Analisis awal sosio ekonomi Indonesia di Kembara ASEAN 2.0.

Sepanjang saya di Indonesia, banyak sungguh yang saya belajar dari sahabat-sahabat dari Indonesia. Gerakan Sosial dan Dakwah mereka mandiri dan fokus pada pembangunan ummah yang memberi solusi kepada kehidupan dengan aspek pembangunan ekonomi, sosial.

Contohnya, Nahdatul Ulama ada 80 juta ahli dan mereka ada kekuatan penjanaan ekonomi buat ahlinya. Begitu juga Muhammadiyah ada 40 juta ahlinya dan terus aktif membina hospital, universiti, sekolah-sekolah yang sangat maju dan hebat sekali.

Isu Politik Partisan mereka tidak ulas dan tidak campur tangan secara direct. Tapi di Malaysia semua orang mahu mengulas politic parti dan jadi penganalisis.

Sesetengah Badan Dakwah di Malaysia juga kelihatan seperti banyak beri tumpuan kepada 'statement partisan politik' sedangkan banyak lagi gerakan kemanusiaan, pendidikan, keusahawanan social dan kebajikan ummat yang perlu dilaksanakan tapi kelihatan seperti tidak aktif dan agresif.

Di Indonesia, ahli Korporat dan Usahawan yang dilahirkan dari gerakan sosial mereka juga menyumbang agresif dalam pendidikan, keilmuan dan kemanusiaan seperti yang dibuat oleh Tali Foundation dan Sekolah Insan Cendekia Madani.

Saya sangat bertuah terpilih berada di Bumi Indonesia dan berkesempatan berada, memahami dan belajar di keseluruhan eko-sistem rakyat, korporat, dan kerajaan dan belajar banyak di sini. Tidak mustahil satu hari nanti Indonesia akan berdiri setaraf China, USA dan Russia kerana populasi mereka terbesar di ASEAN. Mereka ada hasil bumi yang banyak dan mereka ada segalanya.

Effendy Zulkifly
-Penganalisis Kajian Sosio Ekonomi ASEAN-

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger