BELASUNGKAWA. Al-Fatihah buat sahabat..

Monday, 18 August 2014

BELASUNGKAWA. Al-Fatihah buat sahabat...

Al Fatihah ditujukan kepada sahabat saya Allahyarham Abu Qassim Nor Azmiyang telah meninggal dunia kerana kemalangan di jalan raya. Beliau yang saya kenali sejak zaman student lagi adalah pemimpin mahasiswa,belia yang berkarisma. 

Akhlak dan budi pekerti beliau disenangi semua orang. Sangat petah dan bijaksana dalam penyampaian sebagai penceramah, moderator , mc dan setiap isi perkataan penuh dengan hikmah dan sering diselitkan dengan petikan buku- buku ilmiah, dan tokoh-tokoh Islamik tersohor dunia.

Saya sering berfikir dan percaya beliau akan menjadi tokoh pemimpin hebat tanah air satu hari nanti. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Moga ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada.

Al-Fatihah. Amin.

Tempat Pelancaran Keusahawanan Muda yang tidak strategis.


Sepatutnya program, events pembangunan Technopreneurs Muda , Entrepreneurs Muda tidak lagi dibuat di tempat-tempat eksklusif yang akhirnya jadi tempat gajah putih seperti di Cyberjaya dan hotel-hotel mewah. 

Majukanlah tempat-tempat seperti di Ampang, Maluri yang mudah untuk public transportation seperti LRT, bas dan teksi. Bangunan atau gudang terbiar jadikan tempat untuk technopreneurs muda ini beroperasi dan berasimilasi dengan kadar sewa pejabat yang murah.

Events mereka, seperti forum,ekspo barangan IT semuanya dibuat disitu. Buatlah macam konsep di Silicon Valley. Kalau buat di Cyberjaya macam Program MAGIC transport susah, jauh dari pusat bandar, sewa mahal.

Akhirnya lepas launching business start up di Cyberjaya, terus senyap. Yang untung consultant events.Manfaatkanlah bandar- bandar macam Ampang untuk business launching.

P.S:- Saya sedang menggerakkan team technopreneur anak muda yang mempunyai gagasan entreprenuer yang revolusioner. Nantikanlah kemunculan mereka nanti.

Kisah saya dan motivator.


Kisah saya dan motivator.

Pagi Jumaat yang mulia ini juga setelah tersedar pukul 3 pagi saya mendapat pelbagai ilham. 

Sudah tiba masanya untuk saya kumpulkan sahabat- sahabat motivator saya dalam satu wadah organisasi seperti syarikat, konsortium, atau NGO untuk lebih agresif dan lebih dinamik dalam aspek program motivasi yang berkualiti. 

Pengalaman saya sebagai motivator sejak 20 tahun lepas akan menjadi pemangkin berguna untuk merealisasikan impian ini.

Langkah yang perlu diambil ialah membuat satu program khas yang mengumpulkan semua motivator- motivator pelapis ini.

Seterusnya menjadi fasilitator untuk bank modules dan certification untuk pengiktirafan kepada modules dan penglibatan motivator itu.

Cerita saya dan kedai buku.


Cerita saya dan kedai buku.

Pada pagi Jumaat yang berkat ini saya berdoa untuk memiliki sebuah Kedai Buku yang lebih hebat dari Kinokuniya.

Kedai buku saya itu nanti bukan sekadar jual buku yang kaku, tetapi akan ada acara diskusi buku,ulas buku, cabutan bertuah buku dan speaker corner atau sudut pidato ulas buku. 

Kedai buku saya juga ada cafe khas berwifi untuk ulat-ulat buku baca buku dan survey buku sambil minum dan makan. Juga disediakan studio khas untuk TV online review buku yang boleh diviralkan di internet.

Kedai buku saya ini juga akan dibuka 24 jam seperti 7E. Penulis buku juga akan diminta setiap minggu untuk hadir membuat promosi buku mereka di kedai buku saya. Buku-buku rare dan tiada di pasaran juga dijual di kedai buku saya.

Muzik-muzik instrumental klasikal agung juga akan dimainkan dalam kedai supaya dapat "feel" seperti zaman renaissance England seperti Library Oxford dan Cambridge.

Mungkin saya akan buat interior design ikut tema English di buku-buku western. Interior design di zaman kegemilangan Baghdad di kawasan buku- buku Islamik views. Belum lagi wujud kedai buku dengan suasana buku sebegini di Malaysia.

Ada apa-apa lagi tak yang boleh ditambah di kedai buku saya ini?

P.S:- Sesiapa yang mahu jadi funder financial @ partner saya untuk realisasikan impian kedai buku saya ini sila pm saya. Sila sebarkan impian saya ini kawan- kawan.

Kuliah Maghrib yang best tentang boikot,Yahudi dan akhlak.


Kuliah Maghrib yang best tentang boikot,Yahudi dan akhlak.

Tadi selepas solat maghrib di Surau Kota Kemuning, sempat dengar Kuliah Maghrib di situ oleh seorang ustaz yang saya tidak kenal namanya.

Ustaz tu cakap dalam kita memaparkan kebencian kepada isu zionis dengan mengutuk Yahudi, bangsa Arab yang tidak bersatu, kita perlulah berhati-hati.

Ustaz pesan banyak Nabi yang berasal dari bangsa Yahudi dan Nabi Muhammad berbangsa Arab. Beliau pesan supaya tonjolkan Islam bukan hanya bercakap tentang konsep Islam seperti Allah Maha Hebat, malaikat dicipta dari Nur dan syurga neraka yang mereka tidak boleh lihat.

Tapi mulakan dakwah Islam dengan akhlak peribadi diri dari aspek budi bahasa dan akhlak. Tonjolkan diri kita dengan diri dan rumah yang bersih. Sikap ambil tahu dan prihatin dengan kebajikan jiran atau sahabat non Muslim.

Dalam kita mahu boikot produk yang dikatakan penaja Israel,paparkanlah akhlak yang mulia. Bukan dengan menghina para pekerja yang mencari nafkah di situ.

Traksasi perniagaan dengan Yahudi juga pernah dilakukan oleh Rasulullah. Buat himpunan bantah Israel tapi tinggalkan sampah sarap, halang lalu lintas bukanlah akhlak yang baik.

P.S:- Sila rujuk artikel tulisan Ustaz Zaharuddin tentang hukum makan atau menggunakan produk syarikat yang ada kaitan dengan Bangsa Yahudi yang patuh syariah dari aspek kesucian dan jual beli yang halal.

Selamat Hari Raya 1435H. Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.


Trend meraikan anak-anak yatim yang perlu penambahbaikan!

Monday, 14 July 2014


Sambutan untuk anak-anak yatim pastikan mereka anak-anak yatim yang dimuliakan. Makanan untuk mereka perlulah dihidangkan kepada mereka dengan penuh penghormatan dan kemuliaan. Tak perlu ada sambutan khas VIP semua tu untuk tetamu jemputan di kalangan mereka yang bukan anak-anak yatim sebab dalam majlis yang dibuat setahun sekali bersempena Ramadhan itu yang menjadi VVIP adalah anak-anak yatim.

Kadang kala kita tidak sedar. Kita sebenarnya tanpa sedar hanya mempergunakan ana-anak yatim untuk "projek-projek amal" kita sehingakan kita terabai perasaan mereka. Elakkan sehingga berlakunya anak-anak yatim yang hadir beratur panjang, bersesak-sesak untuk mendapat tempat duduk dan makanan sedangkan tetamu yang bukan anak yatim pula dilayan dengan penuh penghormatan dan mewah.

P.S:- Rasulullah s.a.w pernah menjadi anak yatim dan Rasulullah sendiri sangat memuliakan anak-anak yatim...
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger