Kuliah Maghrib yang best tentang boikot,Yahudi dan akhlak.


Kuliah Maghrib yang best tentang boikot,Yahudi dan akhlak.

Tadi selepas solat maghrib di Surau Kota Kemuning, sempat dengar Kuliah Maghrib di situ oleh seorang ustaz yang saya tidak kenal namanya.

Ustaz tu cakap dalam kita memaparkan kebencian kepada isu zionis dengan mengutuk Yahudi, bangsa Arab yang tidak bersatu, kita perlulah berhati-hati.

Ustaz pesan banyak Nabi yang berasal dari bangsa Yahudi dan Nabi Muhammad berbangsa Arab. Beliau pesan supaya tonjolkan Islam bukan hanya bercakap tentang konsep Islam seperti Allah Maha Hebat, malaikat dicipta dari Nur dan syurga neraka yang mereka tidak boleh lihat.

Tapi mulakan dakwah Islam dengan akhlak peribadi diri dari aspek budi bahasa dan akhlak. Tonjolkan diri kita dengan diri dan rumah yang bersih. Sikap ambil tahu dan prihatin dengan kebajikan jiran atau sahabat non Muslim.

Dalam kita mahu boikot produk yang dikatakan penaja Israel,paparkanlah akhlak yang mulia. Bukan dengan menghina para pekerja yang mencari nafkah di situ.

Traksasi perniagaan dengan Yahudi juga pernah dilakukan oleh Rasulullah. Buat himpunan bantah Israel tapi tinggalkan sampah sarap, halang lalu lintas bukanlah akhlak yang baik.

P.S:- Sila rujuk artikel tulisan Ustaz Zaharuddin tentang hukum makan atau menggunakan produk syarikat yang ada kaitan dengan Bangsa Yahudi yang patuh syariah dari aspek kesucian dan jual beli yang halal.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger