Sanfest 2015 yang memberi saya "tonik" tambahan!

Thursday, 9 July 2015



Oleh : Effendy Zulkifly                            

1. Sanfest 2015 telah memberi saya "tonik" tambahan untuk persiapan saya benar-benar menjadi Social Entrepreneur yang praktikal bukan teoritikal semata-mata.

2. Pembangunan keusahawanan yang saya ceburi dan ingin bangunkan bukan lagi semata-mata untuk mengejar kekayaan syarikat atau perniagaan, tapi sebenarnya menaikkan taraf hidup komuniti seperti golongan asnaf, miskin bandar dan miskin kampung yang perlu dibela.

3. Di Malaysia kelihatan seperti nampak senang secara zahirnya. Namun data Jabatan Insolvency menunjukkan ramai ribuan anak muda yang bankrupsi dan punyai masalah financial. Belum termasuk nasib gelandangan, orang asli terabai dan anak-anak jalanan.

4. Saya mungkin tiada data yang tepat namun saya tetap ingin menyumbang semampu mungkin. InsyaAllah. Amin.

5. Keutamaan saya kini lebih kepada penulisan buku, gerak kerja berfokus dan spesifik kepada pembangunan komuniti atau lebih tepat golongan asnaf. Setelah tamat SANFEST 2015 saya cuba kurangkan untuk involve dalam program yang bersifat "ceremony", "konseptual" semata-mata.
6. Terlalu banyak program keusahawanan yang bersifat "awareness" yang dilihat seperti menguntungkan organizer semata-mata. Crowd atau peserta yang hadir digunakan untuk dapat tajaan dan funding kerajaan semata-mata tapi habis program tiada monitoring dan one off sahaja.

7. Organizer juga buat duit sebagai event organizer. Yang bergerak atas nama individu pula "buat duit" dengan "mengajar orang buat duit" atau "mengajar impian menjadi jutawan".

8. Setelah duit dilaburkan tiada pun follow up dan terpinga-pinga pelabur atau peserta yang telah keluarkan duit untuk sertai program/seminar/kursus usahawan dari golongan miskin yang berharap jadi usahawan atau jutawan itu.

9. Itu bukan kerja philanthropist tapi hanyalah orang opportunistic yang bersikap sebegitu. Apa sahaja program pembangunan Usahawan perlulah dengan sikap, tanggungjawab untuk monitoring dan follow up apatah lagi jika si miskin atau peserta program usahawan itu telah laburkan wang, masa dan tenaganya.

10. Jika ada rasa teraniaya timbul dalam hatinya maka tunggulah pembalasan di hari akhirat kelak. Syukur di Indonesia, dari sahabat merangkap saudara seperjuangan social entrepreneurship saya saudara Ahmad Zahir telah mengajar saya mekanisme terbaik buat saya untuk bangunkan komuniti.

11. Beliau menekankan konsep "Masjid Sebagai Pusat Peradaban Manusia". Saya bertemu beliau di masjid dan ramai lagi sahabat-sahabat baik di Masjid dan kini sedaya upaya mungkin saya cuba bangunkan komuniti usahawan yang berpusat di masjid.

12. Masjid di Malaysia sebenarnya telah ada yang benar-benar aktif seperti Masjid Hijau Bangi, Masjid di Meru, Masjid Wilayah dan beberapa lagi. Namun impak maksima belum benar-benar wujud dan masih berfokus kepada ceramah ritual semata-mata.

13. InsyaAllah saya cuba berusaha dengan izin Allah untuk mengisi vacuum itu. "Vacuum" yang saya maksudkan ialah MASJID perlu menjadi "PENYELESAI" masalah ummah secara "HOLISTIC". Moga Allah redhai dan rahmati impian ini. InsyaAllah. Amin.

‪#‎sanfest‬ ‪#‎masjid‬ ‪#‎socialentrepreneurship‬ ‪#‎philanthropy‬ ‪#‎usahawan‬ ‪#‎jutawan‬ ‪#‎asnaf‬ ‪#‎komuniti‬ #usahawansosial

Proram Sanfest 2015 (Masjid sebagai Tamadun Peradaban) sangat berjaya!


Program Sanfest 2015 (1- 5 July) bertempat di Masjid Mujahidin, Kota Bandung baru-baru ini beri impak maksima kepada ramai usahawan muda seperti saya dan sahabat-sahabat lain. Saya akan terus bergerak dan berjuang sekalipun tiada publisiti mahupun bantuan dari mana-mana pihak sekalipun.
Namun saya sangat bersyukur Media PIKIRAN RAKYAT yang terbesar di Jawa Barat membuat liputan dan Media BERNAMA dari Malaysia juga sudi membuat liputan Program Sanfest ini.

Saya yakin usaha yang mulia ini akan dibantu oleh Allah, Tuhan Yang Maha Kaya.
Saya bersyukur pada Allah ramai juga rakan-rakan usahawan yang turut hadir di Program Sanfest Business Summit 2015 ini mendapat kesedaran untuk sama-sama memperjuangkan Gerakan Social Entrepreneurship yang sebenarnya telah ada lama dalam ajaran Islam.

Setiap orang ada peranan masing-masing dan peranan saya adalah menyatupadukan usahawan muda bermula sekitar ASEAN yang berpusat di masjid-masjid yang aktif dan benar-benar membantu komuniti sekelilingnya dengan sistematik dan bersepadu.
Moga usaha ini diredhai Allah. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di SANFEST 2015 usaha kita baru bermula.

Kita gegarkan seluruh nusantara dengan kekuatan ekonomi yang berpusat di MASJID sebagai Pusat Peradaban Insan. InsyaAllah berjaya. Amin.

~Effendy Zulkifly, Ketua Delegasi Malaysia di SANFEST 2015~

#usahawansosial #socialentrepreneurship #komunikasi #komunikasiimpak #effendy #usahawansosial


Catatan 6 Hari di Kota Bandung "Paris Van Java" sempena Program Sanfest 2015.

Hari pertama di Bandung (30 Jun 2015).

Tiba di Airport Bandung jam 11pagi sebagai delegasi pertama yang tiba. Tak sabar menanti ketibaan delegasi Malaysia lain.
Senarai delegasi Malaysia ke Sanfest Business Summit 2015:-
1. Prof Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi -Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
2. Dato Ahmad Zaki Jinlapudin -National Association of Strength Research (NASC).
3. Datuk Dzulkarnain Taib - Yayasan Media Hebat Malaysia (YMHM)
4. Datuk Harris - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
5. Dr Hasnah - Universiti Putra Malaysia
6. Albark Yunus Bat - Jaringan Anak Muda (JAM)
7. Effendy Zulkifly - Asean Youthpreneur Community(AYPC)
8. Safwan Asraff - Graduate School Business UKM
Ini adalah perjalanan mujahadah ilmu, perniagaan dan keamanan antara dua negara nusantara serumpun. Semua delegasi Malaysia terlibat dalam pembentangan kertas kerja mengikut kepakaran masing-masing.



Sanfest Day 1 (1st July 2015)
- Welcoming Dinner-
Hari pertama santai sahaja. Berbuka puasa di Boutique Hotel milik Pak Arif(kemeja merah). Hotelnya bernama Hotel Bumi Bandhawa. Mempunyai rangkaian Restoran Bumbu Desa yang berjumlah puluhan di seluruh dunia di KL, di Vancouver Canada. Di KL, Restoran Bumbu Desa terletak di KLCC, KLIA. Kami dilayan sebagai tetamu VIP. Akan ada pertemuan bersama beliau di KL next week untuk gerak kerja social entrepreneurship.



Sanfest Day 2 (2nd July 2015)
-Opening Ceremony-
Sangat kreatif pendekatan organizer Sanfest 2015 membuat gimik opening. Opening dengan membunyikan angklung. Saya sebagai Ketua Delegasi Malaysia juga terlibat untuk acara perasmian.
SanFEST 2015 secara rasminya dirasmikan oleh Pak Ayat Dimiyati ( Ketua Muhamadiyah Jawa Barat ) dan Pak Ahmad Hadadi ( wakil gabenor Jawa Barat ). Turut serta disaksikan ketua Delegasi Malaysia En. Effendy Zulkifly dan Pak Ahmad Zaher ( Pengarah Program Sanfest ).
Kagum dengan Masjid Mujahidin, Bandung. Masjid ini mempunyai Dewan yg boleh memuatkan 500 orang, mempunyai pusat ilmu, mempunyai perniagaan agensi pelancongan, mempunyai rumah rehat untuk musafir. Masjid bukan sekadar tempat ritual semata2 tetapi masjid menjadi pusat peradaban.


Sanfest Day 3 (3rd July 2015)
- Pembentangan Kertas Kerja-
"Social Entrepreneurship to Strengthen The Ummah".
10 Kelebihan jika Umat Islam menguasai ekonomi:-
1. Zakat jamin hak asnaf yang memerlukan.
2. Menguatkan politik kepemimpinan Ummah.
3. Menjamin urusan halal dan kesucian produk dan servis untuk umat Islam.
4. Masalah sosial dikurangkan atau terhapus kerana kemiskinan membawa kepada kekufuran.
5. Memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa KAYA itu datang dengan tanggung jawab. Bukan sekadar fizikal tetapi KAYA ADAB dan BUDI PEKERTI.
Lagi 5 kelebihan jika mahu tahu perlu invite saya beri ceramah.
P.S:- Selepas presentation saya ditemuramah oleh wartawan dan mahasiswa dari sekitar Bandung kerana sangat tertarik dengan presentation saya. Alhamdulillah.




Sanfest Day 3 (3rd July 2015)
~Bergambar Kenangan Speakers dan Peserta~
Rasa seperti artis saya ini di Kota Bandung. Peserta Sanfest Business Summit berebut mahu bergambar dengan saya. Belum termasuk dengan para wartawan dan peminat yang kenal melalui Facebook.
P.S:- Rasanya boleh jadi pencabar Ayahanda Rani Kulup ni. Trademark beliau bergambar genggam penumbuk saya pinjam.





Sanfest Day 4 (4th Julai 2015)
~ Tourism Visit ~
Paginya kami melawat Gunung Tangkuban Perahu yang sangat indah, sejuk dan nyaman. Petangnya kami melawat daerah industri pembuatan barang kulit di Daerah Cibaduyut Bandung. Saya shopping habis-habisan barangan kulit di Cibaduyut kerana diskaun 70% lebih murah dengan kualiti sama di Malaysia.



Sanfest Day 5 (5th Julai 2015)
~Closing Ceremony~
Alhamdulillah, berakhirnya program Sanfest 2015. Bermula hari pertama dengan seminar antara 2 negara, diikuti hari ke- 2 bengkel potensi bakat baru, Hari ke- 3 Lawatan industri, dan berakhir hari ke - 4 senyum ramadhan. Senyum Ramadhan adalah program meraikan anak yatim dan memberi sumbangan kepada mereka. Program akhir ini juga deklarasi kerjasama antara Malaysia - Indonesia.
Albark Yunus mewakili DPMM ( Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ) Putrajaya , Effendy Zulkifly mewakili UKM- GSB ( Universiti Kebangsaan Malaysia - Graduate School Business ) , dan Drs. H Saud Effendi Ketua BTM,Indonesia. Memeterai kerjasama dalam bidang pendidikan dan perniagaan.Ahmad Zaher Mewakili Indonesia, Dato Ahmad Zaki Jinlapudin dan Safwan Asraff antara perwakilan Malaysia yang menjadi saksi MOU ini.



Sanfest Day 6 (6th July 2015)
~Last Day~
Kami ke Daerah Garut yang terkenal dengan gelaran 'Swiss Van Java'. Terkenal dengan kawasan kolam air panas. Hotel kami ditaja Jutawan Perhotelan dan Restaurant Pak Arif. Beliau ada 5 hotel dan 60 restoran. Hotel beliau Hotel Tritagangga ada kolam air panas yang sangat indah. 





Delegasi Malaysia di Program Sanfest 2015. Bergambar kenangan pagi (6 Julai 2015) bersama Pengarah Program Sanfest 2015, Bro Ahmad Zahir Airport Bandung sebelum pulang ke tanah air tercinta. Beliau sangat baik hati bantu kami dari awal program sampailah hari terakhir kami pulang ke Malaysia. Semoga ukhwah ini diredhai dan dirahmati Allah. Amin.




#usahawansosial #socialentrepreneurship #komunikasi #komunikasiimpak #effendyzulkifly #sanfest

Mind setting startup ,pembentukan usahawan sosial dan events oriented mentality.

Sunday, 14 June 2015
Saya melihat mind setting startup, pembentukan usahawan sosial muda menjadi trending yang sangat aktif dan popular masa kini di Malaysia. Pendekatan banyak agensi kerajaan dengan niat yang positif untuk membantu usahawan-usahawan muda dan baru dengan menawarkan pelbagai pembiayaan kewangan. Saya pula melihat methods pembentukan usahawan ini perlulah menekankan aspek berdasarkan keperluan dan "profiling" asnaf itu sendiri.

Pembasmian kemiskinan melalui program kemiskinan asnaf zakat juga harus dipertingkatkan. Isu poverty / kemiskinan ini tidak pernah susut malahan bertambah sejajar dengan pertambahan dan kenaikan harga minyak, barang keperluan. Program startup yang kelihatan mewah dan terlalu banyak bersifat motivasi semata-mata bagus, tapi tak perlu terlalu banyak sehingga ianya jadi "events oriented". Yang untung nanti hanya "events organizer".

Yang penting dapatkan profiling asnaf, usahawan dan berikan solution based sampai ke tahap boleh monitoring apakah result dari program-program keusahawanan yang dijalankan. Database penting untuk menilai apakah hasil penyertaan peserta di program-program "pembangunan usahawan" yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan.

Database usahawan wannabe ini penting sebab rata-rata agensi pembangunan usahawan yang terlibat kurang beri perhatian kepada database profiling ini kerana akhirnya KPI mereka adalah berdasarkan berapa banyak yang hadir ke program usahawan mereka bukan kepada nilaian berapa ramai yang berjaya jadi usahawan yang berjaya melalui program pembangunan usahawan mereka.

#usahawansosial #socialentrepreneurship #komunikasi #komunikasiimpak #effendy

Diskusi Hujung Minggu (DHM) mengenai buku dan intelektual di rumah Pendita Jaafar.

Saturday, 13 June 2015
Malam minggu kali ini saya habiskan dengan mentor saya berbicara soal intelektualisme, ekonomi dan buku terkini. Saya dinasihatkan oleh Pendita Jaafar terus konsisten dengan research berkaitan Social Entrepreneurship sedalam dan seteliti mungkin sebagai core study saya untuk tahap PHD satu hari nanti. Amin.

Saya berkongsi dengan beliau mengenai pola berfikir secara "futuristic problem solving base" dengan menggunakan permis pemikiran entrepreneur yang perlu sentiasa mencari dan membahas solusi dan idea inovasi dalam penghasilan produk dan servis yang selesaikan masalah pengguna. Kami diskusi juga dengan isu penarafan dan kualiti universiti di Malaysia, cara berfikir para academicians, pensyarah, professors di university di Malaysia dan dibandingkan dengan intelektual di luar negara.

Pemerintah negara juga harus "berfuturistik" berfikir masalah dan kesusahan rakyat yang mendatang sebagai contoh isu bencana alam, banjir, food security, global warming, kos hidup dan peningkatan taraf hidup rakyat. Pendita Jaafar telah memberi saya konsep research methodology yang bagus dalam pemikiran futuristic problem solving dengan 3 aspek iaitu:-

1.Visibility Study
2.Forecasting Study
3.Numerical Counting Study.

Pendita Jaafar seperti biasa memberikan saya 'prescription kesihatan' intelek kepada saya dalam bentuk buku-buku yang harus dibaca iaitu:-

1. How Professors Think by Michele Lamont.
2. Data-Ism by Steve Lohr.
3. Banker to the poor by Muhammad Yunus.
4. The Great American University by Jonathan R Cole.
5. The Philosophy of Expertise by Evan Selinger.
6. Social Theory and Modern Sociology by Anthonny Giddens.
7. The Go-To Expert by John Baker.

Idea dan konsep hanyalah stage awal yang perlukan percapahan minda yang bersifat inklusif bukan eksklusif. InsyaAllah saya akan terus mengkaji, memahami, menulis, berdialog untuk menjadikan INTIPATI SOCIAL ENTREPRENEURSHIP sebagai vehicle untuk membantu masyarakat dan rakyat terutamanya golongan duafa, miskin dan fakir ini untuk bangkit dan tidak putus asa dengan kehidupan.

‪#‎diskusihujungminggu‬ ‪#‎buku‬ ‪#‎intelektual‬ ‪#‎idealist‬ ‪#‎socialentrepreneurship‬ ‪#‎usahawansosial‬

JENIS-JENIS ORANG KAYA.

Wednesday, 10 December 2014

Seringkali saya membaca luahan rasa hati sahabat-sahabat di facebook mahupun di luar facebook mengenai sahabat-sahabat mereka yang suka upload gambar-gambar kereta mewah, rumah mewah dan barangan mewah di wall FB masing-masing.

Ada yang sangat bangga bersahabat dengan orang-orang kaya berkereta mewah dan ada juga yang memandang negatif mereka yang menonjolkan kemewahan dengan pandangan negatif kerana dikatakan meninggi diri.

Tugas saya sebagai trainer coach @ motivator, saya biasanya memilih bersikap positif. Kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara berdasarkan sangkaan semata-mata kerana niat di hati hanya Allah yang tahu.

Seorang motivator bukan sahaja perlu bersikap positif tetapi juga perlu kelihatan positif. Bergaul dengan pelbagai jenis orang kaya dan jutawan ini, saya ingin membuat perkongsian berkaitan jenis-jenis orang kaya berdasarkan pengalaman saya bergaul dan berkawan dengan golongan ini.
Terdapat 5 jenis orang kaya:-

1. Kaya berdasarkan kelebihan akademik dalam bidang yang sangat strategik dan profesional seperti akaun,engineering, oil and gas . Mereka juga hidup kaya terutamanya bermula di zaman emas tahun 1990-an atas dasar pimpinan Tun Dr Mahathir dengan mengetuai GLC-GLC yang hebat-hebat dengan gaji bulanan yang cukup besar.

Gaji bulanan mereka beserta elaun boleh mencecah RM40 ribu dan ke atas. Mereka belajar dengan biasiswa kerajaan seperti JPA, MARA di luar negara balik sebagai rakyat Malaysia yang membawa sijil oversea dan bekerja di pejabat-pejabat swasta yang hebat .

2. Kaya berdasarkan perniagaan-perniagaan yang dimulakan oleh keluarga dengan mewarisi saham-saham besar syarikat. Kebanyakkan kawan-kawan berbangsa Cina dalam kategori ini. Mak ayah yang kaya raya ini menghantar pula anak-anak mereka di universiti ternama dunia dan balik ke tanah air meneruskan legacy perniagaan mereka.

3. Kaya bermula dengan susah, makan maggi, bergolok gadai, bermula dari bawah dan mereka menjalankan pelbagai bisnes seperti bisnes kedai makan, bisnes kosmetik, buka kilang IKS dan juga menjalankan perniagaan MLM, Forex.

Ada yang kaya melalui pelbagai idea bisnes yang hebat dan diterjemahkan menjadi bisnes dan kemudian beroleh kejayaan dan kekayaan. Ada yang asalnya miskin, kemudian menjadi kaya dengan "mengajar orang menjadi kaya". Maksudnya di sini mereka ada "idea" untuk jadi kaya. Mengajar orang jadi kaya seiring dengan mereka sendiri jadi kaya.

4. Proxy orang politik. Agak sensitif untuk dibincangkan, tapi inilah golongan yang kadang kala paling senang lenang kerana hubungan baik dengan pelbagai pihak atas di kalangan orang politik. Contoh kes bekas MB Selangor dulu iaitu Khir Toyo. Golongan proxy ini kadang-kadang digunakan nama mereka untuk "cover" nama-nama orang tertentu.

5. Orang-orang politik yang memegang tampuk kekuasaan yang boleh meluluskan pelbagai projek mega kerajaan. Cuba tengok rumah ahli politik sebelum dan selepas memegang kuasa. Tidak kira mana-mana parti politik sekali pun "kuasa politik" ini memberi kekuatan untuk mengawal "kuasa ekonomi" pula.

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis orang kaya yang boleh disenaraikan di sini. Namun saya tonjolkan 5 kategori ini. Dan saya lihat golongan kaya ini yang paling suka menonjolkan kemewahan kereta mewah biasanya (tak semua) di kalangan mereka yang jalankan bisnes berkonsepkan MLM, Forex selalunya berdasarkan penajaan keahlian baru.

Bagi saya penonjolan kereta mewah itu satu keadaan yang positif namun bergantung pada mereka yang "melihat" bukan pada yang "dilihat". Kereta mewah itu penting bagi mereka yang terlibat dalam industri berkonsepkan MLM untuk memberi inspirasi kepada orang bawah.

Namun dalam konteks bisnes seperti MLM, penonjolan utama figura jutawan yang berjaya dalam sesuatu sistem MLM atau BINARY akan ditujukan kepada satu atau beberapa individu tertentu sebagai "jurucakap".

Yang benar-benar kaya adalah pihak "mastermind" di belakang tabir dalam sesuatu sistem MLM, BINARY atau PIRAMID itu. Jika berlaku masalah kepada "sistem" itu yang paling menanggung malu adalah "jurucakap" berbanding "mastermind" yang tidak kelihatan di belakang tabir.
Teguran saya kepada bangsa saya sendiri yang beragama Islam. Lihatlah aspek kekayaan itu melalui renungan dan kaca mata sunnah Nabi dan cara Islam yang sebenar. Akhirnya kekayaan itu ke mana tujuan dan apakah "hakikat" kekayaan itu sendiri.

Ada sahaja orang kaya jutawan yang saya jumpa hidupnya cukup sederhana tanpa kereta mewah, rumah mewah dan tidak sempat pun nak update kisah kekayaan jutawan hartawan mereka di facebook.

Manakala sahabat-sahabat yang memaparkan kemewahan di facebook mungkin niat beliau untuk menggalakkan pengikut-pengikut beliau bekerja keras seperti beliau sehingga peroleh kekayaan dan kemewahan itu.

Namun berpada-padalah dalam menonjolkan kekayaan, kemewahan kita kerana hati manusia ini tidaklah kita tahu setakat mana titik hitam dan noda dalam jiwa mereka yang datang dengan hasutan syaitan yang menjurus kepada cemburu dan dengki yang sangat negatif.

KESIMPULAN.

Saya seboleh mungkin mendapatkan pelbagai nasihat mengenai kekayaan dari perspektif pelbagai jenis orang kaya ini. Orang kaya yang dari awal kita lihat bernasib baik seperti Golongan 1 mungkin ujian kesusahan mereka ketika menjadi seorang mahasiswa di luar negara, ramai yang bermula dari keluarga yang miskin. Nasihat mereka mengenai kekayaan juga selalunya bersifat konsep, teknikal dan menekankan aspek pentingnya pelajaran dan pendidikan.

Golongan 3 mungkin boleh menerangkan tentang perniagaan dengan jalan cerita yang lebih inspirasi dan motivasi kerana bermula dengan jalan kesusahan, kerja keras dan disiplin. Golongan 4 dan Golongan 5 akan menggalakkan kita mempunyai "network" dengan orang politik dan menekankan aspek "knows WHO" dan "High Network Contacts".

Saya akhiri penulisan ini dengan kata-kata falsafah ini:-

"KAYA tidak menjadikan kita lebih tinggi harga diri, MISKIN juga tidak menjadikan kita lebih mulia. KAYA dan MISKIN boleh menjadi sebab manusia kufur. KAYA dan MISKIN juga boleh menjadi sebab manusia bersyukur!

"Berusahalah menjadi insan yang paling bernilai , dan harta yang bernilai akan menjadi tidak bernilai jika dibandingkan dengan diri anda sendiri!

P.S: - Marilah kita sama-sama berdoa menjadi manusia kaya dunia dan kaya akhirat! Amin Ya Allah.

Love Communication.




Saya sedang merangka Slides Presentation "Communication for Love" untuk sebuah program besar peringkat nasional tahun hadapan.

Program ini khusus untuk mereka yang bujang ,sedang mencari CINTA dan belum berkahwin kerana pelbagai faktor. Elemen kesihatan dan kecergasan juga menjadi keutamaan silibus dalam program ini.
Rata-rata wanita dan lelaki yang kahwin lewat ini biasanya mengeluh kerana faktor penampilan, berat badan dan sikap malu menjadi punca mereka kahwin lewat. Sebab itulah elemen komunikasi CINTA, komunikasi keyakinan diri , slot ilmu kecergasan dan kesihatan menjadi pengisisan utama dalam program ini.

Untuk kelihatan cantik menawan sebenarnya yang penting kita perlu mejadi seorang yang sihat , cergas dan mempunyai kelebihan komunikasi yang cemerlang.

FORMULA CANTIK MENAWAN/KACAK BERGAYA =
CERGAS+SIHAT+PINTAR KOMUNIKASI

Insya Allah kita akan buat sesi khas untuk program match making juga selepas program ini yang sesuai dengan norma-norma budaya timur negara Malaysia. Kaedah pemantapan kerohanian melalui pendekatan agama dan moral juga ditekankan seperti amalan doa-doa khusus dan ibadat amalan harian kepada peserta Muslim oleh ilmuan Islam yang terpilih. Kepada peserta non-muslim pula kami tekankan aspek Kecerdasan Emosi dan nilai-nilai moral.

P.S:- Semoga program yang diatur ini berjaya dan mohon idea-idea baru yang boleh saya kongsikan dalam program ini dari sahabat-sahabat sekalian.
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger