Dialog rakyat di pagi Jumaat...



Analisis 3 situasi dialog sebelum solat Jumaat.

Saya mengambil keputusan makan awal seorang diri di sebuah gerai makan (hanya ada pada Hari Jumaat sahaja) tepi jalan berhadapan sebuah masjid di Kota Kemuning. Sebuah meja panjang disediakan sebelah gerai itu. 

Saya pilih duduk tengah-tengah meja untuk curi dengar apakah bual bicara mereka. 

Situasi 1:Dialog veteran 55-60 tahun.

Sebelah kanan ada dua orang tua usia 55 - 60 tahun yang ada aura hebat dengan diskusi rancak projek juta-juta libatkan operasi power plant, kapal terbang , bisnes di oversea dan skill experience top management.

Mereka juga discuss project offshore petroleum dan pelbagai isu corporate governance. Isu agama dan kebesaran Allah tidak dibincang. Tapi saya bersangka baik mereka golongan taat agama kerana mereka datang awal di masjid.

Situasi 2: Dialog anak muda 20-25 tahun.

Sebelah kiri saya kira ada dalam 5 orang anak muda . Tapi perbualan mereka terlalu santai. Cerita nak main futsal malam-malam. Mengumpat kawan sekerja yang suka cakap besar. Cerita motor kapcai mereka. Diselitkan lawak 18 sx mengenai malam Jumaat. Hiburan TV.

Situasi 3: Tauke gerai dan pekerja.

Diskusi mereka mengenai stok makanan, duit baki untuk jual beli. Dan mereka sentiasa tersenyum.

Kesimpulan:-

Paling untung adalah peniaga. Saya harapkan anak-anak muda itu tambahkan ilmu dan banyakkan bicara berat menyentuh budaya Ilmu. Ilmu bukan milik university sahaja. Ilmu adalah milik semua.

Anak muda yang masih kuat perlu rajin memugar budaya ilmu supaya bila tua boleh jadi seperti orang-orang veteran dalam situasi pertama tadi. Siapa kita di waktu tua adalah cerminan diri di waktu muda.Dalam perbualan harian selingkan nilai agama dan ketuhanan.

P.S:- Sebenarnya sangat beruntung menjadi Good Listener kerana kita dapat dengar pelbagai pendapat dan pandangan baru.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger