KETUA KELUARGA...



KETUA KELUARGA.

Sebagai Ketua Keluarga, perjuangan untuk mengisi perut anak, isteri sebenarnya adalah suatu JIHAD yang paling utama buat Sang Suami@Ketua Keluarga.

Tiga aspek sering kali menjadi CABARAN utama buat Sang Ketua Keluarga:-

1)Makanan Asas.
2)Pakaian menutup aurat.
3)Tempat berteduh dari panas dan hujan.

Itulah keperluan utama dan yang lain adalah kehendak sekunder sahaja bukan primer. Sebagai seorang Suami@Ketua Keluarga keperluan itu sangat mendesak malahan terdapat sang suami yang tidak mampu atas pelbagai faktor kemiskinan, kesusahan, pengangguran menyebabkan mereka sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anak dan isteri.

Laporan dan kajian pelbagai badan-badan akademik menunjukkan terlalu ramai keluarga miskin bandar dan kampung di seluruh tanah air seiring dengan pesatnya membangun syarikat-syarikat antarabangsa dan syarikat-syarikat perniagaan tempatan yang didominasikan oleh golongan yang rapat dengan sang penguasa politik dan kaum-kaum tertentu.

Maka lahirnya Ketua Keluarga yang merempat, tiada rumah, tidak cukup makanan, yang akhirnya terdengarlah berita Ketua Keluarga yang membawa organisasi keluarganya tinggal di jamban, adanya Ketua Keluarga yang terpaksa mencuri Tin Susu di Kedai Runcit.

Saya berazam untuk membantu, mengenali, melatih Ketua-Ketua Keluarga yang bermasalah ini kerana jauh di lubuk hati mereka tidak kiralah apa sahaja masalah mereka, sudah pasti keperitan, kesedihan dan kesusahan melihat wajah anak-anak dan isteri yang begitu susah, sedih demi sesuap nasi, sehelai pakaian dan tempat berteduh meluluhkan hati dan perasaan.

Kita mengejar pembangunan negara yang cukup hebat dengan dasar fiskal ekonominya, GDP, FDI yang muluk-muluk dan hebat. Tapi percayalah, ada insan-insan yang sangat memerlukan pertolongan,bantuan dan perlukan bimbingan.

Saya menyeru sahabat-sahabat seperjuangan saya, bantulah Ketua-Ketua Keluarga ini membina Organisasi Keluarga mereka dengan bahagia dan aman tenteram. Bukan kekayaan yang mereka kejar. Hanyalah Keperluan Asas untuk memberikan harapan kehidupan buat anak-anak dan isteri mereka.

Nota kaki :-

Effendy Zulkifly merupakan seorang Ketua Keluarga yang sedang berusaha untuk menjadi insan hari ini yang lebih baik dari semalam, insan yang lebih baik esok berbanding hari ini.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger