Kisah Penjual Kopi Segera Yang Kini Mempunyai Syarikat Bertaraf Antarabangsa!

Saya pun tak tahu kenapa minggu ini banyak bercerita mengenai isu sales and marketing. Mungkin sebab semangat Chinese New Year yang kebanyakannya diraikan oleh sahabat saya di kalangan business people.

Di posting kali ini kongsikan gambar-gambar bersejarah lama saya kira-kira 10 tahun yang lepas. Waktu ini Syarikat Kopi Power Root melancarkan business model baharu mereka dengan menggunakan pendekatan MLM.

Disebabkan pengalaman sales saya yang berpuluh tahun ditambah pula dengan jenama yang terkenal. Sekejap sahaja saya jadi "Leader Besar" di arena MLM. Kebetulan pula saya pada tahun itu  mengalami kejatuhan business kerana ekonomi dunia yang merudum waktu itu dan ditipu rakan niaga(sudah arwah pun dia), saya bersungguh-sungguh berusaha menjadi penjual kopi syarikat yang berjaya.

Waktu itu saya mempunyai barisan team sales di kalangan yang berpendidikan tinggi. Ada yang baru graduated Master, ada yang baru berhenti kerja sebagai engineer kapal dan ada juga yang sedang buat PHD dalam bidang solar!

Kisah ini satu sejarah menjual paling manis bagi saya. Pengiktirafan datang dengan cukup banyak sehinggakan setakat melancong ke New Zealand, Taiwan dan luar negara senang-senang sahaja company taja team kami. Di samping saya menjadi penjual kopi saya juga dilantik konsultan motivasi untuk Syarikat Power Root.

Cara kami bekerja sangat luar biasa. Kami bekerja dari pagi sampai tengah malam. Kami buat road tour seluruh Malaysia. Kami jelajah masuk kampung-kampung dan estet-estet seluruh Malaysia dengan Kenderaan 4 Wheel Drive. Orang kampung yang tak mampu beli kopi kami sedekah free berkotak-kotak kepada mereka sebagai amal jariah untuk keberkatan.

Ramai juga artis-artis join venture bersama saya buat business jual kopi ini. Saya sendiri approached  ramai orang-orang kaya yang suka kopi dan nak buat business. Dan sampai satu tahap itu, kopi di gudang sampai habis dan tiada stok. Setakat Jom Heboh tu senang-senang sahaja kami buka booths.

Panjang pula mukadimahnya.

Ini semua kisah lama sebagai nostalgia klasik pemangkin semangat dan buat tatapan anak cucu saya bahawa nak berjaya dan kaya perlu usaha kuat dan agresif bukan malas berusaha tapi nak jadi kaya.

Sebenarnya juga bukan nak cerita sangat berkaitan cerita sales ni. Sebenarnya nak cerita yang kepakaran sales ini dah jadi darah daging saya. Saya juga nak ceritakan kisah anak muda dalam gambar-gambar yang saya kepilkan di sini.

Tokoh Anak Muda ini namanya Mr. OOex Shahiwan yang baju t-shirt putih dalam gambar-gambar itu.

Ketika satu team bersama saya membuat sales dan marketing, beliau sedang buat PHD dalam bidang solar. Sangat kuat berusaha dan berniaga. Kini beliau menguasahakan Produk Solar beliau sendiri dengan jenama Suncrox Solar Malaysia. Pasaran produk beliau sampai ke negara Arab, Afrika, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan seluruh Malaysia. Banyak projek Kerajaan Negeri Melaka beliau dapat.

Moral of the story.

Anda ada idea business yang paling bagus dalam dunia pun atau produk yang terbaik dalam dunia pun dalam perniagaan produk itu tetap perlu DIJUAL. Dalam business tiada jualan maknanya tiada untung. Tiada untung maknanya anda sedang rugi. Bila anda rugi, business pun tutup.

Bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian. Seni Menjual ini sangat penting buat usahawan. Sebagai usahawan tidak kira anda kategori kecil, besar, nasional, international anda perlu menjual! Anda perlu promosikan business anda.

Kegagalan menjual produk anda melambangkan business anda yang bermasalah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger