Persoalan BIG DATA.

Monday, 23 June 2014
Persoalan BIG DATA.




Research saya berkaitan "Big Data" menemukan saya dengan pelbagai jawapan yang pelbagai. Tiada siapa boleh mengaku mempunyai istilah rasmi dan standard untuk diguna pakai oleh semua pihak. 

Big Data terus berkembang dengan sangat pesatnya. Big Data bukan setakat ukuran/scale of data semata-mata tetapi Big data adalah data berukuran raksasa yang volumenya terus bertambah, terdiri dari pelbagai jenis atau variasi data, terbentuk secara berterusan dengan kepantasan yang tertentu dan perlu pula diproses dengan kepantasan tertentu pula.

Data Scientist IBM pula memecahkan kepada 4 aspek iaitu Volume, Variety, Velocity dan Veracity untuk memahami big data seperti dalam rajah di bawah.

-Effendy Data Scientist Wannabe-

ISU MC DAN PEKERJA

Monday, 14 April 2014

-ISU MC DAN PEKERJA - 


(Nasihat saya kepada anak-anak muda yang sedang meniti jalan kejayaan dalam kerjaya/bisnes dan organisasi masing-masing tidak kira NGO, Kerajaan mahupun Swasta.)


Bila saya baca artikel Berita Harian yang saya attach di bawah, baru saya tahu di negara-negara maju tak perlu bagi MC untuk bagi tahu majikan bila sakit. Segalanya bergantung kepada 'mutual understanding' antara pekerja dan majikan. Saya mempunyai pelbagai pengalaman bekerja di sektor swasta dan kerajaan level tempatan dan antarabangsa dan saya juga ada syarikat saya sendiri jadi saya nak bagi review sikit tentang isu MC ini.

Menurut pemerhatian saya. Pekerja cemerlang yang senior yang selalu saya jumpa tidak pernah saya lihat ambil MC. Bila saya tanya kenapa tak pernah ada MC? Mereka jawab mereka bukan tidak pernah sakit. Tapi mereka tak layan sakit tu dan pastikan kerja mereka sebagai keutamaan dan sakit yang setakat demam-demam dan selsema atau pening-pening tu mereka hadapi dengan biasa sahaja di tempat kerja. 

Kata mereka lagi, kalau dah kena kemalangan/denggi, pengsan dan admit dalam wad barulah boleh MC. Tapi ada antara mereka pernah saya tengok (saya juga pernah buat dan hadapi), accident motor setakat luka kaki dan tangan berdarah kena balut kaki , tangan dan kepala tetap ke tempat kerja. Susah nak tengok anak muda ada semangat kerja macam ni sekarang!

Ayah saya sendiri adalah contoh pekerja yang komited. Beliau yang saya tahu dan kenali tidak pernah ambil MC sepanjang perkhidmatan beliau dengan agensi badan berkanun. Beliau pernah berbulan-bulan tak balik rumah bekerja di Sabah dan Sarawak dan kami sekeluarga semuanya masih kanak - kanak kecil ditinggalkan bersama seorang ibu sahaja di semenanjung. Ayah saya diiktiraf sebagai pekerja cemerlang oleh bos beliau.

Di negara maju , mereka yang selalu ambil MC, berkira masa bekerja sukar untuk menarik perhatian majikan sebagai pekerja cemerlang. Apatah lagi jika anda ingin jadi usahawan. Anda tidak boleh sakit dan MC selalu pada setiap minggu/bulan sebab bisnes bergantung pada anda! 

Nasihat saya kepada anak-anak muda. Jadilah seorang yang berdisiplin, yang kuat semangat dan bukan banyak beralasan. Jika kita rasa kita susah dan penat, kita perhati orang sekeliling kita yang lebih susah dan penat. Jika kita rasa kita banyak masalah hidup, jangan pandang atas pada orang yang lebih senang, pandanglah pada orang sekeliling di bawah yang lebih susah dan banyak masalah. Baru kita akan bersyukur dan dapat memupuk motivasi positif !

Saya yakin, untuk menjadi usahawan/majikan/pemimpin hebat hatta pekerja cemerlang sekalipun, yang penting anda ada daya ketahanan dan daya juang yang kuat dan penuh semangat. Setiap perkara di dunia ini ada "kos melepas". Kita tidak akan dapat semua perkara yang menyenangkan kita. Tapi kita akan sentiasa diuji. Dan di sebalik kesenangan itu, tetap akan ada kesusahan sebagai ujian. 

Nota kaki: Effendy Zulkifly adalah insan yang dah biasa hidup susah dengan penuh cabaran hidup dan sentiasa memohon doa untuk terus sihat rohani dan jasmani.


#mc #sakit #pekerjacemerlang

Pengurusan Syarikat, Perniagaan dan Masalah Mindsettings.

Friday, 28 February 2014



Pengurusan Syarikat, Perniagaan dan Masalah Mindsettings.

Mengurus syarikat juga perlukan disiplin ,standard operation procedures (S.O.P) , key performance indicators (K.P.I), business plan (B.P) dan perlu faham organizational behaviour dengan teliti dan sebenar-benar faham dan jelas. Perniagaan kita perlu handle dengan serius dan tahap international sekalipun company kita kecil, baru bertapak. Kita kena bekerja kuat, berfikir besar dan bertindak bijak.

Masalah orang kita, apabila berniaga, lebih relax dari orang yang makan gaji. Semasa makan gaji kerja 8 jam sehari, bila berniaga kerja pula jadi 4 jam sehari dan lebihkan tidur. Kalau nak berniaga tak boleh tahan dengan tidur yang kurang, tak boleh tahan meeting lama sikit dengan orang, muka tak boleh senyum, bila jadi bos sombong, bila kaya kedekut sedekah, dengan staff tunjuk muka kerek@berlagak, belum cerita skandal lagi tu dengan secretary, semua ini adalah penyakit hati dan rohani dalam dunia korporat. 


Mengurus perniagaan bukan seperti makan gaji bulan-bulan. Sebagai usahawan saya bekerja hampir 18 jam sehari. Saya jadikan usaha saya dalam perniagaan sebagai ibadah dengan niatkan kerana Allah s.w.t. Ramai yang melihat menjadi usahawan seolah-olah mereka yang tiada pilihan kerja makan gaji dan pilihan terakhir. Mak dan ayah juga takut bermenantukan mereka yang menceburi bidang usahawan.

Paradigma itu ingin saya tukarkan. Saya mulakan dengan diri saya, isteri dan anak supaya faham apa yang dibuat ini adalah langkah untuk majukan anak bangsa yang terlalu ketinggalan dalam usaha jihad ekonomi. Jangan dihirau kejian orang. Usahawan adalah kerja mulia, adalah sunnah nabi yang ada keberkatannya.

Pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia perniagaan. Kita berganding bahu, sedarkan anak bangsa dengan kisah perjuangan dalam perniagaan. Kegagalan (yang bermaksud akan berjaya) juga adalah satu resepi kejayaan yang harus dilalui. Jangan ambil kisah dengan orang yang pesimis dengan jalan perniagaan. Teruskan optimis dan percayalah umat Islam Melayu juga pandai berniaga jika diberi peluang dan kepercayaan!

 
Berniagalah dengan etika tahap tertinggi dan berlandaskan iman dan takwa. Berniagalah dengan niat untuk tunaikan fardhu kifayah dan ikut sunnah nabi. InsyaAllah akan ada keberkatan, akan ada kejayaan di situ.


P.S:- Semua ini adalah pesan kepada diri sendiri yang pernah makan gaji selama 10 tahun dalam pelbagai syarikat antarabangsa, syarikat bangsa bukan melayu, legal firm, bank, hotel, restoran makanan segera, kerja angkat sampah dan jadi salesman jalanan. Semua kerja dah rasa, dan kini sudah tiba masanya uruskan syarikat dan perniagaan sendiri.

Nasib Anak Muda Malaysia Setelah Tamat Pengajian.




Nasib Anak Muda Malaysia setelah tamat pengajian.

Jika belajar di oversea kos biasiswa JPA smpai 500K - 1 Million untuk 3-4 tahun kemudian kita suruh mereka kerja makan gaji di Malaysia dengan gaji RM2500-RM3000 sebulan di Malaysia.

Adakah ianya berbaloi?

Cuba bagi 500K - 1 Million secara dana/loan/geran kepada usahawan muda yg proven hebat dan ada progress. Mana lagi worthy?

IPTA dan IPTS sudah berlambak di pasaran.

Dilaporkan last year sahaja ada 130 ribu mahasiswa menganggur atau kerja yg tak sesuai dgn bidang. Habis belajar 3-4 tahun diploma/degree sudah berhutang 28K hingga 40K.

Maka setiap tahun kita melahirkan ratusan ribu anak muda belia yg berhutang, kerja pun belum dapat dan mungkin menjadi penganggur terhormat.

SPM holder kita pula hanya teori. Sepatutnya ketika form 1 smpai form 5 dah bagi cukup-cukup ilmu 'entrepreneurship' atau 'skills vocational'.

Kalaulah mereka tak sambung diploma atau matriks sekurangnya mereka ada skills utk survive. Ini habis SPM blur tak tahu nak buat apa.

Sahabat-sahabat ada pandangan yang sama atau berbeza dengan saya? Kongsikan di sini.

#usahawan #penganggur

-Effendy The Leaderpreneur-

Model Seksi, Aurat ,Iman dan Tauhid.


 Gambar sekadar hiasan


Model Seksi, Aurat , Iman dan Tauhid.

Belum tentu lagi mereka yg menutup aurat itu hendak mendekati Islam. Di zaman Rasulullah SAW penutupan aurat bukan menjadi pra syarat atau petanda seseorang itu mahu mendekati Islam, tetapi cinta terhadap aqidah dan tauhid yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai syarat untuk menjadi mukmin sejati.

Iman sebenarnya bermula dari dalam jiwa (hati sanubari), dan kekuatan iman itu diterjemahkan melalui tingkah laku, pakaian seseorang dan sebagainya, bukan sebaliknya.

Sedihnya yg berlaku hari ini, kepatuhan kepada hukum seperti menutup aurat itu bukan datang dari keimanan yang jitu dan mantap. Keinginan untuk menutup aurat kadang-kadang kerana ikutan, terpaksa atau sekadar fesyen.

Disebabkan itulah, masih ramai yang merasakan diri menutup aurat tetapi masih mempamerkan tingkah laku dan budi pekerti yang tidak baik dan bercanggah dengan akhlak Islam.

Alangkah baiknya jika kekuatan Iman yakni percaya dan cinta kepada ALLAH yang Esa dan Rasulullah SAW itu yang menjadi faktor pendorong seseorang itu dengan rela hati dan jiwa mematuhi hukum seperti menutup aurat.

Didoakan "ex-model seksi" itu meminati Aqidah & Tauhid yang dibawa oleh Islam.Semoga penutupan auratnya itu dari hidayah dan bukan sekadar 'experimenting' , seronok-seronok untuk memenuhi tuntutan fesyen semasa semata-mata.

P.S:- Rahib wanita di gereja juga menutup aurat yang cukup sempurna seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Mereka tutup aurat dan mereka tak juga memeluk Islam pun...

‪#‎model‬ ‪#‎seksi‬ ‪#‎aurat‬ ‪#‎iman‬ ‪#‎tauhid‬ ‪#‎akhlak‬ ‪#‎munafik‬

Kaya Harta, Kaya Hati, Rasa Cukup dan Hakikat Kaya...

Wednesday, 19 February 2014


Saya mempunyai ramai sahabat-sahabat yang baik-baik, cintakan ilmu, suka berdamping dengan ilmuwan. Kami dinasihatkan oleh mentor kami Datuk Jaafar Rahim untuk menghasilkan buku-uku yang sesuai dengan minat dan kepakaran masing-masing. Moga tahun 2014 ini impian untuk publish buku-buku kami benar-benar berjaya walaupun sibuk dengan career masing-masing.

Dalam masa yang sama saya juga bersama ramai sahabat-sahabat yang suka dengan bidang perniagaan dan sangat passion untk jadi orang kaya @ jutawan @ hartawan. Namun nasihat saya, niat awal kerana ALLAH itu penting. "Hakikat kaya" adalah "kaya hati" , "rasa syukur" dan "rasa cukup".

Jika Allah bagi "extra" dengan melimpahkan kemewahan sentiasalah kita beringat supaya tidak jadi "hamba" kepada kekayaan dan kemewahan materialis itu.

Bagi saya, saya rasa kaya bersama dengan sahabat-sahabat yang kaya jiwa dan kaya hati. Apatah lagi jika dia ada pakej "kaya harta" + "kaya hati" rasanya akan bertambah lagi keberkatan hidup untuk lebih mudah membuat kebajikan kepada insan-insan yang memerlukan...

#kaya #akuinginkaya #sahabat #jutawan #hartawan

5 Keperluan Asas Rakyat Yang Sangat Penting!



Pemimpin-pemimpin negara yang hebat akan memastikan 5 keperluan asas penting ini benar-benar terjamin untuk rakyat:-

1)Makanan asasi.

2)Rumah kediaman

3)Kesihatan

4)Pengangkutan

5)Pendidikan

Huraian:- 

Ramai juga jutawan-jutawan yang lahir dari 5 industri di atas kerana ianya keperluan utama. Industri pertanian, penternakana perlu diperkasakan oleh anak-anak muda kita terutama yang beragama Islam untuk memastikan "Makanan Halal" terjamin.

Rumah-rumah yang mampu milik perlu terus diperbanyakkan dan manipulasi pembeli rumah yang kaya raya harus disekat. Pusat Kesihatan rakyat harus diperbanyakkan dan subsidi perlu dipertingkatkan.

Pengangkutan pula boleh ikut cara negara maju yang memudahkan rakyat sehingga tak perlu lagi bergantung pada kenderaan persendirian. Tak perlu pergi jauh. Tengok Singapore pun dah cukup hebat.

Pendidikan ini paling penting. Negara Timur Tengah banyak menyediakan pendidikan secara percuma kerana Waqaf dan Zakat dimanfaatkan sepenuhnya untuk pendidikan.

Pendidikan ini perlu untuk lahirkan insan yang berilmu , boleh berfikir sebagai insan kreatif, inovatif bukan sebagai "Robot Industri". Pemikiran "exam-oriented" mematikan "budaya berfikir intelek" anak muda.

 #negaramaju #pendidikan #ekonomi #anakmuda
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger