Kuasa Ahli Perniagaan Gen-Y.

Kuasa ahli perniagaan sukses yang tidak bergantung pada kerajaan adalah bukan calang-calang. Mereka mempunyai keyakinan diri tinggi dan mereka juga menyumbangkan kembali keuntungan bisnes mereka kepada kerajaan melalui cukai perniagaan mereka.

Saya mengikut secara dekat perkembangan seorang anak muda usahawan (saya kenal secara peribadi) yang berani menegur dan membaiki imej diri yang cuba dimalukan. Beliau berani menegur dan menyuarakan pendapat beliau kepada seorang yang mempunyai kuasa yang besar tertinggi dalam sebuah kerajaan kerana yakin beliau di pihak yang benar.

Gen-Y masa kini adalah golongan yang mempunyai network di dunia tanpa sempadan. Malahan peluang niaga juga terbuka luas. Mereka berada di kelas tersendiri dalam dunia global dari aspek pendidikan, keusahawanan dan juga politik.

Kepada golongan ayahanda, ibunda dan mereka dalam kategori generasi lama, baby boomers, komunikasi masa kini tidak lagi boleh menggunakan 'aku orang tua' dan 'kamu orang muda' sebagai ayat untuk mendominasi.

Zaman kini salah guna kuasa oleh mana-mana kuasa politik, jabatan kerajaan, kementerian diperhati rapat-rapat. Segalanya kini boleh jadi viral. Berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan rasmi kerana zaman telah berubah.

Kuasa media sosial boleh memviralkan salah laku dan kuasa media juga boleh menaikkan imej orang yang baik dan jujur.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger