Luahan rasa hati. Mati itu pasti yang misteri...


Luahan rasa hati. Mati itu pasti yang misteri...

Sepanjang malam saya tak boleh tidur sayu,sedih berfikir tentang pemergian insan hebat sahabat saya bernama Abu Qassim Nor Azmi ini. 

Beliau dari zaman sekolah sehingga universiti sehingga berkahwin istiqomah konsisten dengan lapangan dakwah dan idealisme, aktivisme, spiritualisme belia dan mahasiswa. Seorang pemidato dan pemikir hebat dan dinamik.

Beliau juga pegawai kakitangan kerajaan yang juga merupakan Ahli Parlimen Percubaan Rembau, Exco Majlis Belia Malaysia. Yang paling penting pemergian Allahyarham yang baru berusia 28 tahun itu didoakan ratusan dan mungkin cecah ribuan oleh sahabat-sahabat dan ahli keluarga beliau.

Lihatlah facebook beliau tak putus-putus doa kesejahteraan buat beliau. Saya befikir tentang mati sahaja malam ini. Mati itu pasti yang misteri. Adakah taubat kemudian dosa, kemudian taubat kemudian dosa balik, kemudian taubat balik ini diterima Allah.

Adakah sahabat-sahabat dan ahli keluarga juga akan mendoakan diri setelah saya tiada kelak? Adakah anak dan isteri akan senantiasa doakan Al Fatihah jika diri ini pergi dahulu? Pemergian Abu Qassim menginsafkan dan menyedarkan saya.

Kematian beliau juga adalah suatu dakwah sama ketika beliau masih hidup. Jauh sungguh diri ini dari-Mu Ya Allah. Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Diri ini tidak layak untuk syurga-Mu. Tapi juga tidak mampu menanggung azab siksa kubur dan api Neraka-Mu Ya Allah.

Ibu dan ayah ampunkan dosaku. Isteriku ampunkan dosaku. Adik beradikku ampunkan dosaku. Kawan-kawanku dan semua yang mengenali aku juga ampunkanlah dosaku. Kita tidak tahu bila kita akan kembali pada-Nya.

P.S:- Saya tulis posting ini dalam keadaan saya menitis air mata mengenang dosa kepada Allah dan semua orang.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger