Model Seksi, Aurat ,Iman dan Tauhid.


 Gambar sekadar hiasan


Model Seksi, Aurat , Iman dan Tauhid.

Belum tentu lagi mereka yg menutup aurat itu hendak mendekati Islam. Di zaman Rasulullah SAW penutupan aurat bukan menjadi pra syarat atau petanda seseorang itu mahu mendekati Islam, tetapi cinta terhadap aqidah dan tauhid yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai syarat untuk menjadi mukmin sejati.

Iman sebenarnya bermula dari dalam jiwa (hati sanubari), dan kekuatan iman itu diterjemahkan melalui tingkah laku, pakaian seseorang dan sebagainya, bukan sebaliknya.

Sedihnya yg berlaku hari ini, kepatuhan kepada hukum seperti menutup aurat itu bukan datang dari keimanan yang jitu dan mantap. Keinginan untuk menutup aurat kadang-kadang kerana ikutan, terpaksa atau sekadar fesyen.

Disebabkan itulah, masih ramai yang merasakan diri menutup aurat tetapi masih mempamerkan tingkah laku dan budi pekerti yang tidak baik dan bercanggah dengan akhlak Islam.

Alangkah baiknya jika kekuatan Iman yakni percaya dan cinta kepada ALLAH yang Esa dan Rasulullah SAW itu yang menjadi faktor pendorong seseorang itu dengan rela hati dan jiwa mematuhi hukum seperti menutup aurat.

Didoakan "ex-model seksi" itu meminati Aqidah & Tauhid yang dibawa oleh Islam.Semoga penutupan auratnya itu dari hidayah dan bukan sekadar 'experimenting' , seronok-seronok untuk memenuhi tuntutan fesyen semasa semata-mata.

P.S:- Rahib wanita di gereja juga menutup aurat yang cukup sempurna seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Mereka tutup aurat dan mereka tak juga memeluk Islam pun...

‪#‎model‬ ‪#‎seksi‬ ‪#‎aurat‬ ‪#‎iman‬ ‪#‎tauhid‬ ‪#‎akhlak‬ ‪#‎munafik‬

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger