Penganjuran Program Ekonomi Perlulah Ikhlas Memberi Impak Jangka Panjang.
Posted by Unknown1. Keutamaan saya kini lebih kepada penulisan buku, gerak kerja berfokus dan spesifik kepada pembangunan komuniti atau lebih tepat golongan asnaf. Setelah tamat SANFEST 2015 saya cuba kurangkan untuk involve dalam program yang bersifat "ceremony", "konseptual" semata-mata.
2. Terlalu banyak program keusahawanan yang bersifat "awareness" yang dilihat seperti menguntungkan organizer semata-mata. Crowd atau peserta yang hadir digunakan untuk dapat tajaan dan funding kerajaan semata-mata tapi habis program tiada monitoring dan one off sahaja.
3. Organizer juga buat duit sebagai event organizer. Yang bergerak atas nama individu pula "buat duit" dengan "mengajar orang buat duit" atau "mengajar impian menjadi jutawan".
4. Setelah duit dilaburkan tiada pun follow up dan terpinga-pinga pelabur atau peserta yang telah keluarkan duit untuk sertai program/seminar/kursus usahawan dari golongan miskin yang berharap jadi usahawan atau jutawan itu.
5. Itu bukan kerja philanthropist tapi hanyalah orang opportunistic yang bersikap sebegitu. Apa sahaja program pembangunan Usahawan perlulah dengan sikap, tanggungjawab untuk monitoring dan follow up apatah lagi jika si miskin atau peserta program usahawan itu telah laburkan wang, masa dan tenaganya.
6. Jika ada rasa teraniaya timbul dalam hatinya maka tunggulah pembalasan di hari akhirat kelak. Syukur di Indonesia, dari sahabat merangkap saudara seperjuangan social entrepreneurship saya saudara Ahmad Zahir telah mengajar saya mekanisme terbaik buat saya untuk bangunkan komuniti.
7. Beliau menekankan konsep "Masjid Sebagai Pusat Peradaban Manusia". Saya bertemu beliau di masjid dan ramai lagi sahabat-sahabat baik di Masjid dan kini sedaya upaya mungkin saya cuba bangunkan komuniti usahawan yang berpusat di masjid.
8. Masjid di Malaysia sebenarnya telah ada yang benar-benar aktif seperti Masjid Hijau Bangi, Masjid di Meru, Masjid Wilayah dan beberapa lagi. Namun impak maksima belum benar-benar wujud dan masih berfokus kepada ceramah ritual semata-mata.
9. InsyaAllah saya cuba berusaha dengan izin Allah untuk mengisi vacuum itu. "Vacuum" yang saya maksudkan ialah MASJID perlu menjadi "PENYELESAI" masalah ummah secara "HOLISTIC". Moga Allah redhai dan rahmati impian ini. InsyaAllah. Amin.
#sanfest #masjid #socialentrepreneurship #philanthropy #usahawan #jutawan #asnaf #komuniti
Cadangan - Cadangan Pembangunan Aktiviti Masjid.
Posted by UnknownSaya ingin sangat bertemu dengan Ketua Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan. Ini adalah summary cadangan-cadangan beliau dalam sebuah jurnal akademik sejak 9 tahun yang lepas lagi untuk pembangunan aktiviti masjid yang sangat legendary. Menurut pemerhatian umum saya ianya belum benar-benar diaplikasi secara menyeluruh di masjid-masjid seluruh negara.
1. Memberi kesedaran tentang pentingnya kepada umat Islam berusaha meningkat kekuatan ekonomi melalui pendekatan Islam dalam program ilmiah di masjid.
2. Menganjur kursus, seminar dan bengkel berkaitan dengan urusan perniagaan yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid. Dengan usaha ini ramai ahli peniaga dapat didekati kepada masjid.
3. Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara. Oleh itu bangunan masjid perlu juga dibangun di pusat kegiatan ekonomi. Ini sekaligus menyakinkan bahawa Islam tidak menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan melaksana hidup harian yang mesti disandarkan kepada Islam.
4. Menyedia kemudahan perkhidmatan perbankan, insuran dan perkhidmatan penting berhampiran dengan dan jika mampu dalam perkarangan masjid. Usaha ini akan mendekatkan institusi kewangan ekonomi kepada individu Muslim yang mengunjung ke masjid.
5. Menyedia dan menjual keperluan asas masyarakat di perkarangan masjid. Usaha ini mampu menarik ahli masyarakat mendekati masjid. Ini termasuk kemudahan klinik-klinik kesihatan swasta.
P.S:- Cadangan-cadangan tersebut di atas adalah di antara beberapa kegiatan dan kemudahan yang disediakan berdekatan atau dalam perkarangan masjid. Banyak lagi kemudahan atau kegiatan yang boleh diperkenalkan dari masa ke semasa mengikut keperluan setempat dan semasa.
Cadangan-Cadangan Solusi Isu Pengemis dan Pemberi Sedekah. Sebarkan!
Posted by Unknown Sunday, 3 July 20161. Memang wujud sindiket yang peralatkan anak-anak kecil, pelajar yatim tahfiz dan orang buta untuk meminta sedekah. Malahan ada yang menyamar buta dan cacat pun ada. Pihak penguasa perlu rajin dan agresif siasat dan tangkat para sindiket dan penipu ini.
2. Pendatang asing yang meminta sedekah. Bertindaklah ikut undang-undang. Minta IC atau pas lawatan. Jika tiada dokumen sah memang perlu ditangkap kerana undang-undang perlu ditegakkan. Kalau ambil contoh negara barat,jika kita minta sedekah di UK dan tiada passport atau pas lawatan memang pun kena tangkap.
3. Uruskan peminta sedekah yang benar-benar susah ini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kalau nak denda mereka, duit pun minta simpati orang macam mana nak denda mereka? Jika mereka tak mampu bayar nak penjarakan mereka wahai pemimpin?
4. Pihak yang ada autoriti boleh guna kuasa untuk "ambil" mereka letakkan tempat khas yang selamat, bersih, selesa dan siasat status mereka, beri kaunseling dan serahkan pada pegawai baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dibantu. Jika ada ahli keluarga hubungi ahli keluarga mereka dan tanya kenapa biarkan mereka merayau?
5. Isu Homeless? Jika ambil pendekatan Pihak Berkuasa Nevada City di USA. Mereka keluarkan permit untuk homeless people ni dapatkan untuk merayau-rayau di bandar. Dan mereka sediakan bangunan atau rumah atau tempat khas untuk homeless untuk tinggal sementara waktu dalam pantauan pihak berkuasa. Bagi saya siasat mereka dan bagi bantuan Baitulmal atau JKM jika perlu. Jika ada rekod jenayah perlu disiasat polis.
6. Budaya sedekah orang Malaysia bagus. Apa kata selepas ini sedekah dengan memberi makanan dan minuman kepada peminta sedekah.
7. Institusi masjid yang mengumpul duit berkepuk-kepuk jangan hanya simpa duit di masjid untuk hias masjid bagi lawa-lawa dan bayar ustaz-ustaz bagi ceramah politik atau agama sahaja. Usahakan cari orang-orang miskin di kariah masing-masing. Masjid kena progresif dalam keadaan zaman yang dikatakan ramai rakyat melayu murtad sebab terhutang budi dengan jasa gereja yang bantu orang miskin.
8. Institusi Baitulmal dan JKM perlu lebih mesra rakyat dan kurangkan birokrasi. Duit zakat jangan sibuk nak invest untuk bisnes ladanglah, pelaburan sahamlah (kalau adalah). Gunakanlah duit zakat untuk bantu asnaf miskin ini dan asnaf orang berhutang yang dibelit Ah Long kerana faktor yang benar-benar terdesak bukan sebab nak hidup gaya mewah.
9. Pihak berkuasa perlu kerja keras halang penyalahgunaan pusat tahfiz atau rumah penjagaan anak-anak yatim yang menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah sehingga larut malam di bandar-bandar dan stesen-stesen minyak.
10. Kempen media massa, new media ,media sosial, media cetak mahupun media elektronik perlulah berkaitan kesedaran membantu orang yang miskin, kesedaran membantu kanak-kanak teraniaya untuk minta sedekah dan sebaran maklumat kerja-kerja amal dan tempat untuk orang miskin yang boleh disumbangkan wang ataupun apa sahaja yang diperlukan.
P.S:-
Mungkin statement "pemimpin" itu disalah ertikan tetapi sepatutnya sebagai pemimpin negara anda perlulah keluarkan statement yang jelas dan tidak timbulkan salah faham dan bersifat generalization. Spesifikkan kategori peminta sedekah yang macam mana perlu diuruskan. Jangan guna ayat kasar seperti "ingin halau", "ingin tangkap", "ingin denda" kerana ianya berbunyi kasar dan berbentuk hukuman kepada golongan miskin dan susah itu. Kemiskinan itu sendiri sudah cukup menjadi hukuman berat buat mereka...
-Effendy Si Rakyat Marhaen -
Tahniah kepada penganjur World Village Conference 2016!
Posted by Unknown Monday, 23 May 2016Sepatutnya saya salah seorang speaker di World Village Conference 2016 yang berlangsung di Purwakarta Indonesia bermula 22 May hingga 26 May ini. Namun saya ada urusan yang tidak dapat dielakkan di tanah air. Tidak dapat hadir ke conference yang sangat bagus ini.
Suatu konsep yang sangat hebat diusahakan oleh penganjur yang disokong oleh Mayor Purwakarta H.E Dedi Mulyadi dengan usaha ini. Memajukan kawasan daerah kampung tanpa perlu berubah menjadi bandar. Kemajuan yang organik dan mementingkan biodiversiti suasana hijau dan pokok-pokok.
Malahan dalam program ini Mayors dari USA, Korea dan delegasi 'pemimpin anak muda kampung' dari 30 negara datang membentangkan dan diskusi keadaan kampung di negara masing-masing.
Di negara maju seperti Korea dan USA telah ada usaha untuk memajukan bandar menjadi suasana kampung yang hijau dengan konsep 'GREEN CITY'. Kita selama ini menyangkakan kemajuan sesebuah kampung adalah dengan berubah menjadi bandar sedangkan kini bandar yang maju adalah bandar yang ada suasana kampung!
Sayang seribu kali sayang tidak dapat hadir. Kepada orang kuat organizer program World Village Conference ini sahabat saya Gugun Gumilar dan Nadya Pratiwi, anda berdua pemimpin anak muda yang sangat hebat dan saya sangat kagum dan terinspirasi dengan idealisme kalian.
Semoga program ini sukses dan InsyaAllah saya akan partisipasi di acara akan datang!
P.S:- Diucapkan tahniah kepada Datuk Dzulkarnain Taib, Presiden Yayasan Media Hebat sebagai antara speaker utama dari Malaysia dan Wasif Wan, Pengerusi Jaringan Anak Muda yang membawa nama Malaysia di persidangan hebat bertaraf dunia ini.
Kisah Imam Masjid Jamek Alam Shah diganggu pelacur asing dari China dan harapan kepada pemimpin-pemimpin negara anak muda generasi masa hadapan!
Posted by Unknown Friday, 20 May 2016
Tadi ternampak siaran berita jam 1.30 petang di TV3. AJK masjid memanggil TV3 supaya kawasan sekitar masjid yang penuh dengan pelacur asing dibanteras. Kawasan masjid itu berdekatan pasar pudu, Jalan Pasar yang penuh dengan pusat pelacuran.
Jalan Pasar Pudu ini adalah kawasan Parlimen Bukit Bintang jika tidak silaplah. Parlimen Bukit Bintang adalah kawasan Ahli Parlimen DAP (P120), Encik Fong Kui Lun dan juga kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kemuncak sakit hati orang masjid apabila imam masjid diganggu oleh pelacur ketika beliau keluar dari ATM Bank berdekatan ditarik tangan sehingga jatuh hand phone dan beg duit. Difahamkan serban beliau juga jatuh. Rasanya imam terselamat dari godaan dan gangguan itu. Tak pasti apa terjadi pada serban, beg duit dan hand phone beliau.
MASALAH DIKENALPASTI:-
1. Masalah pelacuran tahap kronik di Ibu Negara Malaysia tak pernah selesai. Mengapa hebat sangat masalah pelacuran ini berdekad dekad tidak pernah selesai?
2. Di manakah DBKL, pihak Polis, Jabatan Agama Islam, Jabatan Imigresen, Ahli Parlimen yang sepatutnya selesaikan masalah pelacuran ini? Di bawah Seksyen 372A jenayah sindiket pelacuran ini boleh disabitkan maksimum 15 tahun penjara .
3. Tidak hormat pada Pak Imam dan Institusi Masjid dan Agama. Pelacur juga berpeleseran di kawasan masjid.
4. Kempen - kempen mengatasi masalah pelacuran, persundalan seperti tidak kedengaran.
5. Kempen Gerakan Dakwah kepada para pelacur dan mak nyah perlu dijadikan kempen peringkat kebangsaan juga tidak kedengaran.
SOLUSI:-
1. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa Pihak Polis, Imigresen, Jabatan Agama, DBKL dan Ahli Parlimen.
2. Kempen-kempen kesedaran dan pemutihan akhlah di kawasan tersebut oleh NGO-NGO Agama dan Masyarakat. Jangan sibuk nak berpolitik partisan.
3. Anak-anak muda generasi baharu yang sibuk publisiti diri di media sosial yang cuba memposisi secara tak langsung sebagai pemimpin masa depan negara ambil tahu dan pasang azam supaya kegagalan pemimpin tua dan pemimpin masa kini yang gagal selesaikan masalah sosial ini tidak berulang.
KESIMPULAN:-
Isu gejala sosial akan berkait rapat dengan pelbagai masalah lain. Isu rogol, jenayah, AIDS akan berleluasa. Malaysia dikenali sebagai Hub Halal, Hub Bank Islam dan Perlembagaan Negara juga mempunyai DNA Islam.
Perlembagaan dua Parti Polititk Melayu seperti PAS dan UMNO juga meletakkan Islam sebagai DNA dan perkara penting dalam perlembagaan parti masing-masing.
Keberkatan dan Rahmat Ilahi ini dalam sesebuah negara penting walaupun bagi golongan Atheism, Anti Agama dan Liberal Agama (yag negatif) menganggap isu pelacuran ini bukan masalah yang merisaukan.
Anak-anak muda dan pemimpin generasi masa hadapan, jika anda jadi pemimpin nanti dalam kepemimpinan negara, Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama, DBKL buatlah perubahan radikal. Jangan korupsi dan hapuskanlah masalah sosial ini sungguh-sungguh.
Aamiin Ya Allah.
Isu DJ radio keterlaluan, ianya sangat memalukan.
Posted by Unknown Thursday, 19 May 2016
Setiap pagi apabila ke tempat kerja apabila memandu kereta menghadapi traffic jam, saya akan membuka siaran radio.
Apa yang saya dengar banyak radio tempatan terlalu syok sendiri dengan DJ nya yang cakap 'engkau', 'aku', gelak ketawa mengilai lelaki perempuan dan ada pula rancangan panggilan hangit menipu menyakitkan hati isteri orang. Kebiasaannya saya akan tukar siaran radio.
Radio Islamik pula bunyi audio seperti tidak berkualiti dan terlalu mengasak dengan ceramah berat-berat sepanjang masa. Islam itu Indah dan kalau boleh Radio Islamik tingkatkan kualiti audio dan pengisian yang lebih dinamik dan moden tapi universal dan lebih memikat generasi muda. Seruan Islam bukan hanya untuk orang baik-baik sahaja, Islam adalah inklusif bukan eksklusif.
Bagi saya radio siaran berbahasa Inggeris lebih berkualiti dan balance. Santai, relaks, tiada ketawa mengilai dan sopan. Lagu yang dipilih berkualiti contoh yang saya puji dan boleh kita dengar ialah Radio Light and Easy .
Radio 24 BERNAMA adalah pilihan terbaik radio berbahasa Melayu yang saya ada balance dengan info berkualiti dan lagu juga ok pilihan DJ.
Sedih memerhati mentaliti orang Melayu Islam yang jadi DJ Radio ini. Adab berbicara budaya Melayu Islam mempunyai kaedahnya, sikap percakapan yang kurang manis adalah tidak sewajarnya anda tunjukkan di khalayak ramai pendengar apatah lagi anda didengari ratusan ribu dan jutaan pendengar bukan begitu caranya.
Tidak perlulah berbicara seperti tahap Ustaz atau Ustazah. Belajarlah dari DJ Radio Light and Easy bagi saya sudah cukup baik dan bersopan.
