orang dengan mudah, cepat dan percuma dan impian itu tercapai dari dorm asramanya di Harvard. Isteri beliau merupakan inspirasi utamanya untuk beliau lebih bersifat kemanusiaan dan berkali-kali beliau menyebut nama isteri beliau ketika di Harvard tadi (isteri beliau Priscilla juga graduated dari Harvard).

Mark adalah insan technopreneur yang juga  hebat sebagai orator, motivator dan philantropist hebat. Moga suatu hari saya juga dapat belajar di Harvard. Aamiin.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger