Peranan Negara China dan Serantau ASEAN.

Monday, 26 August 2019

Apabila mengkaji soal Dasar ASEAN dan China, pandangan pelbagai perspektif yang memberi fokus  berkaitan 'International Relation' antara ASEAN,  China dan Negara Sekitar ASEAN seperti Australia, New Zealand, Jepun dan Korea menjadi sangat penting dan perlu dijadikan panduan utama terutamanya dari perspektif yang melibatkan soal ekonomi yang menjadi tumpuan kepada wujudnya pelbagai dasar , polisi dan perjanjian pelbagai negara terutamanya ASEAN.

Antara Perjanjian Antarabangsa penting yang masih dalam proses untuk dicapai kata sepakat ialah Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang melibatkan Negara-Negata ASEAN + 6 Negara iaitu China, India, Korea, Jepun, Australia, New Zealand menjadi tumpuan utama seluruh dunia yang merangkumi soal trade in goods, trade in services, investment, economic and technical co-operation, intellectual property, competition, dispute settlement dan pelbagai lagi isu-isu serantau ASEAN dan negara luar ASEAN yang berdekatan.

Dan yang paling menarik  ASEAN akan menjadi  "Driver's Seat" untuk Multilateral Trade Arrangement ini.  Apa yang saya maksudkan mengenai 'Driver Seat' ini ialah ASEAN dilihat sebagai penentu utama dasar-dasar dan polisi di dalam Perjanjian RCEP yang mengikat kuasa-kuasa besar dunia seperti Jepun, Korea, India dan China untuk berganding tangan, bekerjasama dalam melaksanakan semangat perpaduan dan kerjasama seperti yang terkandung dalam RCEP.

Umum mengetahui hubungan antara China - Korea - Jepun kerana pelbagai faktor sejarah, geo politik, geo ekonomi tidak seerat mana malahan dilihat agak renggang, selalu bersaing dan dingin. Namun ASEAN memainkan peranan penting sebagai kuasa pengimbang dan orang tengah sebagai tali penghubung antara 3 Negara Maju ini.

Di samping itu Negara-Negara seperti India, New Zealand dan Australia juga yang merupakan sebahagian dari negara rangkaian Commonwealth dihubungkan melalui ASEAN bersama dengan negara kuasa besar seperti China, Korea dan Jepun.  Malahan penglibatan negara-negara OIC juga dapat dilihat melalui kekuatan yang ada pada negara- negara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei (MIB).

Suatu bentuk modules, models  dan Special Negotiation Arrangement yang baharu dan lebih komprehensif harus dibentuk dalam semangat ASEAN + China dan India kerana China dan India adalah Negara Kuasa Nuklear dalam Pakatan RCEP ini. Kejayaan dalam melaksanakan perjanjian RCEP ini bukan sekadar menguatkan 'Economic Network' malahan 'Military Network' ASEAN menjadi kukuh dan digeruni seluruh dunia sekalipun tidak sekuat NATO.

Sejarah silam telah membuktikan  ianya berjaya melalui Sejarah Kerajaan Melaka yang merupakan kuasa Maritim dan Ekonomi Nusantara  dengan kerjasama erat persahabatan Empayar Melaka dan Empayar Dinasti Silam China waktu itu (dengan pernikahan Puteri Hang Li Po, kehadiran Laksamana Cheng Ho dan lawatan rasmi Laksamana Hang Tuah ke Tanah Besar Empayar Dinasti Cina) sebelum tumpas di tangan Kerajaan Portugis dan kita hanya mengulangi kejayaan sejarah silam dengan nafas baharu sahaja.

Ini hipotesis saya yang belum teliti lagi. Saya akan huraikan dgn lebih teliti lagi nanti apabila mempunyai kesesuaian masa.

P.S : Gambar di bawah adalah koleksi 'buku-buku rare' milik saya  mengenai Negara China dan hubungan luar yang masih dalam proses penghadaman sebahagiannya.

(Effendy Zulkifly)
- Chairman, ASEAN Youthpreneur Community (AYPC).
- Malaysian Curator, ASEAN Elite Forum (AEF).

*FB Effendy Zulkifly
27 August 2016

Semangat Olimpik dan Umat Islam.

Menurut Sunnah Nabi sepatutnya Umat Islam kena kuat, sihat dan cergas. Sayangnya di Olimpik negara - negara majoriti umat Islam kebanyakkannya ketinggalan. Olimpik juga boleh ditafsirkan sebagai 'Perang Psikologi' jika kita berniat menonjolkan sisi Umat Islam yang kuat dalam sukan seperti memanah, angkat berat, berkuda dan gusti.

Tergantung kepada versi mana yang ingin kita tonjolkan mengenai Olimpik ini? Negara Umat Islam yang join Olimpik pada masa akan datang jangan tunjukkan kita ini lemah. Atau lebih baik jangan sertai sahaja. Kalau mahu sertai juga Olimpik tunjukkan Umat Islam ini kuat dan hebat dengan kemenangan yang bergaya dengan Pingat Emas.

Tapi sayangnya dalam kita mengkritik Sukan Olimpik terutamanya di kalangan golongan agamawan tanpa sebarang idea alternatif, yang saya perhatikan di masjid-masjid, surau-surau dan institusi agama, para agamawan sendiri saya lihat tidak fit cergas seperti gambaran Rasulullah dan para sahabat yang gagah perkasa dan kacak sekali.

Ustaz- ustaz yang mengajar di masjid dan surau yang saya lihat (bukan semua) ramai yang boroi buncit dan kelihatan tidak cergas kerana mungkin tidak bersukan dan tidak memahami 'seni sukan' itu sendiri. Selalunya komen para agamawan ini masih lagi dalam perspektif 'hitam putih' hukum Fekah berkaitan isu Aurat, seks bebas para atlet. 

Isu buka aurat, seks bebas dan hedonisme ini tidak perlu tunggu waktu Sukan Olimpik baru hendak diulas sebab masyarakat dunia barat memang begitu cara hidup mereka malahan masyarakat di negara-negara umat Islam seperti Negara-Negara Organisation of Islamic Cooperation (OIC) juga ada yang terjebak sama.

Sedangkan kajian saintifik Olimpik lebih dari itu. Kajian Sukan Olimpik dan para atlet sebenarnya juga melibatkan aspek Sport Science, Medical Science, Military Superhuman Research yang juga berguna untuk masa hadapan manusia jika dilihat dari perspektif positif dan intelektualisme. Contoh mudah, Sukan Lumba Kereta Formula One misalnya menjadi kajian utama para saintis dan engineer dalam dunia automotif untuk keselamatan kenderaan dan penumpang.

Mungkin mereka ini lebih ramai yang  'bersukamakan' dari bersukan. Namun dari aspek positifnya dalam dunia Sukan Olimpik ini sudah ada usaha seperti Sukan Memanah dan Sukan Berkuda sebagai contoh di kawasan rumah saya di kawasan Bangi misalnya sudah ada persediaan bakat-bakat muda baru melalui Kelab-kelab Sukan Persendirian dalam Sukan Memanah dan Sukan Berkuda ini.

Malahan saya sendiri sudah ada 'Rancangan Long Term' untuk anak-anak saya di samping Hafiz Quran dan mahir ilmu agama, saya merancang untuk anak saya menyertai sukan memanah supaya boleh ke olimpik dan dapat pingat emas . Semoga impian ini jadi kenyataan.

Terdapat juga cadangan di luar kotak mengenai alternatif Sukan Olimpik ini. Umat Islam perlu  membuat acuan kita sendiri dalam dunia sukan seperti Sukan Olimpik melalui kerjasama OIC dan kita sendiri tonjolkan kehebatan dalam sukan dengan acuan Islam yang Syumul. Contohnya dengan Temasya Sukan  setaraf Olimpik nama seperti OIC World Sports atau OIC World Games misalnya!

Dalam konteks Olimpik semasa sekarang ini, Negara Umat Islam nampak lembik dan lemah. Namun kejayaan Azizul Hasni dalam sukan basikal Olimpik memukau atlet barat. Saiz fizikal beliau kecil namun berjaya menewaskan atlet sukan basikal lain yang biasanya didominasi oleh atlet-atlet dari Barat. Kecil-kecil orang Melayu Islam macam kecil cili padi. Pedas dan berapi. 

Saya melihat Negara Islam di bawah OIC yang berijtihad ingin sertai Olimpik harus bersungguh tunjukkan "Izzah" dalam Sukan Olimpik. Atau pun lebih baik jangan sertai terus.

*FB Effendy Zulkifly
27 August 2016

Inspirasi intipati ucapan Mark Zuckerberg di Harvard paling latest.

Saturday, 25 May 2019

1. Berpeluang mendengar ucapan khas dari Mark Zuckerberg secara life dari Harvard University sempena Konvokesyen 2017 tadi memberikan saya suatu inspirasi yang sangat dekat dengan hati saya.

2. Beliau menekankan setiap orang perlu ada 'purpose' dalam kehidupan. Nilai hidup bukan lagi pada soal materialistik atau 'hasil' yang dinilai pada GDP dan sebagainya semata-mata.

3. Beliau juga mengatakan bahawa setiap perkara baik yang berimpian dan bervisi besar sudah pasti akan dikecam orang malahan akan dianggap sebagai idea gila.

4. Jadi jangan ambil peduli dengan kecaman orang sekeliling yang ingin jatuhkan diri kita kerana idea besar apatah lagi jika belum diketahui orang memang akan ditakuti dan mendatangkan cercaan.

5. Bersedialah untuk disalahfahami oleh orang lain di atas visi anda yang hebat itu.Teruskan untuk hidupkan idea yang baik tanpa berlengah lagi sebab jika terlalu lama berfikir untuk bertindak tiada gunanya.

6. Ramai orang ada idea tapi yang paling penting bagaimana bermula menghidupkan idea itu dan jadikan idea itu kenyataan. Bertindak segera dari idea yang baik dan jangan risau menghadapi  kegagalan.

7. Beliau sendiri ketika membangunkan Facebook menghadapi pelbagai kesukaran termasuklah ditinggalkan rakan seperjuangan ketika menolak tawaran jutaan USD waktu itu oleh investor yang ingin membeli Facebook yang dibangunkan beliau.

8. Nasihat beliau kepada usahawan jangan hanya berfikir untuk bangunkan syarikat sahaja demi keuntungan, tapi yang paling penting membina 'IMPAK' dari nilai keusahawanan itu.

9. Beliau kata lagi hiduplah untuk berkongsi. Tidak semestinya perlu bagi duit, paling kurang seminggu cuba beri 2 jam dari aspek sumbangan ilmu dan motivasi. Ubahlah persekitaran tempat anda sebelum berfikir untuk ubah dunia.

10. Kata beliau lagi generasi baharu millinneal bukan lagi terikat dengan faktor sempadan negara, bangsa, agama, sehingga kita saling mencurigai dan hidup terpisah. Kita adalah 'Citizen of the world' yang perlu berkongsi purpose hidup bermakna bersama orang lain.

11. Beliau dari dulu berimpian untuk menghubungkan setiap orang dengan mudah, cepat dan percuma dan impian itu tercapai dari dorm asramanya di Harvard.

12. Isteri beliau merupakan inspirasi utamanya untuk beliau lebih bersifat kemanusiaan dan berkali-kali beliau menyebut nama isteri beliau ketika di Harvard tadi (isteri beliau Priscilla juga graduated dari Harvard).

13. Mark adalah insan technopreneur yang juga  hebat sebagai orator, motivator dan philantropist hebat. Moga suatu hari saya juga dapat belajar di Harvard. Aamiin.

P.S :- Mark Zuckerberg bukan kena kick out dari Harvard. Dia yang memilih untuk drop out untuk focus pada project Facebook dia. Dan akhirnya tadi dia dianugerahkan juga Degree from Harvard. Tak boleh kata dia drop out lagi.

Teknik Jadi Pakar!

Thursday, 9 May 2019

Memperoleh simbol atau dikenali sebagai "pakar" adalah satu kelebihan besar bagi setiap pemilik bisnes.

Dari sudut kredibiliti, pelanggan lebih percaya pada jenama mereka. Justeru, semua transaksi (pemberian duit) ke dalam bisnes melibatkan kepercayaan dan keyakinan... Namun bukan mudah untuk menjadi pakar.

Satu daripada strategi berkesan untuk jadi pakar adalah:

===
Strategi Association
===
Laburkan masa, wang dan tenaga untuk:

1) Kenal pasti golongan pakar dalam industri kita.

2) Hadir ke mana-mana majlis ilmu yang menjadikan golongan pakar ini sebagai panelnya.

3) Bersiap sedia untuk perkenalkan diri.

Association adalah strategi kerjasama yang membantu seseorang itu menjadi pakar dalam masa singkat.

Sebagai contoh, apabila Si A kerap
bersama Si B (Pakar Pelaburan Hartanah), maka si A juga akan turut dilihat sebagai pakar dalam bidang itu.

===
Strategi Interview
===
Selepas mempunyai hubungan yang baik dengan golongan pakar, langkah seterusnya adalah mengaturkan masa untuk menemubual mereka.

Temubual sesuai dilakukan dalam 3 jenis bentuk multi-media:

1) Teks.
2) Audio.
3) Video.

... Ajukan soalan yang berkait rapat denga industri sahaja.

Jadikan diri kita sebagai individu yang menemubual si pakar itu.

Apabila temubual ini terbit secara rasmi, maka pelanggan akan mempunyai persepsi yang bagus terhadap bisnes kita.

Jadi kawan-kawan, aktiviti selepas baca teknik ini adalah:

Aktiviti 1 - Kenal pasti 3 orang (sekurang-kurangnya) individu yang dikenali sebagai pakar dalam
industri kita.

Aktiviti 2 - Bina hubungan yang baik dengan mereka. Banyakkan hadir ke program-program yang mereka bergerak sebagai ahli panelnya.

Aktiviti 3 - Terbitkan sesi temubual bersama golongan pakar dan sebarkan ia.

... Ini adalah satu daripada "cara cepat & mudah" untuk jadi pakar dalam masa 24 jam.

Semoga membantu.

Kenangan Nostalgia Lama Ketika Menjadi Mahasiswa.

Ketika saya belajar di universiti menghadapi Degree Law tahun kedua (2004), saya mula membina jaringan antarabangsa dengan menganjurkan program Asean dan hidupkan organisasi pelajar gabungan negara Asean dan antarabangsa.

Selepas graduated, saya bekerja government sekejap (tetap berpencen bersara awal), swasta sekejap, buka legal firm sekejap sambil jadi motivator, sambil berbisnes part time sampailah buat pelbagai bisness full time.

Kalau bab cerita nak buat business (ketika zaman kemelesetan ekonomi Zaman PM Pak Lah dulu) boleh buat satu buku khas sebagai jurujual atau nama sedapnya 'Pegawai Pemasaran" bermacam-macam produk dan servis saya jual dari pelbagai produk MLM, Vacuum Cleaner, Insurans, Unit Trust, Program Motivasi, Hartanah, Personal Loans, Kertas A4 , Gym Membership, jadi MC Majlis Kahwin dan macam-macamlah pengalaman menjual di stesen minyak, kedai makan, tepi jalan, rumah ke rumah.

Setelah berbelas tahun kemudiannya rakan-rakan Asean dan oversea ini menjadi jutawan korporat, usahawan, ceo, ahli politik, Setpol Menteri di negara masing-masing.

Yang di Malaysia jangan cakaplah sebab network alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) saya, Malay College Old Boys Association (MCOBA) saya sendiri pun sudah cukup kuat dan mantap untuk sebarang jaringan politik, NGO, korporat mahupun business.

Saya juga ketika zaman mahasiswa aktif membuat program motivasi dan training kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal mereka ke universiti sambil menantikan result SPM dan STPM. Dapat jodoh pun  dari kalangan anak buah dari program lepasan baharu tamat SPM untuk persediaan ke universiti.

Sekarang anak-anak buah (dari program training dan motivasi) ini ramai yang jadi pemimpin masyarakat, PTD, usahawan, tokoh korporat dan tokoh NGO. Senior-senior sekolah dan universiti pula ramai men jadi orang-orang besar di sector korporat, GLC dan jadi Pak Menteri pun ada.

Saya membuat keputusan tepat ketika zaman mahasiswa memilih berfikiran non - partisan, tidak suka didoktrin secara taksub mana-mana aliran pemikiran politik mahu pun aliran agama tertentu dan sangat tidak minat kepada aktiviti politik kepartian partisan (kerana waktu itu program politik partisan domestik terlalu berbunyi kemarahan, benci, mengutuk dan sangat tension).

Zaman saya sebagai mahasiswa yang aktif beri motivasi dan jadi motivator program, saya dikenali sebagai 'abang motivator' yang suka senyum, cakap positif, suka berjenaka ketika beri motivasi dan sudah pasti pendekatan politik partisan waktu itu sangat jauh dari fitrah character jiwa saya.

Saya juga terpilih menjadi EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar Undang-Undang waktu itu dan dengan jawatan itu saya memilih untuk buat kebajikan beramal sambil berbisnes di kampus supply buku-buku teks secara pukal dari publisher sebagai solusi kepada mahasiswa junior terutama yang perempuan yang tidak berani pergi jauh-jauh dari kampus untuk cari buku teks yang hanya ada di kedai buku di Kuala Lumpur (kampus kami di Shah Alam).

Saya juga ambil job part time ketika cuti semester sebagai motivator atau fasilitator program training motivasi waktu itu dapatlah bergulung sijil penghargaan dan sedikit wang saku.

Bersama Organisasi Majlis Belia Malaysia pula, saya diberi peluang mewakili Malaysia untuk pelbagai  events antarabangsa antaranya ada peserta USA, Rusia, Jepun dan  Europe.

Setelah berbelas tahun lebih berlalu, semua aktiviti membina jaringan ini hikmah dan metaforanya seperti menanam benih Pohon Durian. Sekarang adalah masa untuk memetik hasil menanam 'Benih Durian' itu tadi.

'Dari NETWORK akan jadi BUSINESS, dan dari BUSINESS akan jadi DUIT dan dari DUIT akan jadi PAHALA, dan dari PAHALA kita akan masuk SYURGA'.

Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah.

Leftenan Zana Drama Askar yang Best!

Saturday, 16 March 2019

Saya jarang mengikut perkembangan drama atau filem Melayu. Masa terluang selalunya berlatih taekwondo dengan anak - anak, baca buku, mengajar anak berenang, pegi gym atau main Frisbee dengan anak sulung. Urusan perniagaan memang tak akan pernah selesai namun sebaik mungkin memaksimumkan masa bersama keluarga.

Kebetulan balik rumah setelah setelah tugasan,
isteri menjadikan drama Leftenan Zana ini sebagai tontonan sekeluarga. Mula - mula tak layan sangat tapi akhirnya terjebak juga. Ada perubahan ketara di kalangan pemain industri drama TV di Malaysia.

Selalunya drama stereotaip mengenai kisah cinta anak orang kaya dengan perempuan muda yang cantik. Anak orang kaya selalunya anak Datuk atau Tan Sri tapi terpikat dengan perempuan muda cantik tapi dari keluarga tak kaya.

Anak sulung saya yang kini di sekolah rendah juga minat dengan drama Leftenan Adnan. Sehinggakan mahu jadi askar di masa hadapan. Saya beritahu anak saya, buatlah apa yang dia minat di masa hadapan yang penting jadi anak soleh, insan berguna buat agama, bangsa dan negara.

Namun saya menegaskan kepada anak saya, ilmu agama memahami Al Quran dan kalau boleh jadi hafiz Quran adalah keutamaan saya dan kemudian pergilah ke bidang apa sekali pun. Saya juga bercerita kepada anak saya bahawa arwah moyang laki (atuk saya sebelah ayah) juga adalah bekas askar.

Arwah moyang perempuan (nenek saya sebelah ibu) juga adalah seorang askar dan mungkin darah askar itu mengalir ke anak saya. Berkali-kali dia cakap nak jadi askar. Tapi bila fikir balik budak-budak semuanya nak jadi askar termasuklah saya ketika kanak-kanak dulu.

Tahniah Kepada produksi filem Leftenan Zana. Kalian membuat anjakan paradigma baru dalam Industri Drama di Malaysia. Sekurang-sekurangnya dapatlah kita faham sedikit sebanyak kehidupan para tentera ini dan menghargai jasa mereka menjaga keselamatan dan pertahanan negara.

Kita semua rakyat Malaysia kena support drama ini semoga boleh menang banyak anugerah selepas ini. Lakonan Sheila Rusly, Janna Nick sangat mantap.

P.S:- Kami sekeluarga dulu pernah tinggal di tempat kawasan kondominium yang sama dengan Janna Nick sebelum ni. Selalu tersempak dengan Janna Nick kat lift.

#sembangsantai #dramamelayu #leftenanzana

Pembangunan Kuala Lumpur Yang Tidak Pernah Selesai, Masalah dan Solusinya.

Jika Bandar Calgary Canada diiktiraf bandar terbersih di dunia 5 kali sehingga tahun 2015, bilakah Kuala Lumpur akan mencapai taraf itu? Sekurang-sekurangnya Top 50 pun dah ok. Jika Singapore boleh mengapa tidak Kuala Lumpur?

Untuk menjadi calon bandar terbersih di dunia di samping tahap kebersihan yang terbaik dengan suasana kehijauan alam sekitar pokok-pokok, kawasan bukit dan sungai juga diambil kira.

5 MASALAH UTAMA yang saya kenal pasti berlaku di Kuala Lumpur tempat kelahiran saya dan tempat membesar saya puluhan tahun lamanya:-

1. Masalah pembangunan fizikal (jalan raya dan bangunan-bangunan) yang tidak pernah berhenti.

2. Masalah kawasan saliran air. Kuala Lumpur ada dua sungai yang bertemu (Sungai Gombak dan Sungai Klang).

3.Masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.

4. Pokok-pokok kehijauan yang semakin kurang.

5. Sistem pengurusan sampah tidak sistematik (public waste management).

SOLUSINYA:-

1. Blueprint pembangunan KL perlu ada timeline jelas, maksudnya sudah sampai tahap KL mungkin tidak perlu lagi pembangunan fizikal seperti pembinaan bangunan-bangunan baharu dan pengubahsuaian jalan-jalan yang menyebabkan pemandangan yang buruk dan kesesakan lalu lintas. Pembangunan-pembangunan seperti itu perlu ada timeline untuk tarikh penamatnya.

2. Setelah diberhentikan pembinaan fizikal, fokuskan pada dekorasi keindahan lanskap sekitar Kuala Lumpur dengan  menghijaukan Kuala Lumpur dengan pokok-pokok di kawasan Kuala Lumpur dan juga mengekalkan bangunan-bangunan warisan lama. Bangunan-bangunan yang nampak buruk di cat baharu.

3. Cuba cari solusi kawasan sungai di Kuala Lumpur itu jadi kawasan sungai yang nampak jernih, biru, tidak berbau busuk dan boleh jadi kawasan perlancongan sehingga boleh dilalui oleh bot pelancongan misalnya.

4. Transportation awam seperti LRT, Monorel kelihatan agak efektif. Namun bus feeder atau bus transit di station LRT yang agak lembap dan lambat perlu dibaiki. Buat seperti Singapore kawasan pusat bandar bukan sepanjang masa boleh masuk dan hanya benarkan pengangkutan awam sahaja.

5. Impian saya ingin lihat Kuala Lumpur menjadi bandar dalam taman. Banyakkan lagi pokok-pokok hijau di sekitar Kuala Lumpur. Kekalkan kawasan bukit hijau yang sedia ada di Kuala Lumpur dan jangan lagi diganggu gugat.

6. Di Stockholm , Sweden. Public Waste Managemet sangat efektif dan efisien. 99% digunakan untuk recycle dan 1% sahaja ditanam. Kita di Kuala Lumpur macam mana? Sesetengah lorong belakang seperti di Lorong Haji Taib misalnya, terdapat longgokan sampah yang banyak berterabur malahan menjadi sarang penagih dadah dan pelacuran pula.

7. Nilai Islamik yang universal perlu diterapkan. Semua agama melarang pelacuran. Kenapa banyak sangat sarang pelacuran di Kuala Lumpur? Jangan beri alasan sebagai tarikan perlancongan. Itu tidak betul. Sebagai sebuah negara Islam, nilai kebersihan dan kehijauan sahaja tidak mencukupi tapi juga nilai ketakwaan dan kesucian dari aktiviti haram dan maksiat harus dibanteras.

8. Sisi-sisi gelap Kuala Lumpur seperti aktiviti pemerdagangan manusia, pusat disko arak yang terlalu banyak, tiada kawalan kepada pendatang asing yang kelihatan seperti telah mendominasi sesetengah kawasan perlu dibanteras.

KESIMPULAN.

Lima masalah yang saya sebut telah dihuraikan dengan lapan solusi kepada masalah-masalah tersebut. Solusi saya lebih banyak. Saya tahu nak mengharap kepada pihak berkuasa atau ahli politik yang ada di kalangan orang senior dan orang tua ini memang sukar.

Namun harapan ada pada generasi baharu Gen Y dan Gen Z yang akan mewarisi kepimpinan negara masa akan datang. Elakkan terperangkap dengan permusuhan politik orang-orang tua ini yang tidak pernah habis .

Elakkan dari terjebak dengan fitnah politik dan kritikan menjatuhkan individu atau organisasi tanpa sebarang solusi kerana kita hanya gunakan nafsu untuk marah dan mengkritik sahaja.

Kita tidak hidup untuk mewarisi pertelingkahan mereka ahli-ahli politikus ini berebut kuasa. Secara alaminya mereka lebih tua dari kita dan akan meninggalkan kita terlebih dahulu. Kita fikirkan sebanyak mungkin solusi untuk kebaikan dan pembangunan negara.

Moga satu hari nanti di zaman anak muda alaf baharu inilah yang banyak solusi dan idealisme hebat yang akan menjadikan Negara Malaysia Negara Maju yang dihormati di seluruh dunia.

ADVANCED TECH ECOSYSTEM.

Thursday, 14 March 2019

Saya tidak akan pandang ke belakang lagi. Tahun 2019 ini adalah tahun yang sangat penting buat saya dalam merealisasikan impian sejak 20 tahun yang lepas lagi.

Terlibat dalam dunia advanced tech adalah suatu bidang yang sangat diimpikan sejak lama dahulu.

Dan kini memposisikan Malaysia di mata dunia melalui usaha private sectors movement secara gerak kerja collective adalah sangat penting.

Sahabat-sahabat dalam dan luar negara menawarkan kepakaran mereka untuk sama - sama membangunkan ekosistem ini.

Secara peribadinya saya melihat Blockchain Technology, IoT, AI dan Big Data adalah the 'Big Four' teknologi yang akan mendominasi dunia di masa akan datang.

Sector pendidikan, perkilangan, pertanian, media, kesihatan sangat memerlukan enhancement dengan Advanced Tech yang saya sebut tadi.

Saya lebih melihat kepada use cases yang boleh dilaksanakan melalui pembangunan teknologi autonomous dan connectivity.

Future of Technology Summit 2019 adalah kemuncak pembangunan talents dalam negara dan berkumpulnya para scientists, technologists malahan pemindahan teknologi ke Malaysia dan ASEAN Region.

Masa sangat suntuk dan saya sendiri hanya memfokuskan pada ekosistem high tech ini.  Semoga usaha ini dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa. Aamiin.

www.ftsummit.my
www.fotsummits.com
www.blockchainacademyasia.io

PHD bukan penentu segalanya.

Ada banyak lagi kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara berkaitan dengan pembangunan syllabus pendidikan, talent development, advanced tech awareness, dan R&D yang melibatkan blockchain technology projects.

Tetapi sayangnya tidaklah dapat saya berkongsi lagi pengalaman saya dan juga progress gerak kerja dengan kepakaran akademik ini sehinggalah selesai segala process development itu.

Tetapi rupa - rupanya dunia akademik boleh tahan juga politik dan dengki mendengki ini. Makanya media social bukanlah tempat terbaik untuk berkongsi pengalaman positive dan pembangunan talents ini.

Secara jujurnya jika saya ada PHD (Doctor of Philosophy) nanti barulah Prof PHD (Penyakit Hasad Dengki) ini rasanya akan berpuas hati dengan pencapaian orang lain yang dianggap tak setaraf dengan PhD nya.

Dunia akademik memang hebat namun belum tentu dalam dunia blockchain terutamanya PHD sebagai penentu segalanya. Konsep Blockchain Technology adalah konsep multi discipline knowledge. Jika anda hebat dalam computer science 20 tahun dulu ianya dalam dimensi yang berbeza kerana teknologi bergerak begitu pantas.

Sedarlah bahawa dunia blockchain technology bukan dibangunkan melalui kepakaran akademik semata - mata. Majoriti Blockchain Technology development adalah dari industri.

Secara peribadinya saya melihat PHD adalah bersifat specific atau specialise dalam satu research thesis yang sangat mendalam dan bersifat compartmentalise sedangkan knowledge blockchain itu bersifat sangat luas dan multidisciplinary of knowledge.

World Bank Group Roles

Wednesday, 13 March 2019

The World Bank Group is one of the world's largest sources of funding and knowledge for developing countries. Its five institutions share a commitment to:-

1. Reducing poverty,

2. Increasing shared prosperity,

3. Promoting sustainable development.

The World Bank provides low-interest loans, interest-free credit, and grants. It focuses on improving education, health, and infrastructure.

It also uses funds to modernize a country's financial sector, agriculture, and natural resources management.

A lot of things I learnt from World Bank today. In fact I met so many influence people in World Bank Group and discussed a lot of important things with them that related to Blockchain Solutions and Ecosystem.

Hopefully in the future a lot of collaboration to develop with World Bank Group in terms of Research and Development activities on Inclusion of Financial Services and Blockchain Technology will be played the integral roles.

#blockchain #ecosystem #worldbank

World Bank Group

Now in the discussion on Malaysia Involvement and the World Bank Group Partnership for Global Development Solutions.

Three pillars of the solutions:-

Pillar 1 -  Sharing the Malaysia experience with the world.

Pillar 2 - Supporting Malaysia's Vision of becoming a high - income economy.

Pillar 3 - Learning together for global solutions.

The World Bank Group is one of the world's largest sources of funding and knowledge for developing countries.

It's five institutions share a commitment to reducing poverty, increasing shared prosperity, and promoting sustainable development.

So honoured to be part of this powerful ecosystem on finding the solutions for economic planning to support long-term national goals and creating the inclusive and integrated financial system for the nation and global community.

#globalleadership #worldbank

FITNAH

Fitnah adalah suatu dosa yang besar di sisi agama Islam. Malahan sebarang tuduhan kepada individu dengan tuduhan negatif perlu pembuktian bukan serkap jarang dan hanya mendengar dari pihak ketiga.

Malaysia secara umumnya secara peribadi melalui pemerhatian saya masih di dalam dunia kelas ketiga melalui cara berpolitik, berfikir. Di negara Barat misalnya, pesalah jenayah sekali pun selepas keluar penjara biasanya sudah dianggap bersih, penghidap AIDS masih boleh keluar TV dan mengaku menyesal menghidap AIDS.

Tapi di Malaysia, tanpa sebarang pembuktian mahkamah, tanpa sebarang bukti yang jelas hanya dengan satu text what's app atau posting Facebook oleh satu individu kepada individu yang lain sudah boleh dijadikan hukuman untuk merosakkan imej seseorang.

Saya telah mengembara ke seluruh dunia, membuat presentation academic, Industry solutions meet up dan malahan menjadi keynote event antarabangsa dan rata-rata sahabat-sahabat di luar negara terutama dari Europe, USA sangat terbuka minda terutamanya dalam soal keilmuan apatah lagi melibatkan technology dan sains.

Saya rasa tahun 2019 sudah cukup untuk saya berdiam diri dan mula bertegas menghadapi isu - isu merosakkan imej sebegini kerana ianya akan jadi kesan berangkai.

Tugas yang lebih besar ada di hadapan. Meeting dengan World Bank Group, solutions kepada United Nations SDG, solutions kepada pelbagai agensi kerajaan dalam dan luar negara, kerjasama bersama dengan pelbagai universities luar dan dalam negara sangat penting untuk dihadapi.

Malahan penglibatan saya dalam Future of Technology Summit 2019 akan melibatkan direct access dengan beberapa jemputan kepada Perdana Menteri beberapa buah negara di Europe dan Asia.

Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian kita terus focus 100% kepada gerak kerja yang telah dirangka, dalam masa yang sama kita akan berhadapan face to face (jika perlu legal action akan dipertimbangkan) tanpa takut dan gentar kerana berada di pihak yang benar.

Semoga mereka yang terlibat membuat fitnah bertaubat sebab dalam peperangan dalam perniagaan / industri / akademik /politik ini siapa yang paling benar akan berada dalam posisi kemenangan. Tuduhan tanpa pembuktian yang jelas adalah sangat buruk di sisi agama malahan undang-undang sivil sekalipun.

#fitnah #dosa #besar #slander

TEKNOLOGI ABCD YANG MENGUBAH DUNIA!

Oleh Effendy Zulkifly

Apa yang dimaksudkan oleh sahabat seperjuangan saya ini dalam dunia advanced tech dan Industry 4.0 adalah sangat tepat. 

(Rujukan tulisan Koh How Tze :-
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156503081928525&id=731048524)

Setelah siri awareness secara aktifnya dijalankan sebagai sumbangan kami dalam dunia 'social innovation' di pelbagai universiti dalam dan luar negara dengan membawa topik "The ABCDs that are changing the world" bermula tahun lepas, kami mendapati definisi ABCD itu lebih luas dari apa yang kami fikirkan.

Knowledge ABCD yang disampaikan adalah sebenarnya bersifat multidisciplinary dan integrated approach of applied Sciences of Advanced and Emerging Technologies.

A - ARTIFICIAL INTELLIGENCE

Dunia AI sebenarnya telah lama dipraktikkan dalam Industri Aeronautics. Kapal terbang penumpang misalnya adalah contoh bersifat autonomous. Peranan besar pilot besar selalunya hanya ketika mahu take off dan landing the aeroplane sahaja.

AI sudah mula digunakan tanpa kita sedar secara lansung dalam bidang aplikasi dan perisian untuk terapi pertuturan, pembelajaran, perancangan dan penyelesaian isu yang pelbagai dan sudah menjadi keperluan dalam industri teknologi.

Dengan AI, mesin direka untuk bertindak seperti manusia berdasarkan maklumat (Data) yang mereka miliki.

B - BLOCKCHAIN

Blockchain merupakan Digital Open Ledger yang membuat transaksi 'Value'  secara decentralize (tanpa orang tengah) seperti mana Internet membuat transaksi 'Data'. Blockchain digelar Internet 2.0.

Blockchain juga merupakan teknologi Open Ledger berteraskan Open Source yang melibatkan nodes (rangkaian jaringan) secara consensus untuk validasi data transaction yang tidak bersifat tunggal atau monopoli tetapi adalah secara demokrasi.

Kaedah konsensus seperti proof-of-work (PoW) dan proof-of-stake (PoS) juga ada diterapkan dalam teknologi ini bagi membantu prinsip decentralization berjalan dengan lancar.

C -  CRYPTOCURRENCY

Cryptocurrency saya lihat lebih kepada konsep penambahbaikan dari system 'Cashless Banking' atau 'Cashless Society' yang sedia ada kepada konsep P2P (Peer to Peer) value transaction yang eliminate 'middle men' seperti traditional remittances atau banks yang selalu mengenakan caj mahal untuk transaksi Wang atau penukaran wang antarabangsa.

Malahan konsep token reward juga telah lama diadakan sebagai contoh bonus link reward misalnya.

Bezanya Cryptocurrency Technology berteraskan "Trust-Based" Economy ecosystem dan validation menggunakan Blockchain dari aspek concensus voting atau ayat mudahnya audit transaction value melalui open ledger yang dibina dari open source codes.

C - CONNECTIVITY

Koh How Tze meluaskan perkataan 'C' kepada 'Connectivity' yang merangkumi bukan sahaja Cryptocurrency tetapi juga Cryptographic, Cyber Security dan IOT. Ianya adalah sangat tepat sekali. Di Malaysia kamilah yang pertama mengembangkan idealisme ABCD ini secara holistic, integrated knowledge dan tidak compartmentalisation.

Sebelum ini knowledge Advanced Tech ini terpisah - pisah dan kami menggabungkan bidang - bidang ini secara harmoni dan syncronize. Ini adalah core dan strength kami dalam siri ceramah awareness technology kami ini di seluruh universiti dan badan korporat yang kami singgahi.

Malahan kami diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai experts yang boleh membentangkan topics yang sangat sukar ini menjadi sangat fresh dan mudah hadam di peringkat basic atau layman.

D - DATA.

Big Data, Data Analytics atau Problem Data adalah ibarat Petroleum di masa hadapan. Ianya adalah core atau teras kepada semua bidang ABC (AI, Blockchain, Connectivity dan Crypto).

Big Data dan Blockchain adalah the perfect marriage kerana melalui Blockchain Technology, Data akan lebih structured, systematic dan mempunyai time stamp yang sangat jelas dan accurate.

Malahan data itu tidak boleh menjadi corrupt dan dimanipulasi sesuka hati. Data di dalam blockchain adalah unreversable dan immutable.

THE END GAME

The end game kepada kami dalam pengembaraan ABCD ini adalah kepada Smart City Development. Vision kami suatu hari nanti juga adalah application dalam teknologi smart city.  Dan pembangunan Smart City adalah berteraskan Data.

Malahan the end game kepada visi besar (ABCD) kami ini adalah kepada Smart Cities Development. Vision kami suatu hari nanti juga adalah untuk memastikan application ABCD ini dalam teknologi pembangunan Smart City.

Dan pembangunan Smart City adalah berteraskan Data. Sama ada pembangunan Smart City melalui Green Field atau Brown Field Approach, iltizam, azam dan visi kami sangat tekad untuk terlibat dalam arena ini satu hari nanti.

Kami telah menyampaikan hasrat dan iltizam ini kepada pelbagai pihak di dalam dan luar negara yang terlibat dengan pembangunan Smart City dan mereka melihat potensi kami melalui framework yang telah kami designed bermula dengan enhancement high tech atau emerging tech ABCD terlebih dahulu. Kami telah mulakan beberapa Feasibility Studies untuk tujuan ini.

KESIMPULAN

Kami tidak bercakap kosong dan terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Movement utama kami sebagai 'kick start' adalah melalui Future of Technology Summit 2019 (penulis adalah Pengarah Project Future of Technology Summit 2019 Kuala Lumpur) yang telah dirancang sejak 5 tahun yang lepas lagi dan kini tahun 2019 telah menjadi kenyataan.

Future of Technology Summit 2019 adalah suatu bentuk ecosystem movement yang melibatkan Business to Business (B2B) Industry dan Business to Government (B2G) Industry yang bukan hanya sekadar event tech biasa-biasa kerana konsep Future of Technology Summit 2019 adalah gabungan pelbagai pillars of high technologies, advanced technologies dan emerging technologies untuk membawa kepakaran, teknologi dan pelaburan (FDIs) dari seluruh dunia ke Malaysia.

Ianya adalah pembentukan 'Platform Leadership' dalam dunia high tech bercirikan global movement berteraskan interaksi dengan kepakaran local.  Insya-Allah ianya semakin hampir dan akan menjadi suatu kenyataan tidak lama lagi bersesuaian dengan Visi 2020 Malaysia sebagai sebuah negara maju.

*Penulis adalah CEO, Blockchain Academy Asia, Co - Founder, Crypto Valley Malaysia dan Co - Founder, Global Association of Blockchain and Cryptocurrency yang terdiri dari keahlian 30 buah negara.

Rujukan websites :

1. Blockchain Academy Asia (BAA)
www.blockchainacademyasia.io

2. Future of Technology Summit 2019 Kuala Lumpur (FTSUMMIT 2019)
www.ftsummit.my

3. Crypto Valley Malaysia Association (CVM)
www.cryptovalley.my

4. Global Association of Blockchain and Cryptocurrency (GABC)
www.gabc.global

The ABCDs that are changing the world!

Powerful collaboration with Malaysia - Japan International Institute of Technology (MJIIT), University of Technology Malaysia (the best R&D and High Tech University in Malaysia) and Blockchain Academy Asia to promote the ABCDs awareness to the public and academia world.

The main topic for the forum is 'THE ABCDs THAT ARE CHANGING THE WORLD'.

A - Artificial Intelligence
B - Blockchain
C - Cryptocurrency
D - Data

These areas are just the tip of the iceberg as we really are in the midst of a paradigm shift in applied scientific knowledge. 

We have entered a new renaissance of accelerated technological development that is exponentially transforming our civilization. Yet with these benefits come risks.

With such catalyzing innovation, we cannot afford to lose control. The real imperative for this year of 2019 is for planning and systematic integration. 

Hopefully that will provide us with a guiding technological framework that will keep us prosperous and safe.

#blockchain #fintech #ecosystem #blockchainacademyasia #mjiit #utm #collaboration

Soft launch of Future of Technology Summit 2019

1. Event soft launch of Future of Technology Summit 2019 sangatlah mengujakan tapi sangat mencabar buat diri saya kerana kehadiran pakar-pakar dalam 'emerging technology', 'future tech' dan Industry 4.0 dari 14 buah negara!

2. Para panelis adalah di kalangan yang sangat pro dalam high tech seperti Artificial Intelligence, Blockchain, Big Data dan IOT.

3. Manakala para peserta adalah ratusan orang sehinggakan terpaksa menambah bilangan kerusi kerana kehadiran melebihi sasaran awal yang dijangkakan.

4. Yang paling menarik para peserta di kalangan mereka dalam dunia teknologi yang paling advance dalam negara dan juga di peringkat global.

5. Ada dari mereka di kalangan professors, science and tech experts, technologists dan juga orang media dari department technology.

6. Acara ini adalah seperti sebuah gathering tak rasmi berkumpulnya para saintis, technologists, high tech experts dalam event yang berlangsung pada hari bekerja dengan diskusi yang sangat berkualiti dan semuanya berkongsi visi masa depan yang sangat positif dan optimist.

7. Saya rasa cukup terharu. Pakar-pakar inilah yang akan menjadi catalysts yang akan merubah negara Malaysia menjadi negara maju di masa hadapan.

8. Inilah passion saya dalam pembangunan ekosistem teknologi masa depan yang membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada manusia dan alam sekitar (digital humanity) yang telah lama dirancang dan semakin dekat perlaksanaannya bermula tahun ini.

9. Saya yakin acara sebenar pada bulan Oktober nanti akan menjadi fenomena dan trendsetter buat emerging technology, high tech dan future tech yang benar-benar meletakkan nama negara setaraf negara maju lain.

10. Kita tiada masa lagi bermonolog, bermimpi, bertengkar dengan isu lapuk yang tidak produktif.

11. Negara Malaysia adalah negara majmuk yang sangat dinamik dengan kepelbagaian budaya dan bahasa dengan infrastruktur moden yang mesra teknologi masa depan.

12. Kita bukan negara besar populasinya, tetapi kita ramai talents dari dalam dan luar negara yang sangat mencintai keamanan dan keindahan negara Malaysia yang bersedia menyumbang kepakaran demi kemajuan negara.

13. Bersama dengan teman-teman seperjuangan dari Malaysia dan seluruh dunia dalam Industri 4.0 dan future tech, kami akan pastikan wawasan dan inisiatif membawa nama Malaysia sebagai Hub Teknologi masa depan satu kenyataan!

Effendy Zulkifly
- CEO, Blockchain Academy Asia
www.blockchainacademyasia.io
- Project Director, Future of Technology Summit KL 2019
www.ftsummit.my

Visit by Mr Kouhei Kurihara, the President of Government Blockchain Association, Tokyo Chapter, Japan

Blockchain Academy Asia was so honoured to accept courtesy visit by Mr Kouhei Kurihara, the President of Government Blockchain Association, Tokyo Chapter, Japan. He was the international speaker in the World Blockchain Summit 2019 organised by Trescon Global.

He is also the Co-Founder of Collabogate, the R&D organisation that focusing on development of blockchain research community, originating in Tokyo - Bridging blockchain technologies and associating with industry communities.

We discussed a lot of things together and I was invited to be part of the Collabogate Community as Malaysia Representative. Blockchain Academy Asia is so honoured to announce that we are now with powerful Blockchain Community Partners from Japan (Collabogate and Government Blockchain Association) for Blockchain Technology R&D.

#blockchain #ecosystem #futuretechnology #Japan

The anchors and the key people of the Future of Technology Summit (FTSUMMIT) 2019.

From left Effendy Zulkifly from Blockchain Academy Asia, Esther Law from 567 Mines,  Tan Sri Lee Kim Yew the Patron of FTSUMMIT and the Founder of Country Heights Holding Berhad , Shaji Nair the Founder of FTSUMMIT from USA and Datuk Nik A Faizul, the advisor of FTSUMMIT Kuala Lumpur and the Chairman of Blockworq Sdn Bhd .

We joint forces to bring our connection and networks from USA, Europe, China, Japan, ASEAN from West to East to showcase Malaysia as the hub of high technology and Industry 4.0. This will be the most powerful teamwork and collaboration for the year of 2019.

The next mission,  we planned to present to Prime Minister of Malaysia on the global initiatives for High Technology and Industry 4.0 development. These initiatives will be drived by Private Sectors Ecosystem and to bring the experts and talents from all around the world to Malaysia.

Tan Sri Lee Kim Yew is the best friend of Tun Dr Mahathir. I believe Tan Sri will do the best to get Tun Dr Mahathir as our Prime Minister into this wonderful journey together with us to bring Malaysia to the eyes of the world.

www.ftsummit.us
www.fotsummits.com

#positive #optimistic #industry4wrd #ftsummit #futuretechnology #global

Soft Launch Future of Technology Summit

Mata tidak boleh tidur berdebar menunggu acara besar ini berlangsung.

Saya telah rancang lama acara besar ini sejak 2014 lagi.

Waktu itu jangkauan jaringan saya di peringkat ASEAN sahaja.

Tidak ramai yang beri sokongan dan ramai juga yang memperlekehkan.

Yang tidak yakin, mereka kata ini terlampau futuristik tidak berpijak di bumi nyata.

Jangan ditanya berapa ramai orang yang perlu saya temui di kalangan orang korporat dan orang kerajaan dan berapa banyak rejection perlu dihadapi.

Turun naik banyak bangunan hantar surat untuk sokongan moral dan pengiktirafan (bukan minta duit pun) ditebalkan muka demi secebis pertolongan dan perhatian.

Tapi kini segalanya berubah.

Sokongan dan pengiktirafan dari rangkaian seluruh dunia antarabangsa tidak henti-henti menawarkan kerjasama perlaksanaan.

Saya terpaksa memilih hanya yang terbaik di kalangan yang terbaik sahaja dan bersesuaian dengan visi dan misi kami.

Usaha ini adalah 'Private Sector Driven' dengan sokongan kepakaran teknologi dari pelbagai industri 4.0.

Malahan kerjasama melangkaui batasan demographic negara.

Acara ini adalah impian jadi kenyataan.

InsyaAllah di acara sebenar Future of Technology Summit 2019 di Kuala Lumpur pada bulan October nanti adalah titik tolak kejayaan terbesar bukan sahaja buat diri sendiri.

Tetapi dikongsi bersama anak-anak, isteri, teman-teman seperjuangan.

Demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.

Effendy Zulkifly
-CEO, Blockchain Academy Asia
-Project Director, Future of Technology Summits Kuala Lumpur 2019.

www.fotsummits.com

Belangsungkawa Datuk Jaafar Abdul Rahim

Penulisan saya dalam media social telah bermula dengan blogspot sejak tahun 2000 lagi.  Ada beberapa blogspot milik saya sudah lupa password.  Saya menulis dalam pelbagai genre seperti isu-isu keagamaan, politik, isu-isu kampus semasa dan permasalahan sosial. Dalam masa yang sama juga waktu itu (tahun 2000) aktif dengan aktiviti mahasiswa, buat pelbagai jenis business, menganjurkan acara motivasi.  Bila toleh kebelakang kembali saya tersenyum sendirian.

Saya juga waktu itu membuat catatan dan plan masa hadapan 20 tahun saya ketika usia berumur 20 tahun. Dan saya bentangkan plan itu di hadapan Datuk Jaafar Abdul Rahim. Ada yang dapat dicapai dan ada yang masih tertangguh dan Tuhan berikan lebih baik kepada saya. Sekarang segala yang diperolehi seperti mimpi. Saya kini mempunyai ekosistem dan komuniti perniagaan di peringkat global yang tidak pernah terbayang pada 20 tahun lepas.

Dari USA, Canada (Benua Amerika), Switzerland, Sweden, Holland, German, England, Turki (Benua Eropah), India, Pakistan, Bangladesh (Benua India),  Jordan, Saudi Arabia, UAE (Negara Arab), China, Hong Kong, Japan, Taiwan (Benua Asia), Russia, seluruh ASEAN telah saya lawati dan bina jaringan perniagaan, persahabatan (bukan main petik tapi benar-benar terlibat dalam jaringan perniagaan).

Segalanya macam mimpi yang jadi kenyataan. Malahan jika 7 tahun yang lepas kejayaan menggerakkan organisasi peringkat ASEAN (ASEAN Youthpreneur Community) telah melahirkan rangkaian peringkat ASEAN yang agak kuat juga dengan perniagaan yang berteraskan trading, e-commerce dan social enterprise. Kini saya telah bergerak di tahap antarabangsa melangkaui tahap ASEAN  melalui beberapa organisasi antarabangsa yang berteraskan Industry 4.0 melalui teknologi blockchain sebagai teras utama.

Saya sering teringat nasihat Allahyarham guru saya  Datuk Jaafar Abdul Rahim dengan kata-kata beliau yang sangat beri kesan kepada saya sejak 20 tahun lepas.

Beliau berkata kepada saya, "Effendy, pengiktirafan tak perlu tunggu orang untuk mengiktiraf, percaya diri sendiri, yakin dengan diri sendiri dan iktiraf diri sendiri dengan buat jaringan antarabangsa tak perlu menanti ihsan orang lain terutama orang politik kerana kamu lebih hebat dari orang - orang politik tersebut . Banyak baca buku, minda kena kreatif dan kritis dan kaji pemikiran tokoh - tokoh antarabangsa seluruh dunia. Perang zaman sekarang tidak kira dalam politik ke, business ke adalah peperangan strategi minda dan pemikiran. Hebatnya Tun Dr Mahathir adalah kerana pemikiran dan minda global beliau yang strategik".

Kata - kata beliau saya pegang. Pernah suatu tahap tu (6 tahun yang lepas) saya perlu keluar negara untuk membuat initiative tour ASEAN. Dengan bekalan RM100 dalam poket dan tiket flight yang saya beli 5,6 bulan awal saya bawa team saya seramai 3 orang (termasuk saya) buat Jelajah Anak Muda ASEAN selama hampir sebulan! Ustaz Wasif Wan adalah master mind kami yang mengaturkan jaringan kami di Indonesia waktu itu.

Untuk jimat cost tour, kami tidur di masjid, rumah kawan dan asrama universiti sahabat. Business masa itu turun dan naik, buat trading business ni kadang-kadang payment lambat dari clients tapi jemputan bertemu tokoh - tokoh hebat (corporate, intellectual dan activists masyarakat ) dari Indonesia tidak boleh dilepaskan waktu itu.

Kami redah, penginapan, makan minum semua ditaja sahabat - sahabat di Indonesia. Kami membuat tour ke seluruh Indonesia untuk tour Intellectual, Social Enterprise dan Corporate Development. Jelajah bedah buku juga dibuat dan Buku Datuk Jaafar Rahim Aksioma merupakan reference utama dan topic pemikiran Tun Dr Mahathir sentiasa menjadi presentation kami. Ketika itu Tun Dr Mahathir belum "berperang" lagi dengan DS Najib.

Semuanya itu jadi kenangan manis. Di Malaysia waktu itu adalah juga TV AlHijrah menemuramah kami dan beberapa radio swasta berkaitan objektif dan tujuan jelajah ASEAN kami. Tapi sokongan dari pihak kerajaan atau orang politik memang tiada.  Promosi negara sebagai duta kecil dijalankan dengan ikhlas.

Semua itu kenangan sangat indah yang menjadi Foundation yang sangat kuat untuk saya pergi jauh dalam career saya masakini. Kagum tengok dari jauh begitu mudah sahabat-sahabat saya yang begitu mudah mendampingi orang politik level menteri - menteri pula tu. Ada yang product dan business setahun jagung tapi mudah dapat recognition tahap Menteri, ada yang dah sangat success juga mahu mengadap Menteri.

Bagi saya, penglibatan tokoh Menteri biarlah datang kerana benar-benar datang dari kejayaan dan usaha yang keras. Tahap saya mungkin perlu banyak belajar lagi dari insan-insan yang hebat ini. Saya akan terus ingat nasihat Allahyarham guru saya yang sangat saya cintai dan hormati Datuk Jaafar Abdul Rahim iaitu pengiktirafan sebenarnya ialah apabila diri kita sendiri yakin bahawa kita boleh success dengan cara kita sendiri tanpa perlu tunggu tongkat dan iktiraf diri sendiri dulu. 

P.S:- Tetiba di malam Jumaat ini teringat Allahyarham guru saya Datuk Jaafar Abdul Rahim. Posting ini memang ditulis sebab terimbau kenangan lama bersama Datuk Jaafar Abdul Rahim.

#refleksidiri #beagloballeader #rinduguru #datukjaafarrahim

Meeting with the best scientists in Asia , Dr Nordin Ramli and Mr Ahmad from Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS).

Meeting with the best scientists in Asia , Dr Nordin Ramli and Mr Ahmad from
Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS).

MIMOS Berhad is Malaysia's national applied research and development centre under the purview of the Malaysian Ministry of International Trade and Industry.

This fruitful meet up was initiated by Dr Rahayu Tasnim and Dr Zukarnain Zakaria from Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) from Universiti Teknologi Malaysia. Dr Zukarnain is the Head of MJIIT and interested to develop the Blockchain Modules for the students of MJIIT.

Blockchain Academy Asia will play a vital role on Blockchain Technology and R&D collaboration with MJIIT while with MIMOS still in early discussion to find the best collaboration on R&D for High Technology such as IOT, Big Data and Blockchain Technology.

Blockchain Academy Asia and MJIIT will bring more Blockchain Companies and Ecosystem from Japan to Malaysia and MIMOS will be the validator to these high tech companies from technical perspective.

As the engagement between academic research faculty and industry becomes a common pathway for research and commercialization, it’s critical for faculty to consider the ingredients that can lead to productive and long-term relationships.

Experience shows that one of the most important strategies for faculty to forge successful partnerships is developing an entrepreneurial mindset.

Doing so can transform an academic research faculty into constant problem/solution seekers, active network builders, and effective value creators.

#industry4wrd #hightechindustry #blockchain #ecosystem #futuretechnology #academician

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger