RECAP PENCAPAIAN TAHUN 2015.

Thursday, 31 December 2015


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Boleh saya katakan apa yang saya targetkan pada tahun 2015 telah 80% achieved. Terutama dalam aspek keusahawanan dan jaringan Networking Antarabangsa yang dibentuk.

Sepanjang 2015 kami menyertai lebih 20 program keusahawanan peringkat antarabangsa, menganjurkan 1 program peringkat nasional. Menganjurkan 3 program keusahawan peringkat ASEAN.

Berpeluang memberi ceramah keusahawanan di pelbagai negara-negara ASEAN seperti Brunei, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia. Juga mempunyai para peserta yang mendengar ceramah keusahawanan saya dari negara-negara maju seperti USA, UK, GERMAN, JAPAN, TURKI dari perspektif peluang niaga di ASEAN.

Juga menyertai dua expo antarabangsa di China. Di program bersempena ASEAN Summit 2015 di Kuala Lumpur baru-baru ini saya dapat pass masuk ke semua acara melibatkan Obama, dan pemimpin-pemimpin antarabangsa dan ASEAN.

Saya juga jadi speaker antarabangsa memperkenal Malaysia sebagai tempat terbaik untuk business di ASEAN kepada investors antarabangsa di 1Asean Entrepreneurship Summit 2015.

Jemputan ceramah keusahawanan sosial juga di Malaysia juga saya dapat cukup banyak sehingga terpaksa menolak sebahagian jemputan. Di UKM saya juga speaker untuk program ASIAN University Summit 2015.

Juga menjadi speaker untuk topik 'Keusahawanan Sosial Untuk Belia'  Konvensyen Belia Kebangsaan 2015 yang dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia yang selama ini saya hanya mengikutinya sebagai peserta dan mengkagumi barisan speakers yang terpilih di atas pentas. Seperti dalam mimpi, saya pula naik ke Pentas Konvensyen Belia Kebangsaan 2015 sebagai speaker. MasyaAllah!

Juga berpeluang membuat networking keusahawanan dengan kedutaan-kedutaan luar negara yang ada di Malaysia dari negara Hungary, Finland, Argentina, Italy, dan beberapa negara Afrika.

Company Travel Agency saya yang baru ditubuhkan berpusat di Kota Bandung bersama rakan bisnes hebat saya yang berasal dari Bandung Pak Ahmad Zahir juga telah mula menarik perhatian klien-klien baru.

Saya juga telah dilantik sebagai Deputy Secretary General di organisasi Malaysian Turkish Chamber and Commerce and Industry (MTCCI) yang jaringannya di seluruh dunia terutamanya di Eropah.

Bersama Tuan Zairul Annuar yang isterinya orang Jakarta kami melebarkan sayap bisnes trading produk bahan-bahan makanan dan bisnes advertising ke negara Arab, Indonesia, Turki, China dan Thailand telah mula mendapat permintaan yang besar untuk international trading dan cross-country advertising consultation.

Syukur segala puji kepada Allah swt dan rasa kecintaan kepada junjungan Rasulullah saw. Terima kasih kepada ibubapa kandung dan mertua saya,guru-guru dan mentor-mentor saya, isteri saya yang support 200% ketika susah mahupun senang, ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali Allah.

Mohon maaf jika ada salah dan silap dan moga kita sentiasa dalam Rahmat dan Redho Allah. Dalam ujian susah ada ujian kesenangan kemudiannya dan dalam ujian kesenangan juga ada ujian kesusahan kemudiannya.

Segala ujian itu dari Allah supaya kita lebih banyak doa dan lebih dekat dengan-Nya. Allah swt mahu dengar rintihan kita sebagai satu cara kita lebih bersyukur dan tawaduk. Kita pohon pada Allah Yang Maha Kuasa memberikan yang terbaik buat kita dunia dan akhirat.

Salam Tahun Baru 2016!

Keusahawanan, Melayu dan Islam.

Wednesday, 30 December 2015

Kesedaran untuk berniaga sangat lemah di kalangan masyarakat bumiputera terutamanya di kalangan bangsa Melayu.

Padahal dalam sirah Kehidupan Rasulullah dan para sahabat kehidupan sebagai usahawan adalah tidak asing bagi mereka.

Rasulullah diriwayatkan memulakan perniagaan seawal usia 12 tahun mengikut pakcik baginda ke pasar-pasar antarabangsa di Tanah Arab waktu itu berniaga.

Kepakaran Rasulullah dalam berniaga diiktiraf oleh Saidatina Khodijah jutawan wanita hebat di Tanah Arab waktu itu yang melantik Rasulullah sebagai CEO menguruskan perniagaannya.

Rasulullah ternyata hebat berniaga dengan berpaksikan nilai KEJUJURAN dan seluruh masyarakat mengenali Rasulullah dan suka berurusniaga dengan baginda. Saidina Abdul Rahman bin Auf juga hebat dalam perniagaan sehinggakan perniagaan golongan Yahudi terjejas teruk di Madinah. Banyak juga riwayat menunjukkan para sahabat di kalangan Khulafa Ar Rasyidin juga terdiri di kalangan orang kaya kerana boleh membebaskan ribuan hamba dan bersedekah unta-unta dan kuda-kuda untuk Jihad Fi Sabilillah.

Di manakah silapnya umat Islam Melayu di Malaysia yang kurang menguasai perniagaan di Malaysia ini? Mengapa mak ayah tidak mendedahkan dan menggalakkan anak-anak mereka dengan keusahawanan? Saya lihat faktor sejarah penjajahan juga memberi kesan psikologi dan mental berzaman lamanya.

Kepada sahabat-sahabat saya generasi X dan Y. Didiklah anak-anak anda dengan nilai-nilai keusahawanan. Kita tidak mampu mengubah dogma pemikiran lama mak dan ayah kita yang ramai di kalangan mereka kelihatan seperti "anti" , "fobia" , "gerun"  dengan keinginan anak-anak mereka yang ingin jadi usahawan. Tetapi kita mampu membentuk pemikiran baru generasi akan datang melalui sikap kemandirian melalui jalan keusahawanan.

P.S:- Posting ini ditulis spontan untuk pemanas tangan dan badan bagi penulisan kertas kerja akademik yang berkaitan dengan isu yang sama untuk persiapan beberapa program pertemuan dengan usahawan-usahawan level ASEAN dan pembentangan di seminar-seminar keusahawan tahun 2016

Bersahabat kerna Allah jua...

Bersahabat kerana Allah jua...

Dua orang anak muda yang hebat, masih bujang, umur dah hampir cecah 30-an. Yang pakai cincin tu namanya Faiz Ali , mempunyai Master dari universiti di Turkey dan merupakan Entrepreneur hebat level international. Pengerusi International Platform of Young Entrepreneurs base di Istanbul Turkey. Office beliau betul-betul depan Hotel Hilton di Istanbul Turkey dan ada 13 staffs. Beliau sangat fasih Berna has a Turki. Kami banyak nostalgia sebagai aktivis pelajar zaman-zaman mahasiswa dulu.

Sorang lagi pula namanya Wasif Wan , anak kepada Mantan KP JAKIM. Master dari UM dalam Islamic Studies. Eksekutif Dakwah di World Assembly of Muslim youth (WAMY) base di Bangi Malaysia. Fasih berbahasa arab dan seorang thinker hebat. Saya kenal rapat mereka sejak zaman student dan mengenali keluarga mereka. Mereka inilah sahabat yang boleh saya kategorikan sahabat dunia akhirat.

Jika saya perempuan memang saya dah pinang untuk diri saya kerana mereka ini Masya Allah saya yakin lelaki soleh yang cukup hebat, tinggi ilmu dan tinggi budi bahasa.

Bersyukur saya ada sahabat seperti mereka. Semoga kami menjadi insan yang dicemburui oleh para Anbiya dan syuhada di akhirat kerana ikatan persahabatan yang diikat kerana Cinta pada Allah walaupun kami ini bukan bersaudara dan tiada ikatan pertalian darah.

Rasulullah S.A.W menyatakan ketinggian golongan yang berkasih-sayang kerana Allah S.W.T melalui Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy'ari yang bermaksud:

Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan daripada golongan Anbiya' dan bukan juga daripada golongan Syuhada'. Mereka dicemburui oleh para Anbiya' dan Syuhada' kerana ketinggian dan kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah,bagitahulah kami siapakah mereka itu ?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda.

Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka beradadi atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih."

#sahabat #ikhlas #keranaAllah #Rasulullah #hadis

ISTILAH PERASAAN.

ISTILAH PERASAAN

SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.

MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.

SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.

CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.

Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.
Matlamatnya cuma satu.... KAU lah segalanya.

Kita Boikot Yahudi Link Israel, Kita Bina Jenama Sendiri...


Apabila Israel mengebom bumi Gaza, ramai juga dari kalangan umat Islam ini yang tampil menunjukkan keprihatinan. Banyak postings di facebook personals mahupun pages yang menganjurkan boikot terhadap produk-produk Israel. Ia sangatlah dipuji tetapi sekadar promosikan boikot sahaja tidak mencukupi. Perlu juga promosikan alternatif barangan atau produk keperluan keluaran Umat Islam dengan agresif.

Jika kita perhalusi betul-betul, produk-produk keperluan masyarakat di sekeliling kita ini adalah dari dominasi keluaran syarikat-syarikat milik bangsa Yahudi. Ternyata perancangan perniagaan Yahudi mengambil kira semua aspek keadaan. Buktinya, jika umat Islam mahu boikot semua produk Yahudi, tentu kita menghadapi kesukaran memenuhi keperluan hidup kerana produk-produk Yahudi telah menjadi seakan-akan keperluan asas dalam hidup. Perlukah disebutkan jenamanya? Dari barangan komputer, lampin bayi, susu bayi, pakaian, tak mampu disenaraikan semuanya…

Bangsa Yahudi Link Israel telah lama membina dan mempromosi produk-produk mereka, membina reputasi, menguasai pasaran di seluruh dunia. Sehinggakan masyarakat dunia banyak bergantung kepada barangan keluaran mereka. Jikalau pun ada persaingan dari bangsa bukan Yahudi,  ianya tidak menonjol. Umat Islam pula walaupun sumber minyak berlegar majoritinya di negara umat Islam, kita masih menjadi pembeli majoriti bukan pengeluar majoriti.

Sebab itulah saya ambil peluang ini dengan kekuatan Syarikat Sdn Bhd saya sendiri untuk hasilkan produk keluaran umat Islam. Setakat ini syarikat saya telah mempunyai produk pakaian sendiri (baju sekolah, telekung, jubah, t-shirt, baju korporat), kelengkapan mencuci pakaian (sabun basuh,pewangi baju dan easy iron). Kami juga sedang mengusahakan untuk bekerjasama dengan sebuah kilang untuk rebranding biskut butter cookies untuk eksport ke Dubai.

Doakan projek Mega 2013 kami untuk menunaikan Fadhu Kifayah Ekonomi Umat Islam ini berjaya! Aminn...

-Dari Meja Putih Effendy Al-Ampangi-

Mendapat Anugerah Antarabangsa!

Alhamdulillah. Mendapat jemputan dan terima Anugerah Peringkat International dari dua program Antarabangsa yang mengumpulkan seluruh Usahawan ,Policy Makers, Pemimpin Muda Antarabangsa di seluruh dunia pada Bulan February 2016 ini.

1) 10th biennial U.S.-Africa Business Summit 2016.

Hosted in Addis Ababa, Ethiopia, on February 1-4, 2016, akan dihadiri oleh 1,000 business representatives, government officials, entrepreneurs, investors, decision-makers and managers, dari seluruh Africa dan United States.

The Summit is a unique opportunity to network with the prominent decision makers and leaders in African investment, all in one place, at one time. The multi-day conference will feature insightful plenary sessions, sector-focused panels, country-specific forums, peer-to-peer roundtables, site visits, exhibitions and networking opportunities.

Program ini adalah pertemuan traders, usahawan-usahawan seluruh dunia yang majoritinya senior dan well established international traders dari seluruh dunia!

2) The ASEAN Colloquium - Bangkok, Thailand on February 18-21, 2016.

Hosted by Global Leadership Institute. Program ini sangat marvellous dan powerful berkaitan 4 aspek agenda utama iaitu Socio-Cultural Solidarity, Politic Security, Economic Growth dan Climate Change Mitigation.

Akan dihadiri pelbagai tokoh-tokoh di kalangan CEOs, Entrepreneurs,  Management Experts, Policy Makers, Philanthropists, Community Leaders, Youth Leaders  dari negara-negara ASEAN + 6 Countries seperti China, India , Pakistan dan lain-lain. Pemimpin-pemimpin masa depan ASEAN akan berkumpul di sini!

Dan yang paling menarik saya bersyukur pada Allah swt saya juga dilantik sebagai Program Ambassador mewakili Malaysia dan segala puji bagi Allah dan syukur Ya Allah kerana akan diberikan Anugerah dengan Honorary Plaque dari United Nations Head Quarters (ESCAP) bersempena The ASEAN Colloqium 2016 ini.

Anugerah ini diberikan berdasarkan sumbangan dan pencapaian saya dalam membangunkan program-program kemanusiaan, keusahawanan sosial dan pendidikan di dunia ASEAN bermula Tahun 2006 sehingga sekarang (hampir 10 tahun).

P.S:- Penyertaan untuk delegasi masih dibuka. Siapa yang mahu join dan bersama saya menjadi delegasi Malaysia ke program ini boleh pm email kepada saya.

(Effendy Zulkifly)
The  Malaysia Ambassador of Global Leadership Institute

-The ASEAN Colloquium 2015-

#futureleadersprogram
#globalleadershipinstitute
#asean
#globalnetwork

7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Sunday, 27 December 2015

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

-Islamic Parenting Network-

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger