Kerjaya sebagai pemungut sampah.

Wednesday, 28 September 2016

Dulu saya pernah ada pengalaman buat kerja-kerja pembersihan sebagai staff PA (Public Area) di Hotel Hilton ketika cuti sem cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan kerja-kerja sukarelawan sebab ayah saya tak sokong sangat buat kerja sukarelawan. Sebagai petugas kebersihan, saya perlu mengutip sampah dalam tong sampah setiap tingkat setiap pagi dan petang dari tingkat 1 sehingga tingkat 20 bangunan Hotel.

Nasihat saya kpd diri saya dan kawan-kawan.  Janganlah pandang rendah kepada mereka yang buat kerja-kerja pembersihan ni. 3 tahap layanan kepada mereka yang boleh kita pilih terhadap mereka yang buat kerja pembersihan ni:-

1)Kita bantu direct dengan amal kebajikan seperti bagi duit atau top up kpd mereka.
2)Kita bagi salam dan doakan mereka.
3)Mudahkan mereka dengan tidak buang sampah merata-rata dan mudahkan kerja mereka dengan letak sampah di depan rumah dalam keadaan yang betul(sampah diikat dan diletak kemas dlm tong sampah).

Berapa ramai yang sedar kerja pemungut sampah ini sangatlah mulia. Tindakan tutup hidup, muka mencemik di depan mereka ketika mereka menjalankan tugas adalah sangat tidak sopan. Di peringkat pihak berkuasa pula pastikan kebajikan mereka seperti insurans kesihatan mereka terjamin dan gaji mereka juga mencukupi dan dibalas sebaik mungkin.

-Effendy Al-Ampangi-

Minggu Pertama di usia 34 tahun bersama Dr Muhammadkhon dari Uzbekistan.

Friday, 23 September 2016

Hari pertama dan minggu pertama saya menyambut ulang tahun kelahiran saya bermula 20 September 2016 sehingga ke hari ini secara puratanya mesyuarat gerak kerja saya antara 4 hingga 5 meeting termasuk meeting jaringan antarabangsa saya melalui skype.

Isteri saya masih di kampung untuk menghabiskan tempoh berpantang 44 hari bersama ibu beliau. Saya memilih untuk mengoptimumkan masa saya untuk gerak kerja dan pelbagai urusan perniagaan.

Namun dalam masa yang sama saya terfikir juga urusan kerja dan bisnes ini tidak akan habis sampai bila-bila pun. Mengejar dunia ini semata-mata tanpa tujuan ibadah, semakin dikejar semakin ia lari. Jika kejar Akhirat, InsyaAllah dunia dan Akhirat kita akan perolehi.

Saya muhasabah diri saya kembali bahawa saya perlu kembali menguatkan jiwa dalaman, sentuhan rohani dengan mereka yang bila kita lihat, kita dekati akan buat jiwa ini dekat dengan rasa Ketuhanan yang mengingatkan kita bahawa tempat kembali adalah kepada Allah Robbul Jalil.

Saya memilih untuk memulakan kembali kelas pengajian agama secara sistematik dengan mentor dan guru agama saya kali ini dibawakan khas jauh dari Asia Tengah iaitu Bukhara, Uzbekistan tempat kelahirannya Imam Bukhori, Ibnu Sina, Al Khawarizmi dan lain-lain tokoh agama.

Nama beliau ialah Dr Muhammadkhon. Latar belakang  pendidikan beliau sangat impressive. Beliau mempunyai dua Ijazah BA dalam bidang agama. Master Degree dan PHD juga dalam bidang agama dan PHD dalam bidang Teologi dan Falsafah Islam.

Menariknya beliau seorang Tahfiz Quran juga, pakar Nahu dan Bahasa Arab. Beliau pernah belajar Bahasa Arab di Syria dan bertemu Syeikh Ramadhan Al Buti. Mempunyai kebolehan bertutur dan membaca dalam 7 Bahasa iaitu Bahasa Uzbekistan, Russia, Turki, Bahasa Arab, Parsi/Iran, English dan Bahasa Melayu.

Saya sangat sayang beliau sebagai abang saya dan ahli keluarga saya sendiri. Selalu menasihati saya mengenai perkara-perkara agama. Beliau tiada facebook.

Passion beliau adalah mengajar ilmu agama. Beliau baru tamat PHD di UKM dan sebenarnya mencari peluang menjadi tenaga pengajar di Malaysia. Beliau sedang menanti peluang dan tawaran mengajar di Malaysia.

Atas permintaan beliau, pada minggu yang lepas kami buat lawatan ziarah ke Bahagian Antarabangsa JAKIM, menziarahi beberapa IPTA dan beberapa Sekolah Agama atas permintaan beliau.

Saya juga  telah aturkan kelas pengajian beliau sebagai Ustaz Jemputan di sebuah sekolah Agama Antarabangsa di USJ iaitu Sekolah At Tamimi International School. Saya aturkan Kelas Pengajian Basic Usul Fiqh kepada Staff Pentadbiran sekolah tersebut dan saya juga jadi salah seorang pelajar.

Pagi Sabtu ini saya dan Dr Muhammadkhon akan menghadiri Ikhtifal Sekolah At Tamimi International School sebagai tetamu kehormat di program itu.

Kemudian kami akan ke Muzium Kesenian Islam untuk bertemu Syeikh Dr Mahmoud MrGlani untuk Program Bacaan Selawat dan Syarahan Dala'il Khayrat.

InsyaAllah ini adalah minggu terbaik buat permulaan usia 34 tahun saya. Alhamdulillah.

Bagaimana saya membina 'Pengetahuan Jaringan Antarabangsa'?

Sahabat saya Wasif Wan telah membuka antara 'Tips Rahsia' Jaringan Antarabangsa kami di posting beliau yang terkini ini. Tips yang beliau beri ialah Ziarah ke pelbagai Pusat Kebudayaan Negara-Negara seluruh dunia di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Kembali ke zaman saya ketika mahasiswa lagi. Malahan lebih awal sejak sekolah rendah, pembudayaan ilmu sebagai 'Teras Utama' kepada jaringan antarabangsa kami ini menjadi semakin kuat bila menginjak usia remaja di zaman mahasiswa.

Ketika saya sekolah rendah, saya dipanggil 'Kamus Bergerak' oleh ahli keluarga kerana menghafal banyak info-info seperti nama-nama negara, nama-nama pemimpin dunia dan universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard, Oxford, Cambridge dan Al-Azhar.

Ketika di sekolah rendah juga saya memilih untuk jadi pustakawan kerana ingin mudah dapat akses baca buku. Bayangkan ketika sekolah rendah lagi saya telah hadam buku-buku klasik sejarah seperti Hikayat Hang Tuah, Salatus Salatin Tun Sri Lanang dan buku-buku terjemahan sastera dari Rusia, China dan Jepun.

Ketika baca buku Hikayat Hang Tuah misalnya, diceritakan bagaimana Hang Tuah mengembara ke China , ke Tanah Jawa dan sebagainya. Sejarah Empayar Melaka dan Pelabuhan Melaka yang merupakan Pelabuhan Entrepot dunia dengan beratus negara datang berdagang cukup memberi inspirasi kepada saya.

Kisah Hang Tuah juga sangat memberi saya inspirasi untuk mengenal dunia antarabangsa. Kemudian saya dibelikan Globe oleh ibu saya dan sentiasa membayangkan yang saya berada di seluruh dunia. Ketika itu tiada youtube lagi.

Malahan saya menghafal nama-nama negara dunia dan ibu kota sekali sejak zaman sekolah rendah lagi. Saya juga waktu itu telah membaca buku-buku sejarah Tokoh Pemimpin Dunia seperti Napoleon, Hitler, Abraham Lincoln, Mahatma Ghandi dan lain-lain.

Ini contoh bagaimana pengetahuan Jaringan Antarabangsa saya bermula. Saya akan share lagi peringkat-peringkat seterusnya.

Kenangan Nostalgia Lama Ketika Menjadi Mahasiswa.

Tuesday, 20 September 2016

Ketika saya belajar di universiti menghadapi Degree Law tahun kedua (2004), saya mula membina jaringan antarabangsa dengan menganjurkan program Asean dan hidupkan organisasi pelajar gabungan negara Asean dan antarabangsa.

Selepas graduated, saya bekerja government sekejap (tetap berpencen bersara awal), swasta sekejap, buka legal firm sekejap sambil jadi motivator, sambil berbisnes part time sampailah buat pelbagai bisness full time.

Kalau bab cerita nak buat business (ketika zaman kemelesetan ekonomi Zaman PM Pak Lah dulu) boleh buat satu buku khas sebagai jurujual atau nama sedapnya 'Pegawai Pemasaran" bermacam-macam produk dan servis saya jual dari pelbagai produk MLM, Vacuum Cleaner, Insurans, Unit Trust, Program Motivasi, Hartanah, Personal Loans, Kertas A4 , Gym Membership dan macam-macamlah pengalaman menjual di stesen minyak, kedai makan, tepi jalan, rumah ke rumah.

Setelah berbelas tahun kemudiannya rakan-rakan Asean dan oversea ini menjadi jutawan korporat, usahawan, ceo, ahli politik, Setpol Menteri di negara masing-masing.

Yang di Malaysia jangan cakaplah sebab network alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) saya, Malay College Old Boys Association (MCOBA) saya sendiri pun sudah cukup kuat dan mantap untuk sebarang jaringan politik, NGO, korporat mahupun business.

Saya juga ketika zaman mahasiswa aktif membuat program motivasi dan training kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal mereka ke universiti sambil menantikan result SPM dan STPM. Dapat jodoh pun  dari kalangan anak buah dari program lepasan baharu tamat SPM untuk persediaan ke universiti.

Sekarang anak-anak buah (dari program training dan motivasi) ini ramai yang jadi pemimpin masyarakat, PTD, usahawan, tokoh korporat dan tokoh NGO. Senior-senior sekolah dan universiti pula ramai men jadi orang-orang besar di sector korporat, GLC dan jadi Pak Menteri pun ada.

Saya membuat keputusan tepat ketika zaman mahasiswa memilih berfikiran non - partisan, tidak suka didoktrin secara taksub mana-mana aliran pemikiran politik mahu pun aliran agama tertentu dan sangat tidak minat kepada aktiviti politik kepartian partisan (kerana waktu itu program politik partisan domestik terlalu berbunyi kemarahan, benci, mengutuk dan sangat tension).

Zaman saya sebagai mahasiswa yang aktif beri motivasi dan jadi motivator program, saya dikenali sebagai 'abang motivator' yang suka senyum, cakap positif, suka berjenaka ketika beri motivasi dan sudah pasti pendekatan politik partisan waktu itu sangat jauh dari fitrah character jiwa saya.

Saya juga terpilih menjadi EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar Undang-Undang waktu itu dan dengan jawatan itu saya memilih untuk buat kebajikan beramal sambil berbisnes di kampus supply buku-buku teks secara pukal dari publisher sebagai solusi kepada mahasiswa junior terutama yang perempuan yang tidak berani pergi jauh-jauh dari kampus untuk cari buku teks yang hanya ada di kedai buku di Kuala Lumpur (kampus kami di Shah Alam).

Saya juga ambil job part time ketika cuti semester sebagai motivator atau fasilitator program training motivasi waktu itu dapatlah bergulung sijil penghargaan dan sedikit wang saku.

Bersama Organisasi Majlis Belia Malaysia pula, saya diberi peluang mewakili Malaysia untuk pelbagai  events antarabangsa antaranya ada peserta USA, Rusia, Jepun dan  Europe.

Setelah berbelas tahun lebih berlalu, semua aktiviti membina jaringan ini hikmah dan metaforanya seperti menanam benih Pohon Durian. Sekarang adalah masa untuk memetik hasil menanam 'Benih Durian' itu tadi.

'Dari NETWORK akan jadi BUSINESS, dan dari BUSINESS akan jadi DUIT dan dari DUIT akan jadi PAHALA, dan dari PAHALA kita akan masuk SYURGA'.

Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah.

Retrospektif Ulangtahun Kelahiran Ke 34

Alhamdulillah umur sudah 34 tahun. Terlalu banyak yang saya lalui sepanjang perjalanan hidup untuk menggapai cita-cita dan impian kejayaan.

Antaranya kemanisan yang telah saya capai adalah untuk beraksi di peringkat antarabangsa bukan sahaja bersendirian tetapi bersama-sama jaringan perniagaan sahabat-sahabat seperjuangan.

Perancangan yang sangat sistematik untuk tahun 2017 telah dibuat. Sudah tiba masanya rakan-rakan usahawan saya keluar ke market antarabangsa. Antaranya melalui kerjasama dengan MTDC, usahawan-usahawan tempatan perlu lebih agresif memasuki pasaran Indonesia.

Bersama dengan partners business saya di 16 buah Negara (ASEAN + 6) , kami akan berkumpul di ASEAN ELITE FORUM 2017 - MANILA ROUND untuk sesi pertemuan usahawan-usahawan success di negara-negara tersebut untuk membuka pasaran yang sangat besar melalui framework RCEP.

Banyak lagi ingin saya kongsikan di sini mengenai 'International Market Entry Strategies'. Saya akan sambung lagi jika ada berminat untuk tahu informasi ini.

Semoga Allah merahmati usaha ini. Aamiin Ya Allah.

Bertemu Irfan Amalee Pengasas Peace Generation.

Saturday, 17 September 2016

Kisah 16 September 2015 di Kuala Lumpur - Bertemu insan hebat bernama IRFAN AMALEE dari Indonesia yang sangat luar biasa aura dan karismanya.

Semalam saya berpeluang bersua muka, berdiskusi, merangka projek global bersama Mr. Irfan Amalee dan paling penting kata-kata nasihat beliau yang menyentuh perasaan saya untuk terus berjuang, berbakti di peringkat local dan global menyebarkan salam keamanan dan salam perpaduan.

Beliau juga merupakan Tokoh Muslim yang diiktiraf sebagai "The Top 500 Most Influence Muslim In The World 2011". Beliau telah melatih 15,000 Trainer Keamanan di seluruh Indonesia dan seluruh dunia dengan 12 Modules Peace beliau dengan membawa Gagasan Peace Generation dalam masa 7 tahun bermula 2007.

Dari segi keusahawanan pula, beliau adalah jutawan dalam bidang IT dan pembangunan applikasi apps dan juga menubuhkan Syarikat Penerbitan Buku Pelangi Mizan. Beliau menulis banyak buku-buku berkaitan keamanan global dan bukunya diterbitkan di seluruh dunia di puluhan negara.

Saya kongsikan senarai anugerah yang telah beliau terima:-

1.Young Creative Entrepreneur (Wiramuda Kreatif) Award from Ministry of Tourism and Creative Economy Indonesia 2012

2.International Fellowship Ford Foundation 2010-2012

3.500 Most Influential Muslim, Amman Jordan 2011

4.UAJY Multiculturalism Award 2010

5.Nominated as Ashoka Social Entrepreneur Fellowship 2010

6.500 Most Influential Muslim, Amman Jordan 2010

7.International finalist Young Comunication Entrepreneur Award, 2009 London, British Council UK

8.National Winner Young Creative Entrepreneur Award 2008, British Council Indonesia

9.3rd winner Bandung documentary film festival 2006

10.Selected in Konfiden Film Festival, Jakarta 2006

P.S:- InsyaAllah akan ada kerjasama antara kami berdua untuk program-program Kemanusiaan, Keilmuan dan Keusahawanan Sosial di peringkat global yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Aamiin.

Effendy Zulkifly
-The Global Peacemaker Agent-
www.peace-generation.org

#peacegeneration
#socialenterprise
#global
#books
#movement

Karakter Kepimpinan Negara

Thursday, 15 September 2016

Bukan bermaksud sebagai pemimpin hanya dengan menggunakan ketegasan, kekerasan, penangkapan berhadapan pihak yang berlawanan ideologi ataupun berlainan pendapat melambangkan anda kuat dan hebat. Tidak semestinya begitu saya rasa.

Di zaman ledakan dunia maya internet. Dengan bilangan kaum yang majmuk, tanpa Akta ISA, dengan kelebihan kuasa diplomasi, ketenangan, kelembutan dan strategik, saya fikir ianya melambangkan kehebatan sebenar seorang pemimpin dalam mempertahankan negara majmuk yang maju dan bersatu padu.

Dan itulah yang sukar dan sangat mencabar sebenarnya menonjolkan sisi kekuatan dan ketegasan melalui jalan diplomasi dan kelembutan. Kualiti 'ketenangan,kelembutan dan diplomasi' itu ada pada Tun Razak yang diteruskan legasinya.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger