Tips menjaga anak.

Sunday, 7 August 2016

Tips 1 Menjaga Anak:-

Sebenarnya hasil kajian saya berpuluh tahun memerhatikan karenah kanak-kanak sehingga saya menjadi bapak orang sekarang ini. Isu anak "nakal" dan "buas" sebenarnya satu hal penting yang harus diambil kira. Kebiasaannya(saya tak kata semua), anak yang buas dan nakal selalunya disebabkan oleh sikap parent yang selalu menggunakan suara yang lantang, tinggi,tengking kpd anak untuk behave. Anak yang mempunyai parent yang mempunyai suara perlahan dan sabar lebih lemah lembut dalam tindakan mereka dan anak-anak jarang menjadi nakal. Tidak boleh salahkan parent yang menengking anak-anak sepenuhnya kerana ianya berpunca dari FITNESS yang sangat lemah dan selalu letih. Untuk mengalihkan perhatian anak-anak yang nakal dan aktif memerlukan stamina yang mantap kerana parent harus bergerak selalu,berjalan,berlari untuk mengalihkan perhatian anak-anak. Banyak parent guna cara mudah dengan menengking dan menjerit dari jauh apabila anak-anak bertindak memegang pasu, naik tangga misalnya, padahal ianya hanya penyelesaian sementara kerana secara psikologinya anak-anak akan jadi buas dan nakal jika selalu diherdik, ditengking dan dijerit.

Tips 2 Menjaga Anak:-

Alhamdulillah. Setakat ini anak saya (sample ujikaji) sendiri belum boleh dikategorikan sebagai "nakal" dan "buas". Akan datang belum tahu. Anak saya sudah berusia 1 tahun 5 bulan. Sudah boleh berlari,panjat tangga, kadang-kadang meragam, menjerit,menangis. Tapi saya TAK PERNAH menjerit,menengking anak saya apabila tindakan dia agak membahayakan diri seperti panjat tangga, pegang pasu. Saya pastikan stamina saya stabil dengan pastikan perut saya tidak buncit sebab apabila anak saya membahayakan dirinya dan pasu orang lain saya terus berlari dukung dia bawa ke tempat selamat. Dan ianya akan jadi berulang-ulang sehinggakan badan berpeluh. Yang menjadi masalah ialah apabila berhadapan kanak-kanak "buas", "nakal" lain yang cuba cubit, ketuk dan cederakan anak saya dan rampas barang mainan anak saya. Boleh pulak parent mereka biarkan anak mereka buat gitu sebab mereka tiada STAMINA untuk alihkan anak-anak mereka. Masalah saya bukan kepada anak-anak yang "buas" dan "nakal" tetapi kepada mak bapak yang tak reti bahasa dan tiada stamina untuk kawal anak mereka. Saya terpaksa "HIPOKRIT" tak marah anak-anak mereka sebab saya telah bersumpah memang tak akan menjerit kpd kanak-kanak di seluruh dunia. Maka tips 2 ini tiada jawapan dari saya. Saya perlu jawapan dari anda pula akan masalah saya ini...hehe..

Tips 3, menjaga anak-anak.

Kanak-kanak adalah ibarat kain putih, ahli syurga. Status kanak-kanak adalah tidak berdosa suci sesucinya. Namun, disebabkan selalu ditengking, diherdik, dimarahi, malahan dipukul dan kurang kasih sayang, kanak-kanak akan memberontak menjadi sangat buas dan nakal. Mencari pasal dengan orang lain, mencederakan budak-budak yang lain. Apabila berhadapan kanak-kanak sebegini tiada apa yang boleh dilakukan kerana perilakunya disebabkan mak bapak. Kita hanya boleh pastikan anak-anak kita selamat dengan mengawal setiap masa dan detik. Jika ada di rumah kita pastikan barang berharga disorokkan. Jika ada juga barang rosak atau pecah kena berani minta ganti rugi tapi biasanya kita akan "hipokrit" mengatakan tidak kisah sambil tersenyum. Ibu bapa yang punyai anak masalah ini harus standby duit ganti dan kawal betul-betul anak anda. Cara saya pula, bila line clear saya akan gunakan "kekerasan dan ketegasan" yang berstrategi. Saya akan tunjuk watak ganas, dengan mengacah-acah dengan rotan, penyapu dan cubit ditempat yang tiada kesan sehingga budak nakal itu takut dengan saya. Saya tiada cara lain sebab budak sebegini hanya dapat dikawal dengan watak keras dan garang sahaja sebab dari psikologi parent dia dah rosakkan minda budak ganas dan nakal itu sehingga tidak boleh guna cara lembut lagi.

Cerita saya dan kedai buku.

Pada pagi Jumaat yang berkat ini saya berdoa untuk memiliki sebuah Kedai Buku yang lebih hebat dari Kinokuniya.

Kedai buku saya itu nanti bukan sekadar jual buku yang kaku, tetapi akan ada acara diskusi buku,ulas buku, cabutan bertuah buku dan speaker corner atau sudut pidato ulas buku.

Kedai buku saya juga ada cafe khas berwifi untuk ulat-ulat buku baca buku dan survey buku sambil minum dan makan. Juga disediakan studio khas untuk TV online review buku yang boleh diviralkan di internet.

Kedai buku saya ini juga akan dibuka 24 jam seperti 7E. Penulis buku juga akan diminta setiap minggu untuk hadir membuat promosi buku mereka di kedai buku saya. Buku-buku rare dan tiada di pasaran juga dijual di kedai buku saya.

Muzik-muzik instrumental klasikal agung juga akan dimainkan dalam kedai supaya dapat "feel" seperti zaman renaissance England seperti Library Oxford dan Cambridge.

Mungkin saya akan buat interior design ikut tema English di buku-buku western. Interior design di zaman kegemilangan Baghdad di kawasan buku- buku Islamik views. Belum lagi wujud kedai buku dengan suasana buku sebegini di Malaysia.

Ada apa-apa lagi tak yang boleh ditambah di kedai buku saya ini?

P.S:- Sesiapa yang mahu jadi funder financial @ partner saya untuk realisasikan impian kedai buku saya ini sila pm saya. Sila sebarkan impian saya ini kawan- kawan.

Tahun 2016 yang sangat marvellous!

Saturday, 6 August 2016

Allah swt beri peluang dan ruang untuk saya dan team saya dari Organisasi Asean Youthpreneur Community (International Organization) dan Jaringan Anak Muda (National Organization) untuk explore pelbagai potensi dan kelebihan dari pelbagai aspek perniagaan, program ilmiah, kembara profesional dan terus menguatkan dan membina jaringan di seluruh dunia.

Yang terkini, Saudara Wasif Wan sepanjang minggu lepas membuat jaringan di Jakarta di WIEF bersama AnnaMaria Aisha Tiozzo memperkuatkan lagi jaringan perniagaan dalam sektor Halal bersama World Halal Development.

Pada masa yang sama Saudara Albark  Yunus Bat, bermula 1 hingga 7 Ogos di Bandung menyertai program anjuran Peace Generation dan dengan jayanya membuat MOU bersempena penubuhan dan pengaktifan Peace Generation Malaysia.

Segala training modules, products dalam bentuk buku-buku, event Peace Generation, dan transfer technology berjaya dibawa pulang untuk dikembangkan di Malaysia.

Saya pula di Malaysia meneruskan kerjasama yang lebih kukuh bersama dengan MTDC untuk 'mengantarabangsakan' usahawan-usahawan kita di peringkat antarabangsa. Secara diam - diam dan sekarang jadi nyata kami telah mula mempromosikan service atau busines logistik untuk sebarang urusan import dan export para usahawan yang ingin membawa produk mereka ke luar negara.

Pada 20 Ogos 2016 juga saya dijemput oleh Asia Europe Institue , UM untuk menyampaikan syarahan kepada para researchers, mahasiswa dan professors daru 22 buah negara berkaitan Topik 'Multiculturalism Through Youth's Reflection' di UM.

Pada 23 Ogos 2016 InsyaAllah anak nombor dua dijangka melihat dunia bumi yang indah. Dalam susah ada senang dan dalam senang ada susah. Dan Allah selalu memberikan yang terbaik apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu.

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan ini. Semoga ianya beri manfaat juga kepada orang lain. Aamiin.

Ziarah Syawal 1437H Sahabat Antarabnagsa.

Wednesday, 3 August 2016

Sepanjang Bulan Syawal 1437H ini, saya bertemu empat orang Tokoh-Tokoh Anak Muda Hebat dari luar negara yang datang ke Malaysia.

Ziarah Syawal 1437H dari Filipina.

Dari Filipina saya bertemu Neil Soria yang merupakan Co-founder, Secretary General at ASEAN Youth Leaders' Association.Beliau juga adalah pengasas Discovery Space yang memfokuskan kepada pelbagai projects Social Entreprise dan Ideation yang memfokuskan kepada anak muda Urban Miskin terbiar. Sangat besar pertubuhan mereka ini.

Bertemu dengan saya kerana ingin melamar saya menjadi Mentor mereka untuk movement organisasi mereka terutamanya untuk cawangan Malaysia. Umur beliau masih muda dan masih di tahun akhir di universiti tetapi peranan beliau dalam dunia kepemimpinan belia ASEAN ini sangat hebat dan besar. Pada Februari lepas kami bertemu di program United Nations di Thailand dan dari situlah networking kami bermula.

Beliau ingin menjadikan organisasi AYLA beliau ini benar-benar memberi impak dengan menjadikan 'Model Sustainable Growth United Nations' sebagai framework. Negara beliau Filipina akan menjadi Pengerusi ASEAN 2017 dan kami sedang bekerjasama dalam ASEAN ELITE FORUM 2017 sebagai Kurator Program yang akan merealisasikan program tersebut di Filipina pada tahun hadapan yang menghimpunkan usahawan-usahawan muda hampri 20 negara bersempena Filipina sebagai Tuan Rumah ASEAN 2017

Ziarah Syawal 1437H dari Indonesia.

Dari Indonesia pula saya diziarahi oleh Muhammad Fauzi yang merupakan Presiden Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia yang merupakan organisasi Mahasiswa Islam terbesar dan tertua di Indonesia. Alumni mereka ramai yang jadi menteri-menteri, tokoh-tokoh intelektual dan juga usahawan-usahawan hebat. Saya seperti biasa dengan penuh rasa ikhlas dan kasih sayang menganggap mereka adalah adik sendiri yang harus dibantu dan diberikan kata-kata motivasi membangunkan jiwa perjuangan mereka.

Saya menegaskan kepada mereka. Kepemimpinan hebat dalam negara bukan hanya sekadar dibentuk dari sistem Parti Politik, Organisasi NGO Pemuda tetapi juga melalui dunia korporat dan perniagaan. Kami merancang kerjasama masa hadapan yang lebih konkrit supaya organisasi mereka juga menjadikan bidang ekonomi sebagai satu tunjang kekuatan mereka dalam membangunkan organisasi dan bakat kepemimpinan.

Ziarah Syawal 1437H dari Cambodia.

Dari Cambodia pula saya bertemu dengan SLES NAZY yang merupakan Presiden Cambodian Muslim Media Center. Sangat aktif membangunkan potensi dunia media muslim di negara beliau dan mempunyai inspirasi untuk mengembangkan dunia media Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa. Beliau juga aktif membangunkan dan membantu masyarakat luar bandar dalam program-program charity kepada masyarakat miskin di negara beliau.

Saya mencadangkan kepada beliau supaya konsep 'Mediapreneur' diangkat dalam bentuk pembangunan Social Enterpreneurship di negara beliau  (Cambodia). Media memainkan peranan yang sangat penting dalam mempromosi apa sahaja peluang-peluang perniagaan dari negara masing-masing seperti peluang-peluang business Tourism, Trading malahan Training pembangunan Modal Insan.

Ziarah Syawal 1437H dari Nigeria.

Dari Nigeria pula bertemu dengan Dr. Isa Harunah Leje merupakan pakar PHD dalam bidang Project Management. Beliau ingin mengembangkan peluang business antara Nigeria dan Malaysia dan ingin menjadikan saya consultant untuk pembangunan business yang beliau akan dirikan di Malaysia.

Beliau ada PHD dalam bidang Project MAnagement dari UKM dalam masa yang sama Hafiz Quran dan fasih berbahasa Arab. Saya akan membantu beliau untuk membuat market survey, market feasibility antara Nigeria dan Malaysia untuk apa sahaja business trading sebagai permulaan.

Kesimpulannya.

Secara jujurnya saya mengakui diri ini sendiri banyak kekurangan dan kelemahan. Bertemu mereka-mereka yang hebat ini adalah "learning process" untuk diri saya sendiri. Saya yakin dan percaya mereka ini semua adalah pemimpin masa hadapan dari negara masing-masing.

Menyumbang kepakaran terutamanya dalam bidang berkaitan perniagaan dan social enterprise tidak semestinya anda perlu mempunyai "Title Hebat", "Cash Value Besar" tapi yang perlu anda utamakan adalah "Business Value", "Knowledge Value" yang besar yang boleh anda share dan sumbang kepada seluruh insan yang anda kenali.

Apatah lagi jika networks anda itu tokoh-tokoh anak muda hebat dan di masa hadapan 5 atau 10 tahun lagi percayalah mereka ini akan menjadi insan hebat di negara masing-masing dan network atau sahabat-sahabat hebat ini ibarat "magnet sakti" yang akan menarik anda untuk berjaya seperti mereka.

Akhirnya, kepada Allah kita serahkan segala percaturan dan perancangan sebagai tawakal setelah kita berusaha dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah , aaminn.

Konsep REZEKI Yang Saya Fahami.

Bulan Syawal sudah tamat. Penuh pengisian buat saya. Malahan pelbagai peluang yang Allah berikan kepada saya yang saya yakin ini adalah rezeki keluarga dari doa wanita-wanita yang paling dekat dengan saya iaitu ibu kandung, ibu mertua dan isteri saya.

Anak yang menanti untuk melihat dunia yang penuh dengan keindahan ini di dalam kandungan isteri saya sudah masuk 9 bulan juga saya yakin menyumbang dari segi barokah rezeki yang masuk.

Rezeki sering kali ditafsirkan sebagai material based yang nampak seperti wang ringgit, harta kekayaan. Namun hakikat rezeki itu adalah rasa cukup, rasa bersyukur, kegembiraan, ketenangan jiwa dan bagi umat Islam rezeki terbesar adalah nikmat peluang berzikir mengingati Allah dalam keadaan kita masih sihat.

Rezeki juga datang dalam bentuk kesihatan tubuh badan, kesihatan rohani. Bagi orang Islam hidup sentiasa dinaungi rezeki kebahagiaan sekali pun hidup diuji dengan kesusahan dan kesakitan namun orang Mukmin sentiasa berbahagia.

Rezeki juga datang dalam bentuk hikmah-hikmah kehidupan yang kita perolehi dari pelbagai ruang dan pengalaman kita samada melalui penulisan yang kita baca, kata-kata yang kita dengar dan perbuatan-perbuatan dan tingkah laku manusia di sekeliling kita yang mendatangkan keinsafan pada jiwa kita.

Dan rezeki paling dekat dan terbesar direct pada diri kita adalah udara percuma yang kita hirup, mata, telinga, hidung yang Allah berikan untuk kita boleh melihat, mendengar dan menghidu. Rezeki ini Allah beri pada kita tanpa henti dan bersyukurlah pada Allah selalu nescaya ditambah lagi pelbagai rezeki lain kepada kita.

P.S:- Menulis kerana rasa gembira atas pelbagai rezeki yang Allah berikan dan ini adalah nukilan untuk menasihati diri sendiri sebenarnya.

ASEAN & Sumbangan Anak Muda!

Tuesday, 2 August 2016

Ketika sidang media di ASEAN Leaderpreneur Conference (ALC) 2015 pada Mei yang lepas ini, saya menegaskan kepada media-media penglibatan anak muda adalah sangat penting dalam kontribusi kepada pembangunan ASEAN dengan sinergi usahawan muda di antara negara-negara ASEAN sebagai pelapis kepemimpinan masa depan bukan sahaja terbatas kepada dialog formal antara ketua-ketua negara atau menteri-menteri luar ASEAN sahaja.

ASEAN yang seluas 4.4. million square kilometres, dengan populasi 625 juta dengan nominal GDP 2.6 Trillion USD dan jika digabung merupakan kuasa ekonomi ke -7 terbesar dunia dibelakang US, China, Japan, Germany, France dan United Kingdom menjanjikan peluang yang sangat besar dalam lapangan keusahawanan, aktivisme masyarakat dan pertukaran 'Culture Capital'.

Bersempena Persidangan Menteri Luar  Negara-Negara ASEAN di Kuala Lumpur esok, diharap diskusi bukan seputar isu-isu belakang tembok institusi kerajaan penuh birokrasi yang memerintah sahaja, tapi memikirkan 'Sub-Cultures' sumbangan generasi baru, idea kreatif dan inovasi pembangunan belia dan yang paling penting TINDAKAN bersepadu atas nama ASEAN yang kukuh seperti European Union (EU) yang mempunyai struktur yang kukuh terutama dalam kerjasama serantau.

Idea-idea 'problem solving' saya sangatlah banyak dan akan dikongsi di posting lain nanti. Saya yakin satu hari nanti bila tiba masanya rakyat ASEAN amnya  dan rakyat Malaysia khususnya akan menjadi 'Matured Citizen' seperti negara maju lain yang tidak lagi terperangkap dengan dogmatik pemikiran lapuk orang lama yang taksub politik partisan, pengurusan negara yang mengabaikan moral, tidak berintegriti yang bertukar kepada 'Good Governance' dalam semua aspek pentadbiran dalam ASEAN, negara, negeri, bandar dan seluruh lapisan masyarakat.

EFFENDY ZULKIFLY
-Founder, ASEAN Youthpreneur Community(AYPC).
-Republik Ilmu Bangi
-2.30 pm
-2 Ogos 2015
www.effendyzulkifly.com

Ikon Anak Muda Malaysia di Pentas ASEAN!

Monday, 1 August 2016

Sahabat-sahabat rapat seperjuangan saya dan merangkap partner dalam dunia business minggu ini semuanya sedang beraksi di peringkat dunia antarabangsa (1-7 Ogos 2016).

Albark Yunus Bat, Ikon Muda Peace Agent Malaysia, mewakili Malaysia ke Bandung Indonesia menghadiri 'Training Pendidikan Perdamaian' di kawasan puncak bukit yang indah di Bandung anjuran Peace Generation. Peace Generation Malaysia juga akan ditubuhkan di Malaysia dan akan jadi 'Branding Kedamaian' yang hebat di Malaysia.

Pada 6 Ogos ini Albark akan menandatangani MOU Persefahaman disaksikan Pak Ridwan Kamil Wali Kota Bandung untuk membawa 'Jenama Peace Generation' ke Malaysia.

Dato Ahmad Zaki Jinlapudin, Ikon Fitness, Health dan Strongman Asean pula mewakili Malaysia dalam Sukan Orang Kuat Malaysia dan mendapat tempat Kedua dalam Pertandingan Philippines Strongestman di Manila Filipina. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang hebat ini dan seterusnya semoga di Malaysia Sukan Orang Kuat @ 'Super Human' ini diperhebatkan lagi.

Manakala Wasif Wan, selaku Pengerusi Jaringan Anak Muda pula ke Jakarta menghadiri Forum Ekonomi sangat berprestij peringkat antarabangsa iaitu World Islamic Economic Forum (WIEF) dan kemudiannya menemani Albark Yunus di Kota Bandung untuk acara MOU Peace Generation Malaysia - Peace Gen Indonesia sebagai wakil Jaringan Anak Muda Malaysia.

Saya pula untuk tahun 2016 ini membuat keputusan untuk tidak ke luar negara bermula Mac 2016 yang lepas sehingga Ogos kerana menantikan Zuriat Kedua saya yang InsyaAllah akan muncul di arena dunia dijangka due date newborn baby adalah 23 Ogos 2016.

Sahahat-sahabat sekalian. Anda semua  hebat dan merupakan 'Unsung Heroes' yang membanggakan nama Malaysia dengan cara yang tersendiri.

Semoga sukses semuanya! Aaminn Ya Allah.

P.S:- Saya akan beraksi di peringkat antarabangsa kembali setelah selesai menyambut urusan kelahiran anak yang kedua nanti. Banyak jemputan ke event luar negara terpaksa ditolak tahun 2016 ini.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger