Pengalaman berapa lama diperlukan sebelum jadi usahawan?
Sebenarnya ianya soalan yang begitu subjektif (setiap orang berbeza
pengalamannya). Sahabat saya di kalangan bangsa Cina yang ada bisnes
sendiri biasanya dari kecil sudah ditanam untuk buat bisnes sejak tadika
atau sekolah rendah lagi. Minat itu dipupuk sejak kecil dan mereka
secara sendirinya akan meneruskan bisnes keluarga tanpa dipaksa bila sudah dewasa.
Di kalangan keluarga Melayu pula biasanya yang saya jumpa keluarga
semuanya makan gaji. Ini cabaran besar. Sebabnya minat anda biasanya
didorong kerana faktor luaran dari keluarga dan anda tiada langsung
pengalaman. Yang anda nampak, buat bisnes boleh kaya, masa lapang, masa
bebas.
Anda akan silap jika berfikir begitu. Bila anda ceburi
bisnes pada permulaannya makin sibuk , makin tiada masa dan kadang kala
makin tiada duit anda dibuatnya. 3 tahun pertama biasanya masa untuk
bersusah payah dan jarang saya lihat untuk dapat jalan mudah melainkan
keluarga anda memang sudah kaya raya dan ada pengaruh.
Cari ilmu sebelum berniaga!
Jika anda dari keluarga yang bukan minat bisnes. Carilah ilmu dulu
bekerja sekurangnya setahun ke dua tahun dalam bidang perniagaan yang
anda minati. Saya sendiri dalam dunia pekerjaan kerajaan, korporat,
sales, selama lebih 10 tahun sebelum memulakan perniagaan secara sepenuh
masa.
Jika anda kosong, kosong, kosong (seperti kata Najwa
Latif) belajar dulu dan bekerja dulu dalam industri yang anda minat.
Ketika di universiti atau sekolah join Kelab-Kelab Usahawan. Tiada jalan
mudah untuk jadi kaya dan berjaya dalam usahawan jika anda bermula dari
kosong.
Jangan terpedaya dengan jaya palsu mudahnya kaya dalam bisnes!
Elakkan bisnes yang menjanjikan untung mudah dengan melabur tidak jelas
tujuannya atau mengikut orang yang salah memberi nasihat tentang
perniagaan dengan mengatakan "Keluar duit banyak ini esok lusa untung
berlipat ganda tanpa susah payah!"
Untuk menghasilkan IDEA kadang kala sangat mudah. untuk PERLAKSANAAN itu sangat payah!
P.S:- FAKTA. Berniaga adalah Sunnah Nabi yang tidak diamalkan majoriti Umat Islam di Malaysia!
#usahawan #kerjakuat #bisnes #business #berniaga #idea #semangat #cekal #berani
0 comments:
Post a Comment