Tidak cukup sekadar media dan persepsi untuk jatuhkan pemimpin!

Saturday, 5 March 2016

Jika PM Najib bersalah perlukan pembuktian melalui mahkamah. Nanti ada pula yang cakap mahkamah juga telah 'dikawal'. Jadi siapa lagi yang boleh diharapkan?

Jika mahkamah tidak boleh diharapkan, maka kita biarkan mahkamah jalan raya dengan demonstrasi jalanan misalnya boleh diharapkan? Atau semudah dengan buat press conference? Atau rusuhan seperti di Thailand untuk jatuhkan pemimpin?

Atau perang saudara atau perang proksi seperti di Syria dengan alasan menggulingkan Bashar yang dikatakan zalim dan korupsi? Itu ke jalan yang terbaik? Ianya takkan habis dan semudah itu.

Ianya akan ada kesan berangkai. Serangan secara keras akhirnya akan dibalas dengan pertahanan yang keras. Ahli Politik yang hebat dan terkenal ini biasanya ada ego tinggi masing-masing kerana mereka biasanya adalah golongan  orang kaya raya , terkenal dan ada kuasa!

Awareness untuk pencegahan korupsi itu bagus .Mungkin dari situ usaha untuk pembuktian terhadap pemimpin yang dikatakan korupsi itu akan diusahakan untuk di bawa ke mahkamah oleh pihak berkuasa. Jika mahkamah dan pihak berkuasa yang ada autoriti untuk menghukum pesalah korupsi di kalangan rakyat mahupun pemimpin tidak boleh dipercayai maka Mahkamah Akhiratlah yang akan beri keadilan hakiki. Itu pasti!

Namun sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah dunia terus disuruh letak jawatan dan dihukum kanan kiri atas bawahn  seperti kata Ustaz Jong Kong, ianya takkan habis. Berdasarkan tuduhan media dan persepsi sekalipun media antarabangsa ianya belum mencukupi.

Seperti ustaz cakap ianya adalah the matter of time dengan membuat pengislahan yang sesungguhnya kepada pemikiran masyarakat dan rakyat yang menaikkan sekian sekian pemimpin (samada baik atau korup). 

Saya rasa kisah di luar negara seperti keributan di negara-negara arab seperti Syria dan Mesir dan lain lain boleh jadi pengajaran. Saya sangat berpuas hati dengan penjelasan ustaz. Alhamdulillah saya tidak keseorangan dalam pemikiran yang sama seperti Ustaz Jong Kong.

Budaya Politik Senioriti Malaysia dan Harapan Pemikiran Anak Muda Gen Y.

Tuesday, 1 March 2016

Ketika di Indonesia, secara pemerhatian umum saya anak-anak muda di sana begitu bersemangat dalam dunia keusahawanan di peringkat antarabangsa. Mereka berusaha untuk membuat jaringan antarabangsa dengan menyertai pelbagai persidangan antarabangsa sekalipun tanpa tajaan kerajaan dengan wang saku sendiri.

Dari segi aspek politik pula cita-cita  menjadi ahli politik mereka zahirkan secara terbuka dan penuh semangat. Anak-anak muda intelektual mendapat tempat utama di parti-parti politik dan mereka benar-benar berazam untuk membuat perubahan bila dapat kuasa nanti.

Buktinya di Kota Bandung misalnya, Wali Kota Bandung (Datuk Bandar) Ridwan Kamil diangkat sebagai Wali Kota oleh konsensus pelbagai  parti politik dengan merit sebagai golongan profesional (arkitek) yang ada pengiktirafan antarabangsa.

Beliau juga bertindak luar biasa dengan menjadi Pengerusi Gabungan Datuk-Datuk Bandar Untuk Organisasi Smart City Asia-Afrika. Beliau baru berusia awal 40-an.

Indonesia juga sudah tidak mahu lagi menghantar pekerja-pekerja mereka ke Malaysia kerana negara mereka sendiri memerlukan tenaga kerja untuk pembangunan negara mereka yang sangat pesat kini.

Suasana 'Senioriti' di Malaysia.

Di Malaysia kelihatan konsep "senioriti" sangat menebal dalam semua aspek lapisan organisasi. Dari segi aspek organisasi politik tidak kira kerajaan mahupun pembangkang majoriti parti-parti politik presidennya adalah orang tua yang lama. Malahan pertelingkahan opini dan idealism juga melibatkan orang-orang tua.

Begitu juga dengan organisasi kerajaan. Kalau anda bukan Gred dari jawatan PTD, tangga Gred anda juga perlu naik melalui pengiktirafan usia tua senioriti anda. Dalam Pasukan Bola Sepak begitu juga. Makin tua pemain bola sepak itu, makin berpeluang bermain di Skuad Senior Kebangsaan!

Solusi buat anak muda!

Anak-anak muda di Malaysia jangan terpengaruh dengan dogma politik senioriti tua umur ini. Tidak kira apa pandangan politik anda, sekalipun kita berbeza aliran kita tak perlu ikut cara orang tua yang hidup sejak zaman pra merdeka itu.

Politik cara lama zaman merdeka selalunya politik label melabel, 'brand loyalty', ungkit mengungkit atas jasa-jasa mereka yang tidak dapat dirasai dan dihayati oleh Gen Y yang belum lahir pada zaman itu. Sedangkan kita semua tahu mereka ini sudah kaya raya tahap bilionaire di kalangan mereka, anak-anak dan ahli keluarga terdekat mereka.

Pasanglah azam wahai anak muda Gen-Y sekalian yang lahir pada tahun 1980-an ke atas ini bahawa andalah yang akan mewarisi kepemimpinan negara dengan  membawa politik domestik dan antarabangsa ke wajah yang baharu dengan anjakan paradigma baru dengan 5 aspek ini:-

1.Integriti
2.Meritoktasi
3.Idealisme
4.People Centric
5.Intelektualisme.

Framework RCEP Untuk Program Antarabangsa Tahun 2016.

Selesai meeting secara skype tadi (10mlm-11.30mlm) dengan partner business saya dari Hong Kong-China, Mr Andre Kwok. Beliau pengasas dan  penggerak utama  Asean Entrepreneur Foundation.

Bulan Disember 2016 ini berdasarkan framework Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) kami akan gerakkan program antarabangsa iaitu ASEAN BUSINESS ELITE FORUM 2016 di Cebu, Filipina.

Akan mengumpulkan usahawan-usahawan dan stakeholders investors seluruh negara ASEAN bersama 6 negara luar ASEAN seperti Jepun, China, Korea, Australia, New Zealand dan India.

Jika TPPA diketuai USA manakala RCEP pula diketuai China. Dan menariknya Malaysia merupakan CENTRAL laluan utama perdagangan antara India dan China melalui Laut China Selatan.

InsyaAllah usaha ini akan digerakkan semaksima mungkin untuk menjadikan ASEAN secara umumnya dan Malaysia secara khasnya terus gagah di persada dunia mengikut kapasiti kemampuan kami dan rakan-rakan kerjasama strategik.

---------------------------------------------------
-English Translation-

RCEP Framework For International Program Year 2016.

Done meeting in skype just now ( 10 pm - 11.30pm ) with my business partner from Hong Kong - China, Mr. Andre Kwok . He is the founder of Asean Entrepreneur Foundation.

On December 2016, based on the framework of the Regional Comprehensive Economic Partnership ( RCEP ) we will organize the international program of ASEAN BUSINESS ELITE FORUM 2016 in Cebu , Philippines .

Will gather entrepreneurs, investors and stakeholders across the countries of ASEAN plus 6 countries such as Japan , China , Korea , Australia , New Zealand and India .

If TPPA led by USA while RCEP led by China . In fact Malaysia is the  CENTRAL and the main route of  trade between India and China by business using the route of the Sea of South China.

Hopefully this effort will be mobilized into the maximum level and the event will be succeed with the collaboration of all strategic partners.

Perancangan Program Antarabangsa 2016 yang mandiri!

Tahun 2016 beberapa program peringkat antarabangsa telah diatur. Buat masa ini semua program menggunakan budget private sectors dan angel investors dari luar.

Saya yakin usaha ini lebih dirasai kepuasannya dan lebih efektif kerana segalanya bermula dari zero disudahi dengan hasil yang berimpak tinggi terutama berkaitan network.

Dalam membuat program antarabangsa juga sudah pastilah skala  nilaian kualiti juga dengan standard antarabangsa,yang penting adalah siapa network antarabangsa anda untuk urusan bisnes kini dan masa hadapan.

Setiap program yang dianjurkan perlu ada solusi dan impak berterusan bukan hanya sekadar 'event base' semata-mata.

Meeting bersama Pakar IT untuk bisnes baharu.

Meeting with my friend yang sangat expert dalam dunia IT dengan syarikat yang sangat sukses dalam pembangunan portal online for business di peringkat Malaysia dan antarabangsa.

Syarikat beliau menang banyak awards dalam pembinaan platform online business dengan staffs beliau yang powerful dan ramai.

3 perkara sahaja yang kami mahu discuss:-

1) Business model halal products untuk platform online.

2) Kos platform yang dibangunkan dan strategi pembinaan market places yang berbeza banyak negara dengan cabaran isu legal dan currency berbeza.

3) Database managements, job scopes dan business venture bersama profit sharing yang bersesuaian.

Semoga diskusi dan kerjasama ini diberkati dan dipermudahkan.

Mission Trade bersama Artis.

First meeting already settled for today. 11,12 & 13 March 2016 ini akan ada business trip bersama artis terkenal tanah air ke Bandung bersama peminat beliau.

Our ASEAN Youthpreneur Community(AYPC) akan matchkan beliau dengan textile manufacturers dan designers dari Bandung. Beliau ingin ada product textile sendiri yang unik dan stylo.

Akan ada business trip ke kawasan tourism yang sangat jarang dilawati rakyat Malaysia di Garut-Bandung malahan lawatan ke kawasan kilang pakaian dan fesyen di Bandung untuk kerjasama.

Beliau masih muda, followers berjuta di media sosial dan sangat berminat menceburi bidang perniagaan fesyen.

PENGANTARABANGSAAN PEMIKIRAN PEMIMPIN ANAK MUDA MALAYSIA.

Thursday, 25 February 2016

Secara umumnya dan pemerhatian peribadi saya. Sahabat-sahabat anak muda yang berusia lingkungan 25 tahun ke bawah dari luar negara seperti Indonesia, Filipina dan negara-negara maju seperti USA, UK, German dan Australia dilihat matang awal.

Tanpa bantuan secara direct kerajaan negara masing-masing mereka mampu menggerakkan event antarabangsa yang melibatkan banyak negara seluruh dunia sebagai rangkaian network mereka untuk business, education dan social movement.

Saya kagum dengan mereka. Di Malaysia bagaimana? Adakah hanya dengan bergantung kepada kerajaan dan subsidi segala aspek menyebabkan anak muda kita dilihat tidak berdaya dan lemah mandiri dan berusaha bersaing di peringkat antarabangsa. Database saya untuk jaringan pemimpin muda antarabangsa memang ada dari luar Malaysia.

Saya perlukan lagi info anak-anak muda Malaysia yang berani bersaing di peringkat antarabangsa, menganjurkan program antarabangsa tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan dan buktikan anak muda Malaysia juga cukup matang dan berpotensi menjadi pemimpin dunia masa hadapan. Info ini perlu kepada saya untuk saya 'match' kan dengan network antarabangsa yang saya ada.

Dalam masa yang sama kita membanggakan nama negara dan tunjukkan imej yang baik kepada sahabat-sahabat antarabangsa kita. Kisah kejayaan Tun Dr  Mahathir di peringkat antarabangsa juga boleh menjadi kisah inspirasi.

Jasa Tun Razak di peringkat antarabangsa juga perlu dihayati selalu sebagai inspirasi selaku pengasas ASEAN bersama rakan-rakan menteri luar ASEAN ketika itu bersama pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, S. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN".

Waktu itu atas jasa Tun Razak dalam mengasaskan ASEAN, Malaysia menjadi negara berkecuali yang sangat dihormati oleh kuasa dunia seperti China, Rusia dan USA juga harus terpahat erat sebagai contoh tauladan aspirasi dalam jiwa anak muda kita.

Saya akan terus berusaha berdikari dan mandiri dalam usaha pengantarabangsaan pemikiran anak muda Malaysia bersempena inspirasi legasi kepemimpinan negara kita yang hebat sewaktu ketika dahulu.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger