Peranan Negara China dan Serantau ASEAN.

Apabila mengkaji soal Dasar ASEAN dan China, pandangan pelbagai perspektif yang memberi fokus  berkaitan 'International Relation' antara ASEAN,  China dan Negara Sekitar ASEAN seperti Australia, New Zealand, Jepun dan Korea menjadi sangat penting dan perlu dijadikan panduan utama terutamanya dari perspektif yang melibatkan soal ekonomi yang menjadi tumpuan kepada wujudnya pelbagai dasar , polisi dan perjanjian pelbagai negara terutamanya ASEAN.

Antara Perjanjian Antarabangsa penting yang masih dalam proses untuk dicapai kata sepakat ialah Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang melibatkan Negara-Negata ASEAN + 6 Negara iaitu China, India, Korea, Jepun, Australia, New Zealand menjadi tumpuan utama seluruh dunia yang merangkumi soal trade in goods, trade in services, investment, economic and technical co-operation, intellectual property, competition, dispute settlement dan pelbagai lagi isu-isu serantau ASEAN dan negara luar ASEAN yang berdekatan.

Dan yang paling menarik  ASEAN akan menjadi  "Driver's Seat" untuk Multilateral Trade Arrangement ini.  Apa yang saya maksudkan mengenai 'Driver Seat' ini ialah ASEAN dilihat sebagai penentu utama dasar-dasar dan polisi di dalam Perjanjian RCEP yang mengikat kuasa-kuasa besar dunia seperti Jepun, Korea, India dan China untuk berganding tangan, bekerjasama dalam melaksanakan semangat perpaduan dan kerjasama seperti yang terkandung dalam RCEP.

Umum mengetahui hubungan antara China - Korea - Jepun kerana pelbagai faktor sejarah, geo politik, geo ekonomi tidak seerat mana malahan dilihat agak renggang, selalu bersaing dan dingin. Namun ASEAN memainkan peranan penting sebagai kuasa pengimbang dan orang tengah sebagai tali penghubung antara 3 Negara Maju ini.

Di samping itu Negara-Negara seperti India, New Zealand dan Australia juga yang merupakan sebahagian dari negara rangkaian Commonwealth dihubungkan melalui ASEAN bersama dengan negara kuasa besar seperti China, Korea dan Jepun.  Malahan penglibatan negara-negara OIC juga dapat dilihat melalui kekuatan yang ada pada negara- negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei (MIB).

Suatu bentuk modules, models  dan Special Negotiation Arrangement yang baharu dan lebih komprehensif harus dibentuk dalam semangat ASEAN + China dan India kerana China dan India adalah Negara Kuasa Nuklear dalam Pakatan RCEP ini. Kejayaan dalam melaksanakan perjanjian RCEP ini bukan sekadar menguatkan 'Economic Network' malahan 'Military Network' ASEAN menjadi kukuh dan digeruni seluruh dunia sekalipun tidak sekuat NATO.

Sejarah silam telah membuktikan  ianya berjaya melalui Sejarah Kerajaan Melaka yang merupakan kuasa Maritim dan Ekonomi Nusantara  dengan kerjasama erat persahabatan Empayar Melaka dan Empayar Dinasti Silam China waktu itu (dengan pernikahan Puteri Hang Li Po, kehadiran Laksamana Cheng Ho dan lawatan rasmi Laksamana Hang Tuah ke Tanah Besar Empayar Dinasti Cina) sebelum tumpas di tangan Kerajaan Portugis dan kita hanya mengulangi kejayaan sejarah silam dengan nafas baharu sahaja.

Ini hipotesis saya yang belum teliti lagi. Saya akan huraikan dgn lebih teliti lagi nanti apabila mempunyai kesesuaian masa.

P.S : Gambar di bawah adalah koleksi 'buku-buku rare' milik saya  mengenai Negara China dan hubungan luar yang masih dalam proses penghadaman sebahagiannya.

(Effendy Zulkifly)
- Chairman, ASEAN Youthpreneur Community (AYPC).
- Malaysian Curator, ASEAN Elite Forum (AEF).

*FB Effendy Zulkifly
27 August 2016

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger